Hmm… Pelik eh. Kenapa telemovie ini ditayangkan pada malam Isnin dan bukan pada malam Raya pertama, kedua ataupun ketiga. Oh, sebab telemovie ni bukan macam telemovie Raya yang biasa-biasa. Telemovie ini ada unsur-unsur dimensi ke-15. Ha kau. Nanti pakcik-makcik warak semua membuat aduan kata cerita ni tak searas dengan ajaran agama! Hahaha. Namun saya berpendapat bahawa telemovie ini sebuah telemovie raya yang menarik. Bukan macam semua yang kita lihat. Buat dosa/di rantauan lepastu balik rumah, sesi bermaafan dan terus keluarga bahagia. Ni ada saspens dan misteri. Penuh dengan tanda tanya. Telemovie ini mengisahkan seorang jejaka bernama Farhan yang mahu sangat kahwin. Dia pun membawa bakal isterinya balik kampung untuk bermesra dengan keluarganya lah. Tapi si Mak Farhan tak suka…
Apa ni baru start dah bercucuk tanam?
Oh chey mimpi. Hmm Suria tak habis-habis cerita mimpi-mimpi ni semua. Ni la Farhan. Dia seorang yang berjaya. Mempunyai bisnes dan rumah sebuah tau.
Dia bercadang untuk balik kampung untuk beraya tahun ini. Bagus la. Tu pun sebab nak ajak bakal.
Ni la bakal Farhan, Suzie. Nama Melayu dia Suzilawati Bte Pungut.
Sebenarnya, si Farhan ni pernah kahwin (aku dah bilang kau Mediacorp Suria dah ketagih cerita duda janda) tapi sudah bercerai kerana isteri pertamanya bermain kayu tiga dan “menghilang”. Dia risau jika keluarganya tidak dapat menerima Suzie seadanya.
Eh eh kau dah sampai Mesyo kat tengah-tengah hutan nak balik? Hey, ni bulan Ramadan bulan penuh barakah, insyaAllah hati mak kau lembut!
Kan, si Suzie nak pergi dan jumpa. Sebab tak sabar nak kahwin dengan kau habis tu kikis harta kau lulz.
Wow ni betul-betul punya kampung ni. Boleh buat MV Sesuci Lebaran. Kampung ke VILLA sak.
Eh eh mak dia nak timang-timang anak dia ke? Abeh muka terus tukar bila ternampak si Suzie?
Kau ingatkan ni Instagram ke? Nak pose sakit leher? Salam tu bakal ibu mertuamu.
Mak dia kata si Suzie cuma nak kan duit Farhan. Maklumlah, adik-adik Suzie masih sekolah, bapak dia terlantar kat hospital sakit tenat, mak dia pula harapkan si Suzie untuk $$$. Eh eh si dekni, dia upah PI ke untuk selidik kehidupan peribadi Suzie?
Mak dia pun ungkit cerita lama di mana Farhan mengahwini bekasnya, Liana, di Singapura. Itu kakak Farhan, dia pun suruh anak dia layan si Suzie dalam situasi janggal ini.
Main apa sak?
Eh kau. Ada sebukit pasir kat situ tak nampak? Terus terjerumus jatuh. Nasib baik pasir, kalau taik? Padan muka kau. Eh kenapa ada pasir kat tengah-tengah dunia sak?
Alamak si dekni pening ke instagram pose?
Kakak Farhan cuba untuk meyakinkan Mak mereka bahawa Suzie bukan seperti yang disangkakan dan biarkan Farhan mendirikan rumahtangga. Tapi Mak dia entah kenapa tak kasi. Kongkong ke?
Macam mana dia tahu perempuan ni jahat ke tak?
Suzie pun kata dia cinta dan ikhlas tapi mak dia buat dek je, tak kisah pun. Dia kata kau cinta duit dia sama macam si Liana tu.
Suzie pun mengatakan perkara yang sebenar. Dia tidak pernah sesekali pun mengambil ataupun meminta wang daripada Farhan.
Mak dia terus pekik tak tentu pasal sampai si Farhan dah sebelah dia pun masih nak pekik. Gila.
