Dimensi Ke 4 kembali buat musim ke…. wow dah banyak musim saya terlupa musim apa eh. Kenapa lah Mediacorp Suria buang duit bikin cerita macam begini? Kan tidak patut dan tidak digalakkan dari segi agama! #astaghfirullah! Buatlah cerita yang mampu memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu dan kembalikan mereka ke jalan yang benar!! Macam cerita Indon yang watak dia buat dosa berlambak abeh bila mati ada ular terkeluar dari nonokz dia hahahaha.
Tajuk episod pertama ini; Kasihku Tundukkan. Baca tajuk je dah dapat agak. NASI KANGKANG FABRET AKU HAHAHA. Tengok tu logo PG13. Ghaib siol. GHAIB.
Kenapa cerita hantu mesti ada amaran ini? Kenapa drama-drama lain takde? Kalau begitu, drama-drama lain di Suria merupakan kisah benar? HAHAHAHA SAPIAH SIAPA EH HAHAHA.
Wow baru mula je dah tanya nama dan mak.
Si dekni asyik main watak pembantu rumah je. Tapi sajak ah hahaha dan lakonan dan cara perbualannya juga bagus ya, mbak. Dia ni dah rosakkan mesin cuci baju hahahais.
Kan, si bengis ni dah suruh cuci gunakan tangan. Padan muka. Siapa suruh rosakkan?
Eh seronoknya. Dia sekolah mana eh? Matahari dah kat atas langit baru nak makan sarapan dan pergi sekolah. Saya dulu pergi sekolah bila matahari baru nak muncul.
Si Tuti koyakkan baju dia. Dia pun mengamuk lah. Nak hantar Tuti pulang. Sebenarnya, dia memang tanak maid pun. Tapi suami dia (seorang pereka desain ke apa yang bekerja di rumah) mahu seorang pembantu rumah untuk meringankan beban isterinya. Isterinya merupakan seorang yang berpangkat tinggi di tempat kerjanya. Pendek kata, rumah yang besar ni semua kepunyaan isteri dan bukan suami. Suami punya bisnes sebenarnya takde hasil pun.
Si Tuti pun terdengarlah. Terus jadi takut sebab suami dia kat kampung tu kaki pukul.
Tuti pun berjumpa bersama rakan-rakannya dan mengongsi masalahnya itu. Wow, si dekni semenjak Sahlan dah expose dia, dia terus bertudung ke? Bagus eh! Pakai tudung berwarna-warni lagi. Tak pernah aku nampak maid pakai tudung lawa.
Bagi yang dah terlupa. Hahahaha.
Eh eh si dekni ni. Suruh jumpa dukun! Tak takut dosa ke???
Astaghfirullah!! Apa ni? Pemikiran kampung betul eh! Dah la satu bilik berasap hahah macam susah nak bernafas aku tengok.
Wow, banyak ke duit kau nak kasi dukun tu pengeras lumayan? Entah-entah wang rupiah eh.
EEEEW. Geli lah hahahaha.
EH EH DUKUN GIANNNNNN. Hahaha Tuti pun bodoh pergi dengar cakap dia. Belum kenek kangkang dah terpedaya dengan kata-kata si bomoh hornyponie ni??? Dia kata “supaya ia akan mujarab” eew???
Wow passionate betul dia eh. Aku rasa kalau maid-maid sekarang nak kangkang, diorang buat sambil sms pakwe bangla diorang. Takde masa nak baca mantra sambil goyang-goyangkan tangan. Aku rasa diorang pegang kertas dan baca mantra tu bukan hafal mantra tu pun.
JIJIK LAAAAAAAA.
Oh untuk ma’am dan anak ma’am dia, dia senduk dari periuk biasa. Tapi untuk si Arman ni dia senduk dari periuk yang dia simpan kat bawah tu. Yuckkkk.
Anak dia pun nak bermanja dengan dia mintak suap. Tuti pun mencelah dan kata “jangan kacau ayah blabla” abeh ayah dia pun tak suap dia. Eh eh belum makan dah dengar kata-kata Tuti???? Hmmm, pelik.
Isterinya suruh hantar Tuti pulang kerana ia musim cuti untuk anak mereka dan mereka tidak perlukan Tuti lagi. Tapi si Arman dah kenek kangkang, jadi dia kata tidak la duhhhh.
Haha keracunan makanan? Hmmm…
Tersengih bukan main lagi.
Hahaha kenapa dah habis buat nasi baru boleh ikat rambut? Bila buat tak boleh ikat ke rambut tu? Merepz eh.
Wow, dia suap lagi!! Si Arman pun tanya pasal bapak Tuti yang sakit tenat lah apa lah.
Eh eh tu duit kau ke? Tu duit isteri kau kan? Kau mana ada duit. Memang kau sajak main watak lelaki haprak takde duit harapkan isteri je.
