BELAHATI

belahati

Adakah anda masih ingat akan drama ini? Drama Belah Hati. Ia mengisahkan hidup dua orang lelaki yang tertukar semasa mereka dilahirkan di hospital. Shafiq dan Farhan tertukar kerana kecuaian pekerja-pekerja di hospital. Shafiq merupakan anak orang kaya, ibu kandungnya seorang peguam. Namun, selama ini, Shafiq hidup secara sederhana kerana “ibu dan bapanya” (Said dan Ida) merupakan orang-orang susah. Farhan pula hidup senang-lenang kerana “ibunya” seorang peguam. Apabila Shafiq berumur 13 tahun, dia memerlukan seseorang untuk menderma hatinya kepada Shafiq namun kededua “ibu dan bapanya” tidak layak untuk menjadi penderma. Semenjak itu, mereka secara perlahan mendapat tahu bahawa Shafiq bukan anak kandung mereka. Mereka mencari anak mereka yang tertukar/ibu bapa kandung Shafiq dan mendapat tahu perkara sebenar.

belah-hati

Nur, ibu kandung Shafiq, mahu mengambil hak penjagaan anak untuk kededua Shafiq dan Farhan. Namun, Said dan Ida tidak setuju. Nur mahu mengambil hak penjagaan anak kerana dia berpendapat bahawa dia lebih berkemampuan dan layak untuk menjaga kededua Shafiq dan Farhan.

Apabila Shafiq dan Farhan di universiti, mereka mendapat tahu perkara sebenar. Shafiq, yang kini seorang pelajar yang belajar bidang guaman, mahu menyaman hospital dan juga ibunya yang telah menjaganya selama ini. Ini kerana dia telah hidup dalam kesusahan dan kesulitan. Namun, pada akhir cerita ini, dua keluarga ini dapat hidup bersama seperti satu keluarga. Maklumlah, cerita Mediacorp Suria. Semuanya happy ending, kan?


Sebenarnya saya memang tidak puas hati dengan cerita ini. Kenapa?

  • Kenapa si Shafiq nak saman hospital/mak dia? Dia gila ke? Benda dah jadi tu sudah la. Ada tangible & intagible costs pe.
  • Kalau begitu, setiap anak harus bayar balik segala kos yang telah dibayar oleh kededua ibu dan bapa kita semasa kita bayi sehingga dewasa????
  • Shafiq tu dia hidup susah pun dapat belajar law. Tu pun kau tak bersyukur??? Nak saman segala. Kau rasa kalau kau hidup senang, dapat tak belajar law? Si Farhan tu dia belajar Arts tau. Tu pun Mak dia bising.
  • Kenapa pekerja di hospital boleh cuai sampai tertukar bayi? Sebenarnya mereka tak tukar bayi, cuma tertukar “wrist tag” sebab jururawat tu terjatuhkan wrist tag abeh konpius yang mana satu kepunyaan siapa.
  • Kenapa Nur, seorang peguam/pensyarah melahirkan anaknya di hospital umum dan bukan hospital privet? Kata kaya… Kalau kau pergi hospital privet, ni semua tak akan terjadi.
  • Kenapa Nur inginkan hak penjagaan untuk kededua anak? Gila? Kalau kau nak anak kandung kau balik, kau harus berikan Farhan kepada Said dan Ida. Baru adil. Tak kisahlah kalau mereka tu kais petang makan petang, yang penting, itu anak mereka dan mereka akan lakukan apa sahaja untuk membesarkan anak itu dengan sebaik mungkin. Wang bukan segalanya.
  • Nur itu merupakan seorang peguam, dia sepatutnya lebih tahu hal-hal sebegini!
  • Kenapa Farhan tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya anak orang miskin?
  • Farhan kan dah masuk universiti, dah boleh menyara hidup sendiri dan tak perlukan wang “ibunya”.

Pada masa yang sama, tidak boleh dinafikan bahawa ini drama yang belum pernah kita lihat. Kita boleh lihat perbezaan pemikiran masyarakat Melayu yang berlainan sosio-ekonomi. Kita juga dapat melihat komplikasi perhubungan cinta antara Shafiq dan adik kandungnya sendiri. Serta isu muhrim/bukan muhrim di dalam satu bilik hahahaha merepek.

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Google)

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s