Menantu International merupakan drama yang menggantikan slot drama MM2! Eh, tak faham eh kenapa Suria gunakan perkataan “International”??? Bukan ke international = antarabangsa? Gunakan je la bahasa kita. Kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa kita yang indah ni, siapa lagi? Apek jual ikan??? Ni bukan kali pertama Suria gunakan perkataan Inggeris untuk menggantikan perkataan Melayu yang memang dah wujud! Apa? Gunakan perkataan “International” dapat naikkan ratings ke? Eh drama Mesyo yang nama kampung pun ratings lebih meletopz la!
Ok, balik kepada kritik-mengkritik. Hmm, secara peribadi saya rasa drama ni macam lewat. Ini kerana pada zaman ini dah macam biasa orang Melayu kahwin bangsa lain/orang dari negara lain. Kahwin Jepun la, Zimbabwe la, Congo la, Tibet la eh. Tapi, saya suka la eh Suria dapat mengemukakan isu yang kurang popular dan kurang diperbualkan oleh masyarakat kita terutama sekali golongan Generasi Perintis hahahaha. Dalam drama ini juga diselitkan isu xenofobia yang kerap kita lihat di Singapura. Tapi ni baru episod pertama jadi tak boleh berbual banyak haha.
Saya pasti ramai tahu drama ni pasal apakan? Dalam gezek-gezek yang sering kita lihat je dah boleh cam. Tanpa membuang masa… Saya nak mulakan ye.
Erm… Ni Suria eh dia nak photoshop hujan rabak sia. Effort pun takda hahahah sigh. Ni la Mel. Dia seorang kaunselor dah ade pakwe (Andy) tapi pakwe dia sibuk 24 jam.
Mel sekarang sedang menjalani kursus. Si tukang bagi kursus (Mat Saleh) mula syok kat dia. “Can I take you out to dinner?” “I don’t know, can you?” HAHAHAHAA
Inilah orang-orang yang mengambil kursus kaunselor. Hmmm. Ni nyonya apek kat pasar.
Si Andy pun menelefon Mel kata dia nak ajak Mel keluar. Tapi Mel kata “NO!” sebab dia kata Andy asyik pentingkan diri sendiri tak tahu ambil kisah Mel. (Sebenarnya, Mel nak keluar “lepak” dengan Bryan [si Mat Saleh] kat belakang tu)
Andy mengajak Mel pergi makan tapi sebelum tu Andy singgah jumpa client dan tinggalkan Mel dalam kereta…selama dua jam haahhaa. Eh kalau aku Mel aku terus angkat kaki cari makan sia nak tunggu buat apa. Mereka pun gaduh lepastu si Andy kata “You rasa you boleh cari boyfriend lebih bagus daripada I? GO!” terus putus sak. Andy pun tinggalkan Mel bulat-bulat.
Asal nama dia Andy eh padahal Melayu siak.
Tapi tak kisah si Mel ada Bryan. Dah lepas 5 bulan dating si Bryan pun propose woohoo.
Tapi si Andy masih nakkan Mel ah suruh balik semua hahaah kau yang kata “GO!” ish! Tapi, si Bryan dah propose eh cincin berlian!
Saleh sebenarnya belum mati, dia tinggalkan Sapiah dan Hanum untuk lari daripada segala masalah yang membelenggunya. Eh salah. Si bapak Mel memang tak berkenan dengan omputeh entah kenapa la eh.
Mak si Mel kata takpa nanti dia pujuk dengan geletek hhahaha geletek terus jawab “salam”.
Wow. Bryan merupakan seorang duda! Eh Suria ni dah ketagih cerita pasal duda janda ni semua eh?
Ni mummy daddy Bryan kata balik dengan bekas isteri hahaha abeh kata “Asian girls are gold diggers” hahahaha Asians are richer than you, sorry not sorry.
Ni Fir, adik/abang si Mel saya tak begitu pasti. Mereka di kafe tajaan ah eh. Borak pasal bapak diorang la. Si Fir tak jadi pergi Jepun untuk kerja, pergi China pulak.

Cakap pasal China, si Cinapia ni potong jalan nak pesan makanan. Si Fir pun gaduh la hahaha. Aku rasa kalau ada PRC potong jalan aku pun gaduh macam nak rak ludah kat diorang chey tak la. #astaghfirullah
Tanpa disedari mereka tertukar iPhone hahaha. Eh si PRC punya iPhone tak update ke? iPhone 6 siak dia downdate ke?
Eh si mak dia kat rumah nak pakai rantai dia apa diva ke? Bapak masih merajuk kat Mel lol.
Ni kakak Mel yang dah kahwin. Tengok tu mata terbeliak sangat nak bangga-banggakan suami dia yang baru beli BMW.
Eh eh PRC baju sama wow. Si PRC masih nakkan iPhone dia la apa la tapi Fir suruh jumpa kat City Plaza dia pergi Lucky Plaza hahahahaha.
Ni la suami kakak Mel. Dia tak dapat naik pangkat terus nak berhenti. Hmm… ok?
Bryan meminta balik cincin daripada Mel dan merisik mengikut budaya Melayu! Dia pun slow talk ah abeh si Saleh ni kata ok, alhamdulillah.
Beberapa hari kemudian, mereka pun nikah. Bapak si Bryan kelakar eh hahaha nampak je Mak si Mel pakai barang kemas macam divaaaaaa.
Si Tok Kadi tanya wali mana, Mak si Mel cari suaminya tapi suaminya hilang. JENG JENG JENG.
Itulah episod pertama. Hmm, oklah ada unsur-unsur humor tapi kadang-kala drama ini juga agak serius. Saya harap dalam episod akan datang Suria dapat mengemukakan lebih isu-isu yang relevan yang sering dihadapi keluarga yang mempunyai menantu/mertua warga/bangsa asing!
Saya tak pasti samada saya akan terus menonton drama ini kerana drama ini bukan drama yang biasa-biasa eh macam MM2 kan. Kalau drama ini berjaya menarik perhatian saya baguslah eh, lebih banyak blog post untuk pembaca setia saya hahahaha.
– Pengkritik Sandiwara
[…] anda yang tidak mengikuti, sila baca post yang sebelumnya agar tidak keliru ya. Klik di sini: 1, 2, […]
LikeLike