AKHIRNYA! Kita bakal mendapat tahu kesudahan cerita ini! Adakah Abang Long masih mahu meneruskan perkahwinannya dengan Irma walaupun Rahim meraung macam nak rak? Siapakah sebenarnya wanita yang muncul tiba-tiba dan mengaku dirinya isteri Sahlan? Mungkinkah hati Sapiah akan kecewa lagi? Nasib Norlela pula? Siapa akan dia pilih? Nasir atau Rizuan? Aley pula bagaimana? InsyaAllah dia mati eh sebab tak guna!
Episod 13
Si bibik ni kata dia isteri Sahlan kat Batam. Ada anak dua la abeh hamil anak ketiga lagi. Tapi biasa lah Sapiah tak percaya sebab Sahlan kan duda kaya dah pencen hari-hari mandi duit CPF!
Dia pun tunjuk gambar la. Eleh setakat gambar je. Ni angle apa ni???? Sapiah masih tak percaya kata nak telefon Abang Sahlan dan tanya sendiri. Tapi si Bibik tu kata ” pasti Mas Sahlan takkan mengaku yadayada” Bagus eh Sapiah tak percaya. Bukan macam makcik-pakcik kat Fesbuk. Nampak je share. Entah sahih ke tak sumber maklumat tu!
Si Bibik pun kata dia tak kisah jadi isteri pertama dan dimadukan hhahaa. Eh Sapiah kau pun rela dimadukan kan? LOLz. Musim pertama kata tak suka ambil suami orang.
Si Bibik pun minta sedikit wang untuk balik kampung hmmm…
Ni Mak Jans dua-dua cakap pasal hal cinta-cintun mereka yang macam tak kesampaian ah hahaha.
Abeh si Sapiah biasa ah feeling lebih kata bila nak capai kebahagiaan cara tu tak elok dipandang orang lain apa entah.
Si Khairul sebenarnya malu dengan Mak dan Kakaknya. Kalau aku pun malu sia. Tapi tak boleh buat apa-apa kan kalau dah syok.
Sapiah pun berjumpa Sahlan untuk meminta keterangan namun Sahlan tidak mengaku. Sapiah pula kata dia amat kecewa dan hatinya tak tahan lagi dengan semua penipuan cinta, chey.
Sebenarnya ni semua rancangan Yazid dan Rita nak kenekkan si Sapiah!!
Kan Sahlan nak ambil gambar sebagai bukti.
Eh eh si dekni ni dah beri betis minta peha??? Kau tu dah bagus dia kasi duit. Kerja kau senang je. Nak tempat penginapan semua. Balik la! Tak faham bibik ni.
Rahim pun mula la stress nak kan si Irma sampai bilik macam reban ayam. Mak dia bawak makan pun dia tanak sebab dia puasa kot.
Rizuan terbaca suratkhabar abeh ada cerita pasal gempa bumi kat Cebu ah. Eh Rizuan kau zaman apa ni baca suratkhabar?? Takde Fesbuk ke? Kan kau peniaga mesti ada Fesbuk kan untuk dapatkan connections semua!
Kawan dia, Jimmy pun menelefonnya untuk bincang hal Cebu tapi Rizuan malas nak layan. Eh, malas nak layan kawan Cina kau??
Si Yanti ni kata nak duduk rumah Rita dua hari je tapi dah lebih dua minggu. Rita pun mengamuk ah nak halau dia.
Tapi entah kenapa si Yanti nak duit lagi la apa la abeh nak gaduh. Eh, kau ingat ni Sinetron 130 episod? Ni drama Suria 13 episod la! Dah episod akhir pun. Kita takde masa untuk watak antagonis baru oi! Tak tau kenapa pihak produksi nak kenalkan watak Yanti yang perangai macam gini. Tak berfaedah langsung macam redundant???
Sahlan pun tangkap si Yanti dan soal siasat. Tapi Yanti tanak mengaku ah.
Tapi Sahlan ada bukti haha. Eh haritu dia amek gambar dari tepi kan asal frontal shot eh? Hmmm….
Si Sahlan pun ugut Yanti ah kata nak buat laporan polis kata diorang semua penipu dan Yanti kerja tanpa permit. HUH? Yanti tu tak kerja pun. Dia bermaharajalela kat rumah Rita hahaha.
Eh eh mak dia ni dah halau Abang Long abeh datang rumah Abang Long?? Suruh Abang Long mengalah semua. Tanak mati nanti anak-anak bermusuhan la. Eh, kalau si Long ni mengalah, tak semestinya Irma nak kan si Rahim bodoh tu balik!
Sahlan berjumpa Sapiah untuk memberitahu hal yang sebenar. Sapiah pun meminta maaf sebab buruk sangka. Mereka tak sangka Rita yang bertudung sanggup buat ni semua.
Sapiah pun bilang Sahlan yang haritu Yazid cuba menodai dia tapi tak sempat sebab Sapiah dah dapat teksi lain.