Si kakak cuba menenangkan hati Suzie dan berkata bahawa dia bukan macam Liana. Liana sebenarnya main kayu tiga. Dan dia akan tolong untuk melembutkan hati Mak.
Sedang Farhan menyalakan lampu colok, dia tetiba kena serangan apa entah. Terus menggelisah dan bergegar tanpa henti. Mak dia datang abeh dodoikan dia macam budak kecil. Hmm..?
Betul tu. Mak kau mengawal hidup kau. Tak perasan ke?
Baik eh si kakak ni, alhamdulillah. Selalu main watak jahat. Bila diberi watak baik macam pelik binte peluk.
Kakak dia nak lembutkan hati mak dia tapi dia pulak percaya akan hasutan mak dia. APA DAH. Mak dia ni kenapa dengki sangat? Dosa apa si Suzie dah buat?? Ada ke patut dia kata Suzie dah robohkan rumahtangga Farhan & Liana? Tsk!!
Hmm… Jabatan Polis Diraja Malaysia. MESTILAH LAMBAT. Macam tak faham je. Dua tahun tu diorang makan duit PM Najib 1MDB hahaha.
Eh kat dalam rumah pun berbisik? Berbisik ke jilat telinga hahaha. Ha kau, entah apa Mak dia bilang sampai mata terbeliak macam gitu. Berita panas ke?
Dah mula la tu nak benci Suzie.
AH NI LA AKU NAK. Si dekni sajak main watak jahat je. Sampai kening ternaik mirip Ziana Zain you. Entah apa Mak dia hasut dia sampai dia kata sebegini kepada Suzie. Aku rasa Mak dia kata Suzie yang bunuh Liana kot.
Apa motif babak ni.
FITNAH. Kakak dia kata “jom kita cari bukti” HUH? Polis Malaysia yang haprak tak dapat bukti lagikan kau yang takde ilmu perihal benda macam gini.
Farhan pun melenting kat Kakak dia kata jangan nak reka cerita. Mak dia masuk terus kata “Farhan!” abeh Farhan terus berhenti siol. Mak dia guna ilmu apa ni.
Farhan pun meminta maaf sebelum balik ke Singapura. Tapi Mak dia step feeling DIVA AA taknak pandang muka anak dia. Farhan pulang awal kerana tidak mahu Suzie berdepan dengan kekejaman ibunya.
Setelah Farhan pulang, Maknya mula bau-bau baju Farhan. Hahahah yuck la si dekni gila aku rasa.
Di rumah, Farhan terdengar bunyi loceng. Siapa yang nak datang beraya pada waktu malam ni eh?
.
.
.
.
Ha kau. Mak dia muncul depan pintu. Eh Mak dia nak apa ni???
Saya tak tau apa diorang berbual ah sebab babak ni musik latar belakang saspens.
RAHSIA APA. Eh si Farhan ni macam budak-budak eh. Nak minum susu tetek mak yang dah berhabuk ke?
Farhan berjumpa dengan Suzie untuk memberitahunya bahawa mereka tidak mungkin akan berkahwin. Ini kerana keluarga lebih penting.
Dia juga berkata bahawa keputusan Maknya adalah yang terbaik untuk dirinya.
Eh eh Mak dia melampau eh. Anak kau tu dah besar panjang. Dia tu kalau gian macam mana? Kau nak dia hidup bawah ketiak kau sampai kau mampus?
Suzie ke rumah Farhan untuk selidik ah apa lagi. Dia pun ternampak Mak Farhan tengah usap-usap kepala Farhan. Hmm…
Kan, aku dah kata. Mak dia masih ingatkan bahawa Farhan budak kecil lagi.
Keesokan paginya, Mak dia buat muka kesian. Suruh Farhan pindah ke kampung. Tinggal bersama sebab Mak dia rasa sunyi takde orang kat kampung. Mestilah sunyi. Rumah kau besar abeh tinggal sorang??? Beli rumah studio sua.
Suzie tiba di pejabat Farhan dan berdepan dengannya. Dia kata walaupun Farhan seorang yang berjaya dan mempunyai bisnes dan mampu mengawal pelbagai perkara, dia tidak boleh mengawal dirinya dan cintanya.
Farhan pun segera balik kampung dan korek apa entah dalam bangsal ni. (Wow perkataan baharu saya pelajari ya! Bangsal.)
