Ma’Ma Yong (About Nothing Much To Do)

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang tak seberapa hahahha. Pada 22 Oktober aka semalam, saya ke Esplanade untuk menonton sebuah pementasan. Pementasan tersebut bertajuk Ma’ma Yong (About Nothing Much To Do) arahan Najib Soiman. Ia mengisahkan tentang dua ekor ni yang sedang bercinta namun adalah masalah yang timbul (#standard) Ia merupakan satu adaptasi dari salah satu karya Shakespeare. ma-ma-yong-about-nothing-much-to-do-gallery01

Kau tengok tu, banyak sangat dia punya cast eh.

Sebenarnya, si Aidli Mosbit ni bukan watak utama pun… Why is she even occupying so much space in the poster? Oh, wait… Pada saya, dia merupakan narrator cerita ini. Dia mempunyai loghat Kelantan kerana tradisi “Mama Yong/ Mak Yong” ini berasal dari Kelantan.

Saya berpendapat bahawa watak Mama Yong ini bukan watak utama tapi “diutamakan” kerana Mama Yong merupakan seorang pesakit di sebuah institusi mental jadi macam nak timbulkan kesedaran ah? Dan kisah-kisah yang berlaku dalam persembahan ini merupakan permainan mindanya??

Walaupun ia merupakan persembahan Melayu, para pemainnya ada yang bukan Melayu juga! Ia merupakan sesuatu yang menarik kerana Bahasa Melayu mereka cukup mantapz sekali. Nak tahu kenapa?
IMG_4324

Ha kau. Latihan intensif. Kau mampu? (Sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu saya rasa saya nak hantar anak murid saya ke latihan intensif lulz) Tidak boleh dinafikan bahawa tuturan Bahasa Melayu beberapa watak agak kurang natural tapi takpe lah eh. Ada kalanya juga watak-watak terlupa skrip but to me that’s ok la biasa. Namun, ia berlaku lebih daripada 5 kali?? Mungkin ia persembahan pertama mereka depan para penonton kot?? Kalau 2/3 saya ok la. Ataupun mungkin para pemain yang bukan Melayu menghadapi cabaran untuk memahami/menghafal skrip?

Secara terus terang, apabila menonton, saya amat konpius??? Sebab nama watak-watak yang mengelirukan. Actually salah saya ah eh cos I’m very bad with names. Jadi macam susah sikit ah nak memperbezakan watak-watak?? Tambahan pula, watak Don Pedro (watak adik dengki tu agaknya, see I told you I can’t rmb names) memakai baju yang hampir sama dengan seorang Panglima???? Don Pedro merupakan seorang Putera tau, takkan pakai baju seakan dengan Panglima?? Agak sukar untuk saya memperbezakan watak-wataknya ya. Jalan ceritanya agak menarik namun biasa-biasa sahaja? Pasal cinta yang hampir-hampir tak menjadi lah, gosip, khianat… Agak klisye. NAMUN!!!! Saya amat suka akan cara cerita ini disampaikan!

Watak Mak Yong juga memberi recap serta unsur-unsur sastera yang tersimpan dalam persembahan ini. Sebagai bekas pelajar sastera, saya amat menghargai jasa Mak Yong hahah chey. Watak itu juga berkata bahawa dahulunya istilah “nothing” juga bermaksud pepek alat kemaluan wanita. Secara jujur, I couldn’t see the link ah?? Mungkin kalau saya tonton Shakespear punya baru dapat epiphany or what. Tapi… Tafsiran saya adalah “nothing” bermaksud “something”! Sebagai contoh, jika anda melakukan perkara salah dan ada orang hampir tangkap anda, anda pasti akan kata “NOTHING”. Jadi, “nothing” is something! You know what I mean?

Watak-watak dalam persembahan ini juga agak bersahaja dan tidak terlalu serius. Ada interaksi bersama penonton! Salah satu pemainnya, Selma Alkaff, amatlah lawaaaaaaaaaaaaa. Bila dia terpandang mata saya… WOW TERPUKAU. Ikuti dia di Instagram! HAHAHA.

IMG_4322
Gambar untuk membuktikan saya benar-benar ke pementasan ini hahaha. #hipster #nofilter

Secara keseluruhan, saya amat suka akan persembahan ini kerana ia berjaya menyatukan pelbagai unsur-unsur persembahan Melayu! Sebagai contoh, ia mempunyai kuda kepang, wayang kulit, dikir barat dan macam-macam lagi di dalam satu pementasan! Bukan itu sahaja, ia juga diceritakan dalam pelbagai genre. Ada kelakar, cinta, seram, sci-fi dan lain-lain.

Tambahan pula, ia dipentaskan di Esplanade Theatre Studio di mana pentasnya di tengah-tengah dan penonton mengelilingi depan, kiri dan kanan pentas tersebut. Seolah-olah ada 360 darjah view lah konon macam era Shakespeare dulu! (Kalau tak salah saya ah, dulu cikgu Literature saya kata pementasan Shakespeare selalunya penonton duduk mengililingi pentas agar dapat mengalami dan mendalami pementasan dengan penuh hati ah kirakan)

Kepada anda yang ingin menonton pementasan ini, anda belum terlambat! Tempah tiket anda di sini! Anda pasti akan tergelak ketawa!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Esplanade’s website)

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s