Episod kedua ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri, Linda dan Azman yang sudah berkahwin selama sepuluh tahun namun belum dikurniakan seorang cahaya mata. Mereka ke sebuah keramat untuk erm… berikhtiar. Haha. Korang rasa kalau si Azman pergi cari isteri kedua untuk dapat anak lagi dosa tak? Berbanding dengan pergi keramat untuk “doa” semata-mata untuk mendapatkan seorang zuriat? Hmmm… Syirik kan? Gila.
Mereka ke keramat tersebut kerana ibunya Linda asyik menyuruh mereka ke sana. Azman memang tak percaya dengan benda-benda kolot ni. Si Linda pun terdengar kata-kata pasangan suami isteri yang mendapat anak setelah kerap mengunjungi keramat ini.
Astaghfirullah!!! Epal dia bagi?? Kan macam kafir sak!!! Abeh epal tu siapa makan? Gila ah, kuno sak.
Ada emak ular kat atas keramat tu. Dia “jaga” keramat tersebut.
Si Linda pun dengan tak sengaja tertendang seekor ular yang lebih kecil daripada ular tadi. Kemungkinan, ular itu adalah anak ular besar tadi.
Suaminya pun menegurnya dan berkata mereka tidak sepatutnya berada di sini. Ini kerana dia amat tidak percaya akan benda-benda seperti ini dan juga si Linda ni lemah semangat.
Kepala ular ini berdarah disebabkan tendangan Linda tadi. Alamak, weak ah lu.
Mereka pun menunggu teksi di tengah-tengah hutan dan teksi pun tiba. Wow bagus.
Ibu Linda berkata bahawa suami Linda harus berterima kasih kepadanya sekiranya Linda mengandung dan harus mendengar kata-kata orang tua. Hmm, ye lah tu. Kau pakai tudung pon nak percaya khurafat ni semua.
Dia pun menambah dan kata jangan sampai mak mertua kau cari isteri lain untuk suami kau yadayada. Linda pun menjawab bahawa doktor pakar telah mengesahkan bahawa kededua mereka normal dan mereka mampu mendapatkan zuriat dengan cara semula jadi. Hmm, rezeki di tangan Allah ye. Sabar je la, dik.
Ni si kawan Azman. Penggemar ular. Sengaja eh adakan watak ni. Padahal tak penting pun.
Linda menonton Animal Planet tentang ular. Gila hahahha.
Eh ni menantu dengan mertua suka ular eh?
YUCK!
Ni rasa macam nak muntah tapi tak boleh muntah abeh kumur mulut???? Ngandung ke?
Hahaha tiba-tiba ada seekor ular di tandas?? HAhaha terperanjatlah si Linda tu.
Ibunya pun periksa tandas dan tidak menjumpai sebarang ular. Gila eh si Linda ni. Sampai terbawa-bawa.
Di dalam mimpi Linda, muncul seorang wanita. Wanita itu mempunyai seorang anak tetapi anaknya cacat di muka. Kononnya, wanita ini merupakan ular besar di atas keramat itu tadi. (Aisiqa terlalu lawa untuk memainkan watak hantu seh hahaha)
Ha kau terperanjat beruk sak si Linda ni.
Budak kecil itu merupakan ular yang Linda telah tendang kelmarin. Mereka macam versi manusia/personifikasi watak ular ah.
Muka sememeh sak. Mimpi pasal ular pun takut. Tapi kau tendang tak sengaja kan? Asal dia nak kacau kau eh?
Linda mula rasa lemah dan sakit-sakit. Biasalah perempuan hamil! Standard ni semua. Azman mahu membawa isterinya ke doktor untuk mendapatkan rawatan.
Namun ibunya tidak membenarkan Azman untuk membawa Linda ke klinik. Dia mahu siapkan air asam je. Eh, jumpa doktor kan lebih afdal!!! Gila mak dia. Air asam apalah sangat.
Kan, aku dah kata! Alhamdulillah! Doktor pun lawa ya.