Sahlan dan Sapiah pun ke Kejadu untuk minta penjelasan dari Rita dan Yazid. Si Sahlan ni eh ganas sangat. Kononnye nak melindungi Sapiah ah sebab Yazid dah nak nodai si Sapiah.
Kelakar si. Ni la penonton-penonton dapat tengok drama secara langsung 4D experience. Sahlan kata tembelang Rita dengan Yazid dah pecah.
Si Rita ni kata “Tembelang apa??” Dia tak tahu si Sahlan & Sapiah dah tahu cerita sebenar!
Ah kan amek kau si Yanti pun muncul.
#SituasiTegang
Para jemaah asyik bertanya pasal Rizuan yang dah lebih 3 minggu menghilang. Pak Haji ni labur 50k sak??
EH EH si Kepo ni selalu nak menyelebahi Rizuan eh??? Apa ni urgh? Rizuan dah bayar kau ke untuk selalu puji dia?
Si Kepo bertanya Norlela samada Rizuan akan pulang dengan $$$. Norlela jawab Rizuan sibuk maklumlah bisnes kan? Bak kata Si Kepo.
Tiba saja di rumah, Norlela bersemuka dengan Rizuan dan bertanya hal duit jemaah. Dia tanak terbabit dalam skim penipuan Rizuan! Si Rizuan pun kata Melayu bodoh tak tahu selok-belok bisnes la. Tau untung je. Si Norlela jawab dah tau Melayu bodoh kenapa pergi ajak Melayu melabur?? Jadi yang bodoh sebenarnya Rizuan. Kenekkan balik, Melayu Bodoh!
Norlela pun menyuruh Rizuan untuk pulangkan wang para jemaah. Tapi si Rizuan dah gunakan wang tu untuk langsaikan semua hutang bank! Norlela pun apa lagi, terus meletup kata dia tak jujur, tak beramanah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Dia kata dia tanak bersubahat dengan Rizuan.
Rizuan kata dia tidak ada cara lain kerana tidak mahu muflis. Dia pun kata dia tahu Norlela mahu lihatnya muflis agar Norlela dapat bersama Nasir. Norlela pun kata jangan nak tukar topik. Entah, ni masalah wang jemaah masjid oi.
Rizuan pun menghalau Norlela sebab tak tahan. Kau betul nak halau Norlela? Kau masih perlukan dia tau. Jangan nanti nak mengemis minta dia pulang.
Zul pulang dari Jepun dan Khairul memungutnya dari lapangan terbang. Khairul ingin bersalaman tapi si Zul macam nak-taknak. Dia pun mengimbas kembali semua perkara baik yang Khairul lakukan.
Haha.
Zul pun memeluknya tanda kemaafan ah konon. Alhamdulillah.
Bagus tu kalau fikir macam gitu dah takde perasaan marah dan benci ye. Diorang berbual macam gay couple eh nak kasi kebahagiaan ibu la masa depan la.
#LoveWins #PinkDot2015
Norlela ke rumah kakaknya untuk meluahkan isi hatinya yang terpendam. Dia berkata rumahtangganya sebenarnya huru-hara dan ditimpa pelbagai masalah. Sapiah pun mempelawa Norlela untuk tinggal di rumahnya namun Norlela tidak mahu menyusahkan kakaknya.
Irma dan Abang Long berbincang hal masalah mereka. Abang Long ingin sambung berlayar. Hmm.. Bawak diri la tu. Irma kata Abang Long mengalah sebab untuk bahagiakan Mak dia. Abang Long meminta maaf abeh si Irma nangis terus lari. Kononnya sedih ah.
Sapiah berjaya tuntut cerai daripada Husin dan diorang tak sabar nak nikah.
Geli sak orang tua ni. Ni kalau dah kahwin jangan lupa #SaSaWeds
Nasir memberi wang $900,000 kepada Rizuan hasil jualan rumah banglo Rizuan. Nasir pun kata sekarang diorang dah takde kaitan dah. Semua beres.
Tapi si Rizuan kata Nasir nak goda Norlela dengan kekayaan dia la apa la. Eh Norlela bukannya mata duitan!
Rizuan pun mula berkeras dengan Nasir tanya nak jumpa Norlela. KAN DAH AGAK PUNYA KAU MASIH NAK NORLELA. Abeh Nasir tumbuk hahahah.
Chey jangan over-confident, bang.
Rizuan yang dah mabuk menerima panggilan dari Perancis. Orang dalam talian tu kata Aley ditahan polis sebab kegiatan maksiat???? Apa dia melacur ke??
Rizuan terkejut sangat sampai terkenek serangan jantung. Sebenarnya dia pengsan sebab mabuk.
Nasir kata dia akan ambil Norlela sebagai isteri kedua dan beli rumah besar untuk Norlela. Tapi Norlela kata kalau dia tak boleh buat Nasir bahagia (dapat anak) akankah Nasir mengahwini lagi satu???
Norlela pun menasihati Nasir untuk menjaga dan terus mencintai isterinya kerana pengorbanan itu adalah kasih sayang. Dan selama ini Rizuan setia!