Wow tulang putih bersih eh. Kain kebaya biru tu pun nampak baru eh. Baru ditanam ke?
Oh Liana rupanya. Kau bunuh Liana dan tanam dia belakang rumah kau ke? Eh belakang rumah pun Polis Mesyo tak dapat cari ke?? Astaghhhhh.
Suzie sekali lagi muncul dan bertanya jika benar Liana bermain kayu tiga ataupun itu hanya cerita dongeng yang direka oleh Maknya.
Eh asal muka terkejut?
Yek eleh pekerja Bangladeshi tengah buat kerja. Xenofobik ke?
Oh. Si Farhan teringat la pasal sesi korek-mengorek. #KebelakangKhamis (#ThrowbackThursday) ke? Dia sakit apa eh selalu ada serangan termengah-mengah? Anxiety attack??
Eh kau matair dia kau tak tau dia ada penyakit ni? Betul tak boleh harap ah. Baru sekarang perasan? Farhan pun kata dia ada penyakit ni setelah “kehilangan” Liana.
Suzie mahu menolong Farhan mengatasi segala masalah yang sedang Farhan hadapi. Tetapi, dia mahu Farhan jujur dan tahu akan tujuan dan keadaan Maknya yang dah tak siuman itu.
Eh eh. Tina mana? Tak tolong sidai baju ke? Dia pergi berlajiak ke si Tina tu? Haha.
Semasa dia jemur kain ni… Dia pun ternampak…
Pintu bangsal tu tak ditutup rapat. JENG JENG JENG.
Kan muka dah stress.
Dengan segera dia tinggalkan kampung villa dia dan menuju ke rumah Farhan.
Dia pun marah Farhan la kata dia merbahayakan nyawa diri mereka. Tau takut. Abeh asal buat? Eh ni anak beranak berkomplot bunuh Liana ke??
Wow bagus, Farhan. Kau dah sedar kesilapan kau dan mahu isteri kau dikebumikan dengan sempurna.
Tapi mak dia ni masih gila dan tak waras. Hantar pergi Tanjung Rambutan sua. Ada ke patut dia nak biarkan Liana tu reput kat belakang rumah dia? Tak busuk ke? Yuck.
Dia pun bula berpidato. Tidak ada wanita lain yang boleh rampas anaknya, intan payungnya daripadanya. OI! Anak kau tu dah besar, ganyut dah. Masa untuk kahwin oi. Biarlah dia hidup bahagia dengan keluarga sendiri. Kau tanak tengok anak kau bahagia ke?
Eh si Suzie ni berani eh pergi selidik sampai ke kampung!!
KAN AKU DAH KATA. Nanti kau jadi mangsa nombor dua!!!
Geli sak.
Eh eh si dekni. Belum makan nasi kangkang Mak dia dah dengar semua kata-kata Mak dia eh. Ni apa? Nasi Kangkang V.2? Tak payah makan, bau je boleh eh? Aku pon nak ah.
Eh masih ah??? Hahaha. Dia pun tak betul.
Rahsia apa sihhhhhh. Masih misteri!!
IMBAS KEMBALI
Eh dah la eh. Babak ni menunjukkan bahawa Mak dia nak lauk, tapi bila si Liana nak kasi, dia tanak. Bila menantu dia kasi, dia nak. Saya benar-benar berpendapat bahawa Mak dia ada fetish. Fetish apa? SUMBANG MAHRAM LA INCESTUOUS. Dia nampak sah syok kat laki-laki je eh? Anak dia dan menantu dia. Anak perempuan dia tu, dia tak kongkong pulak. Dia biarkan saja dia kahwin.
Liana menerima panggilan daripada rakannya yang berada di kawasan itu. Dia pun ingin berjumpa sekejap. Mak dia ni eh nak pasang telinga pun buat la secara diam-diam. Ni sudah terang kau pasang telinga. Pasang badan sekali.
Sanggup diorang ikut sampai ke mana entah.
Ni la kawan Liana. Manis dia. Liana amat bersyukur sebab kalau tak, Liana terpaksa layan mertua dia yang berpenyakit mental tu.