Mereka pun mengongsi berita baik ini dengan ibu mereka. Ibu mereka berkata bahawa mereka harus ke keramat itu lagi dengan membawa pulut kuning. Azman membantah dan berkata ia tidak ada kaitan dengan keramat tersebut. Ini kerana Linda sudah hamil lapan minggu dan mereka baru sahaja ke keramat itu beberapa hari lepas. Memang betul kata Azman! Ni budak kecil pun tau seh. Kau nak kasi pulut kuning pun buat apa? Siapa makan????
Si dekni sentiasa terbawa-bawa. Bawah blok pun ternampak bayang-bayang wanita keramat tu.
Ibunya pun berkata bahawa wanita hamil tidak sepatutnya balik lambat dan sentiasa harus membawa barang tajam bersama mereka! Betul tu, tak kiralah hamil atuapun tidak, wanita harus membawa barang tajam dan pepper spray.
HA KAU. CEPAT!!!
HHHAHAHAHA APAAAA?? Beastiality ke?
Mereka ke tingkat paling atas sebuah tempat meletak kereta semata-mata untuk berbincang pasal keraguan mereka. Hmm… Berbual tempat lain tak boleh ke?
HAHAHA APA NI CAMPAK KELOPAK BUNGA MERATA TEMPAT.
Dia pakai tudung apa ni? Berbulu semua. Elsa ke? Ibunya membawanya untuk berjumpa seorang bomoh untuk menyingkirkan kekacauan yang Linda hadapi.
Hahaha si dekni selalu main watak makcik kepo tiba-tiba jadi bomoh?? Tak boleh angz. Bomoh Siti berkata bahawa ada sesuatu yang mengikut Linda dan tidak mahu tinggalkannya kerana dia mahukan bayi Linda.
Ibu Linda bertanya jika ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk mengusir benda yang mengikut Linda. Bomoh Siti kata benda itu mahukan mereka mengorban dua ekor lembu hitam iaitu bersamaan $3000. Hmm.. Ke kau yang nak untuk buat sate sempena rumah terbuka hari raya kau, sundalz? Bomoh Siti pun memberi Linda tangkal untuk melindungi Linda.
Walaupun telah diberi tangkal, Linda masih ternampak bayang-bayang wanita keramaat itu. Nampak sah Bomoh Siti tu penipu sakkkkk. Dia sebenarnya seorang pelawak hahaha.
Suaminya terjumpa tangkal dan amat marah dengan kededua ibu mertuanya dan isterinya.
Kurang ajar budak ni eh? Biadap!
Akhirnya, Linda selamat melahirkan seorang bayi yang sihat. Namun, bayi itu mempunyai parut/tanda di pipi dan lengan kirinya. Tetapi tetap comel kan!!!!! Mungkin itu balasannya akibat menendang anak ular di keramat itu. Jadi kededua ibu ular dan Linda kosong-kosong ya!
Krim apa ni?
HUH? Suaminya pun kenek? Apa seh tak adil ah macam gini!!!! Rabak sak.
Secara keseluruhan, saya rasa cerita ini merepek. Dari awal cerita hingga ke akhir cerita! Pada zaman teknologi canggih ini, masih ada orang yang pergi ke keramat untuk meminta-minta eh? Kita ni orang Melayu yang sudah bertukar agama kepada Islam sejak berdekad lagi, namun pengaruh agama/budaya lain tetap melekat kepada diri kita eh? Kenapa pasangan ini tidak mencuba cara moden untuk mendapatkan anak? Mengapa harus mereka ke keramat dan menimbulkan masalah kepada diri mereka sendiri? Tak takut dosa eh? Tambahan pula, saya tak faham kenapa si Ular mahu membalas dendam? Padahal Linda tak sengaja tendang anak ular tu kan? Walaupun si ibu ular marah kerana anaknya luka akibat tendangan Linda, tak boleh maafkan ke? Ular ada banyak anak kan??? Bukannya ular cuba bertelur satu je tskkkk. Akhirnya, Azman dan anak mereka mempunyai kulit seperti ular. Si Azman tu tak buat salah pun terkenek juga? Pelik eh? Apa-apa pun, janganlah meminta-minta dengan keramat kerana itu syirik. Jika mahukan sesuatu, berusaha dengan cara yang betul dan halal ye, wahai pembacaku!
-Pengkiritk Sandiwara
(Photos are from Suria’s Toggle)
[…] Episod 2: Bayiku Ular […]
LikeLike