Si dekni pun terima SMS kata ada seseorang mengeluarkan $6,000 daripada akaun bersama (joint account) mereka. Dia pun musykil ah. Suami dia nak $6,000 buat apa sak.
Eh eh pakcik ni. Dia yang nak masuk ofis, tak ketuk pintu abeh terlanggar orang, abeh dia suruh orang tu berhati-hati???? Gila.
TERGODA KE?????
Dah tak waras si dekni ni. Dengan baju pun nak peluk-peluk.
Wah wah dia ajak kawan-kawan dia makan kat restoran! Si tutz pun kata dia tanak makan rezeki haramzzzz. Tuti pun macam marah ah abeh terus jalan.
Apa ni? Roti kirai kangkang??!?!?!
Diorang dah mula main cak-cak siol. Hahahah kelakar.
Eh si Tuti eh dia gian pe??? Dukun dia nak, Arman pun dia nak. Nanti dapat STD, STI, HIV/AIDS baru tau!
Perasaan lebih eh. Kalau kau ganti tempat isteri Arman, kau tak dapat duduk dalam rumah besar ni. Rumah ni rumah ma’am kau bukannye si Arman ni. Arman ni sebenarnya miskin, bisnes dia tak bawak hasil tau! Dia pun kata kepada Arman bahawa isterinya asyik pulang lewat ke rumah kerana main kayu tiga…
Dia pun marah isteri dia lah. Si isteri pun bingung sebab penat balik dari kerja abeh suami buat pe’el tak tentu pasal. Padahal Arman yang dah BERSETUBUH dengan maid tu semua boleh eh?
Suka la tu.
Memang kau dah tak waras.
Entah kenapa si Tuti baca mantera si dekni yang rasa terkenek hempap?? Tuti dah upgrade ke?? Daripada nasi kangkang kepada nasi himpit HAHAHAHA.
Semasa dia di sebuah mesyuarat dia macam kenek kacau hahaha. Hmm, apa si Tuti buat eh.
JENG JENG JENG.
Dia pun menyuruh Tuti, suaminya dan anaknya pergi keluar jalan-jalan. Tapi dia duduk kat rumah ah nak selidik!! Pandai dia.
Rumah dia ada swimming phool seh.
Eh Tuti kau bodoh eh??? Dia nak pecah tembelang kau lah, ngok!!
HHAHAHA YUCK LA GILA. Isteri kau lagi lawa dan kaya eh, please.
CARI CEPAT CARI!!!
Eeew ada rambut lagi?? Macam mana Tuti dapat? Arman cukur tak flush ke? Hahahahaha.
Dia juga terjumpa kertas pajak di dalam bilik Tuti. Dia pergi ke kedai pajak tu dan dapat tahu bahawa Tuti telah memajak anting-anting emasnya!
BAGUS. Wanita objektif. Tidak hiraukan apa-apa. Terus buat apa dia nak buat. Saya suka.
Eh si dua ni tak tau nak cover sikit ke??
PADAN MUKA.
Siak ah anak dia yang jadi mangsa!!! Kesian! Pisau sapu mentega pun jadi ah hahahha.
Haha polis di belakang ya, mbak.
Eh eh anak dia macam takde reaksi gitu eh.
EH KAU TAU MINTAK MAAF JE EH TAPI TAK TAU NAK BUAT APA GILA KAU BYE.
Secara peribadi, saya rasa Tuti tidak seharusnya berjumpa dengan dukun untuk buat nasi kangkang untuk membuat Arman menunduk kepadanya. Ini kerana Tuti dan Arman sentiasa di rumah, Tuti boleh goda si Arman dengan memakai baju seksi dan terdedah, kan? Tak payah buang duit jumpa bomoh gian tu kan??? Kenapalah si Tuti tu bodoh. Mempunyai fikiran kolot sungguh! Si Arman pun satu, dah la kerja takde hasil, nak ambil pembantu rumah pulak. Kau jadi surirumah pun bagus. Tuti entah kenapa berkenan denagn jantan takde duit. Kau sepatutnya kangkang dia je, tak payah buat dia cintakan kau! Bodoh eh Tuti.
Tambahan pula, jika ini semua masih wujud si negara serba moden Singapura ini… Hais. Bangunlah wahai manusia!!!!! Kau dah gila ke nak gunakan kangkang??? Tak takut dosa??? Itu pun pihak pemerintah berkata kita merupakan masyarakat konservatif. NI KONSERVATIF?? Hahah kelakar. Oleh itu, kita sebagai manusia tidak harus mempunyai perasaan hasrat dengki, benci, cemburu dan lain-lain sewaktu dengannya. Selalulah bermaaf-maafan dan berusaha dengan cara yang halal ye. Hahaha k merepek.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Suria’s Toggle)
[…] Episod 1: Orang Gajiku Goda Suamiku […]
LikeLike