Betul tu. Tu pon Mak dia ingatkan dia bermain kayu tiga. Takkan la si Liana ni anggota #LoveWins ataupun #Pinkdot? Sampai ke situ ke Mak dia fikir? Si Liana ni sebenarnya Lesbianita? (Lesbian tetapi wanita = Lesbianita)
Eh Mak dia tuduh tanpa bukti. Kau nampak ke jantan tu? Tak kan????
Si Liana ni pun satu. Kata sekejap. Matahari dah terbenam pun!
Ha kau. Ni Mak dia dulu ahli gusti Mesyo! Jangan main-main!
BETUL.
Eh eh si Liana ni. Mak dia belum pukul dia abeh dia dah jatuh? Eh Shenty Feliziana, kau kan penari. Kalau nak jatuh terus pas de bourree la! Konsperm tak jatuh. Saya dah banyak kali kalau dalam bas ke MRT ke, kalau dah feeling-feeling nak jatuh, cepat-cepat pas de bourree. Mampu menyelamatkan nyawa anda!

Ni leher belakang dia terhentak siol. Ni kalau tulang belakang hancur maknanya mati ah. Sebab saraf-saraf semua dah tak berfungsi lagi.
Eh Mak dia kejam eh, sial betul.
Ni la ANTM Tyra photoshoot hhahahaha.
Hmmm… Masih menjadi tanda tanya. Sebenarnya takda pon.
Kesian si Suzie kenek ikat!! Mampus kau jadi mangsa kedua!! Eh Suzie tak dapat lawan Mak dia yang dah tua ke?? Haissssss. Oh lupa Mak dia ahli gusti negara hahaha.
Mereka terdengar jeritan seorang wanita. Eh secara kebetulan jugak eh diorang balik.
Ni macam “Mother Knows Best” haha. Eh keperluan yoohoo macam mana?
Kan dia dah kata. Oh lupa mak dia ada fetish incezzzzzzz.
G I L A
OMG Kesian sak
Ok??? Eh kau dah kenapa? Kalau gitu, setiap mak ada hak nak simpan anak diorang sampai mati?? Asal kau tak kongkong anak perempuan kau pulak??
Wow. Kita semua tak tahu.
Siao.
Padan muka. Polis Mesyo ni tak buat apa-apa eh. Cuma tangkap orang. Makan gaji buta dan rasuah je.
Eh muka masih nak step sombong ah??
Kata-kata pujangga malam ini.
Sanggup ke, cik kak?
Ni la kesudahan ceritanya. Si Mak kenek tangkap. Tapi diorang akan cari peguam terbaik. Farhan pula disoal siasat. Aku rasa Farhan pun masuk penjara ah sebab berkomplot eh. Gila. Tak betul dua-dua beranak ni.
Saya masih tidak puas hati mengapa telemovie ini disiarkan pada Hari Raya. Saya rasa lebih tepat jika ditayangkan pada Malam Jumaat Keliwon ataupun Friday The 13th hahaha. Padahal, babak hari raya cuma raya pertama di mana mereka semua makan bersama di meja makan sebelum Liana meninggalkan mereka dan raya pertama bersama Suzie di kampung. Tu je.
Telemovie ini juga berjaya mengemukakan beberapa isu yang relevan walaupun kau rasa ni cerita hantu misteri merepek.
- isu balik kampung walaupun kampung dekat
- isu kasih sayang yang terlalu melampau haha
- isu anak bongsu yang amat disayangi
- isu cinta ibu dan cinta bakal isteri
- isu mertua dan menantu yang tidak boleh bersefahaman
- isu bakal mertua yang buruk sangka terhadap bakal menantu
Secara kesuluruhan, saya memang puas hati dengan telemovie ini. Ia seolah-olah saya menonton wayang siolzzz. Camera angle semua macam wow level up. (chey padahal saya tak tahu pasal camera angle ni semua) Plot cerita ini juga amat menarik walaupun penonton dapat meneka kesudahan cerita ini dari awal cerita. Saya juga suka akan lokasi penggambaran! Wow Villa tu cantik siot. Dan rumah Farhan ada lip kau. #goals hahaha. Semoga Suria akan menerbitkan cerita yang hebat seperti ini!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle & Google)