Norlela bergegas ke hospital setelah mendapat tahu Rizuan terlantar kat hospital. Dia pun berkata dia menghargai kesemua pengorbanan Rizuan namun dia tidak setia pada Rizuan!
Norlela masih mahukan Rizuan kerana Rizuanlah yang mampu memberikan kebahagiaan walaupun hidup mereka penuh onak dan duri!
Eh apa ni pakai nebulizer mask??? I’m sure it’s a nebulizer mask and not a face mask.
Aku seriously tak faham. Bila couple nak jumpa, mesti jumpa kat jeti. Tak kisahlah diorang dua ke, Nasir/Norlela ke, Sapiah/Sahlan. ????
Abang Long kata dia korban sebab untuk kebahagiaan semua.
Irma pun ucap terima kasih sebab beri peluang tumpang kasih sayang tapi dia tanak balik dengan Rahim. Kita semua setuju.
Irma mahu berikan balik cincin tapi Abang Long kata simpan la kalau teringat Abang Long boleh masukkan jari manis tu dalam nonok tengok-tengok cincin tu.
Ni skrip terpaksa keluar sebab “Mengejar Mentari” SO NOW WHAT. Dah habis berlayar dia akan kahwin? Ke????
Akhirnya, sudah selesai pun drama musim kedua ini! Adakah anda puas hati dengan kesudahan cerita ini? Secara jujur, saya agak puas hati. Ini kerana akhir jalan cerita ini amat realistik dan bukan terlalu ideal. Contoh, Abang Long yang berlayar untuk membawa diri kerana tidak sanggup “mencuri” bekas isteri adiknya. Serta, Norlela yang berbalik dengan suaminya walaupun kehidupannya dengan suaminya penuh masalah.
Walaupun begitu, ada beberapa soalan yang belum dijawab!
- Di manakah anak Norlela dan Nasir?
- Mampukah Sahlan memberi kebahagiaan dan bimbingan kepada Sapiah?
- Adakah Sapiah akan berhijab lagi?
- Adakah Nasir akan bertaubat? Atau terus dengan perangai buruknya?
- Bagaimana pula dengan Husin? Mungkinkah dia mengugut Sapiah setelah keluar penjara seperti dalam mimpi Sapiah?
- Betul ke Khairul akan berjaya tamatkan pengajiannya di ITE atau terus mengambil peluang kerja sebagai pekerja sepenuh masa di tempat kerjanya?
- Mungkinkah Abang Long pulang setelah membawa diri dan akan mengahwini Irma?
- Adakah Rahim akan tetap memujuk Irma?
- Bagaimana Irma mahu membayar kos pembiayaan tajaka anak-anaknya setelah Abang Long berlayar?
- Aley…?
- Adakah Rita akan balik ke masjid dan mencari ketenteraman? Haha.
Nampaknya, masih ada banyak isu yang belum selesai! Mengejar Mentari 3 mungkin? Hmmm…
Drama ini juga berjaya mengemukakan isu-isu yang boleh dianggap sensitif di sisi masyarakat Melayu.
Sebagai contoh
- isu poligami – Sapiah & Ustaz Fazli, Sapiah/Yanti & Sahlan, Nasir serta isterinya & Norlela
- isu curi isteri adik sendiri
- isu hijab (sekejap ada sekejap takda)
- isu janda/duda yang suka berfoya-foya
Saya amat suka akan lagu tema drama ini. Maklumlah, pemenang lagu tema terbaik dalam Pesta Perdana yang kelmarin tu. Tapi lagu tu takde kat YouTube wth???
BONUS
Tahukah anda bahawa Si Kepo dan Yanti sebenarnya peragawati untuk Second Chance/ First Lady!!!
Betul. Saya tak dapat cari gambar mereka ah tapi terkejut beruk bila nampak diorang kat TV sebagai model haha. Saya memang suka lakonan watak Yanti ni! Sungguh Bibik hahha. Bukan macam orang Melayu yang cuba fake Indonesian accent.
Eh si Aley (Lydia Izzati) ni senang eh kerja dia. Datang set abeh mintak duit daddy, kata takda duit, step kenek rogol lah, baring kat katil ini la itu lah. Macam senang kerja dia. Skrip pun pendek. Aku rasa Xiaxue dah beri dia amaran kata jangan berlakon sebab dia takde etika berlakon HAHAHAHA.
Hahahaah ini cuma gosip liar ya jangan percaya. Semua yang buruk datang daripada saya, yang baik datang daripada Allah! #FaithInXiaxue #FaithInGushCloud
Itu sahaja ya. Sudah selesai drama ini! Post seterusnya saya rasa telemovie hari raya kot?
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle & Google)
[…] Lydia Izzati sebagai missy dan tidak ada skrip. Hahaha. Kan saya dah kata dalam blog post ini bahawa dia ni pelakon […]
LikeLike
[…] dah macam cerita Mengejar Mentari sak di mana Mak Aley confess pasal her havoc life […]
LikeLike