Salam Satu Halloween, wahai pembaca setiaku yang akan ke Jahannam bersamaku!
Sebelum saya mula dengan Zoom New Zealand ni eh, saya nak jelaskan sesuatu la eh. Memang benar rancangan Zoom New Zealand ni ada peraduan menang tiket ke New Zealand. Saya ni bukan jenis orang yang nak catat soalan mingguan dan memasuki pertandingan tersebut. Jadi, jangan nak tanya-tanya eh. Lagi pun, kalau saya ada, buat apa nak kongsi? Saya hanya akan meningkatkan lagi persaingan saya dan menipiskan peluang untuk menang? Sebagai contoh, jika ada 2 orang memasuki peraduan itu, peluang untuk menang adalah 50%. Kalau tambah seorang, peluang untuk menang adalah satu persegi! Oleh itu… Fikirkanlah sebelum memberi soalan-soalan mingguan kepada pesaing anda!
Syarif tak tau beza berus jamban dan berus-berus lain??? Dia serius pe? Astagha. Kesian Malaque eh. Tapi akhirnya mereka berjaya membersihkan tandas ini yang tak seberapa kotor pun dan dapat penginapan percuma!
Mereka belum tahu apakah misi mereka sebenarnya namun diarah untuk mendaki gunung hingga ke puncak. Dan Syarif kata dia semput??? Semput ke sesak nafas????? URGH.
Misi mereka adalah paragliding. Ewah-ewah si Fadhlur ni… Hari pertama bila disuruh buat Bungee Jump, dia kata dia ada slip disc la apa la. Ni buat paragliding tak risaukan keselamatan ke? POYO.
Seronok la tu dapat berterbangan di awang-awangan bak bidadari. Saya amat kecewa dengan misi ini??? Kerana mereka dapat menikmati pemandangan sambil berseronok berparagliding??? Tu je misi? Ingatkan semasa berada di udara mereka harus kira berapa banyak logo Zoom yang mereka boleh nampak di muka bumi tu eh. Merepek???
$179. Kau mampu?
Misi senang jangan nak berbual world???
Misi kedua; Kjet.
Sungguh seronok. Kjet merupakan sebuah bot laju yang ada dua enjin?? Misi mereka hanya duduk kat situ dan menikmati perjalanan di kjet tersebut? Ini misi ke buang masa sak.
$175 untuk dewasa hahahahahahaha wow. Tapi 1 jam. Awak rasa berbaloi ke? Kalau termuntah ke apa saya rasa tak berbaloi?????
Huh… Misi senang dan seronok kau tak sabar nak ganjaran eh. Bila misi gagal nak meroyan pasal bajet semua. Bagus tu dapat bermalam di hotel mewah.
Ni mamat omputeh sedang mengajar mereka untuk mengasingkan cebisan emas dari batu-bata menggunakan piring tu.
Misi mereka adalah untuk mengutip 40 keping cebisan emas. 20 setiap seorang.
Hahaha? Mereka gagal banyak kali eh? Zzzzz… Misi mencabar mesti diorang gagal eh.
Misi mereka seterusnya adalah mengambil gambar matahari terbenam.
Namun, matahari tidak dapat dilihat oleh kerana cuaca yang agak mendung! Kasihan. Tengok muka Syarif tu nak nangis.
Mereka diberikan peluang kedua! Iaitu untuk mengambil gambar matahari terbit!
Mereka bermalam di Istana
Laknat Larnach dan asyik fikir bukan-bukan?? Kata ada hantu sebab si Larnach bunuh diri la apa la. ZZZZZ perangai kolot sak. Kenapa Suria tak tapis perbualan sebegini eh? Kan tidak searas ajaran agama! Lawa. Senangnya misi mereka. Gambar dipetik dari bilik mereka lagi. Betul punya manja para Zoomers kali ini ya.
$200 senang eh diraih. Tambahan pula, mereka diberikan hari bebas!
Mereka pun ke kedai cokelat untuk membeli buah tangan untuk orang rumah mereka. Pada masa yang sama mereka mengenali pemilik kedai dan juga mempelajari beberapa perkara.
Up your bromance game.
Mereka diarahkan untuk mencari sebuah organisasi agar mereka boleh melakukan misi mereka iaitu untuk menjaga dan mengenali burung penguin.
Mereka pun ke tempat pemuliharaan burung penguin! Comelnya rumah mereka!! Penguin-penguin hanya akan balik ke rumah mereka pada 6 petang!
Amat seronok ya berlepak di tepi pantai.
Eh eh si Syarif ni bermegah pulak. Tapi… Terkial-kial jugak eh nak buat rumah penguin! Walau apa pun, mereka berjaya melakukan misi mereka!
Bukan itu sahaja, mereka juga memberi sumbangan wang kepada organisasi Penguin tersebut. Mereka “adopt” seekor penguin setiap seorang dan nama penguin yang diadopt dinamakan “Syarif” & “Fadhlur”! OMG, saya pun nak! $150 je tau!
Seorang warga Singapura yang telah berhijrah ke New Zealand menjemput mereka ke rumahnya. Wow best gitu eh.
COMELNYA!
Mereka pun berborak-borak di rumah si dekni dan bermalam di situ. Ni dua ekor macam malu-malu kucing??? MENYAMPAH.
Misi seterusnya… Pergi ke hutan simpanan pulak.
Mereka ditugaskan untuk menanam pokok. Senangnya?? Pokok itu juga dinamakan “Syarif” & “Fadhlur”!
Si pompan omputeh ni doktor tau dan nama dia Jarvis??? HHAHAHA.
Stark: Berapa banyak pokok kita tanam hari ini?
Jarvis: Dua, tuan. Nama mereka adalah Syarif dan Fadhlur.
Stark: Huh? Pokok Melayu? Pasti lambat tumbuh!
Ganjaran mereka untuk misi sebelumnya adalah menaiki helikopter dan memacak bendera Zoom di puncak gunung! Namun, sebelum itu, mereka harus mendapatkan 4000 likes di Instagram? Mampukah mereka mendapatkan sebanyak 4000 likes? Saksikan episod akhir Zoom New Zealand minggu hadapan!
Actually diorang berjaya la eh sebab opening credits diorang pekik “ZOOM NEW ZEALAND” sambil memacakkan bendera Zoom???? Takde unsur saspens langsung.
– Pengkritik Sandiwara
Photos/gifs from Mediacorp Suria’s Toggle/Google