Selamat Hari Raya, wahai pembaca setiaku!!! (chey) Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun beribu-ribu ampun jikalau apa yang saya tulis di dalam blog saya ada terguris atau lukakan hati anda semua. (Tapi macam merepek ah kalau kau tersinggung hahaha)
Sempena Syawal ini, ada la cerita-cerita menarik yang ada kat Suria tu. Sampai melekat tengok TV. Pergi rumah orang pun bukan tengok tuan rumah, tengok TV hahaha. Tapi takpelah, boleh tonton dan bergelak bersama.
Ok, telemovie khas pertama yang akan saya kongsi bersama anda semua adalah Cahaya Lebaran.
Walaupu telemovie ini khas untuk si cilik, pengajarannya sesuai untuk setiap lapisan masyarakat ye.
Inilah Rayyan dan datuknya. Rayyan tinggal bersama datuknya kerana kededua ibu dan bapa Rayyan mempunyai peniagaan di luar Singapura. Setiap malam, datuknya akan menceritakan cerita rakyat kepada Rayyan.
Si Rayyan pula sudah kerap berbual Inggeris dengan ibu dan bapanya. Dia pun tersasul cakap Inggeris dengan datuknya dan datuknya menegurnya. Hmm, nampaknya inilah diriku 50 tahun akan datang ya. Paksa cucu berbual Bahasa Melayu. Bila Raya je, kenek tunjuk buku rekod, kalau Melayu A baru dapat duit raya. Kalau tak, aku sepak sambil kata “BUAT MALU ORANG MELAYU PUI, KAU BUKAN CUCU AKU! PI MAMPOS!”
Eh eh si Rayyan ni, dah minggu terakhir puasa nak sarapan pulak. Hmmm… Kalau hari pertama takpe la.
Eh guru tuisyen diorang ni eh. Mestilah gunakan kata kerja dalam karangan!! Kalau tak macam mana?? “Ali dan ibu…” Entah eh saya pun tak tahu macam mana nak tulis karangan tanpa kata kerja. Kalau tanpa kata adjektif masih boleh.
Semua la #SG50
Cikgu mereka menyuruh mereka membuat persembahan hari raya namun Rayyan masih mengingatkan peristiwa tahun lepas di mana dia tidak membuat yang terbaik dalam persembahan tersebut.
Cikgunya pun memberi kata-kata perangsang untuk memberi keyakinan kepada diri Rayyan.
Rayyan amat merindui ibu dan bapanya. Dia ingin sekali mereka menyambut Syawal pertama bersamanya. Namun, kededua mereka amat sibuk dengan kerja. Datuknya pula cuba menjelaskan segalanya kepada Rayyan.
Eh eh si dekni dua. Ni dari zaman Bara terus kahwin ke? Hahaha. Mereka pun menerangkan kepada anak mereka tentang kesibukan mereka. Tetapi Rayyan masih mahu menyambut Raya bersama mereka berdua. Bapanya pula kata dia boleh sambut dengan datuknya, kumpul duit raya.
Terus Rayyan melenting “You think I’m so hard up for money?!” ah kau. Aku suka budak ni sebab bukan macam budak lain eh tergila-gilakan duit raya hahaha. Dia pentingkan keluarga! Bukankah itu makna sebenar Hari Raya?
Ok, babak ni mata saya dah mula berair dah ye sebab kata-kata datuk Rayyan amatlah benar. Bapa Rayyan kata mereka tidak dapat beraya bersama kerana mempunyai peluang untuk mengembangkan bisnes. Namun datuk Rayyan jawab, meluangkan masa bersama satu-satunya anak bukan “peluang”. Tak ke menusuk hati?
Dan saya tak faham kenapa diorang berbual Inggeris dengan Rayyan eh? Kenapa??? Dengan bapak diorang sendiri berbual Melayu. Padahal bisnes kat negara jiran je, bukannya London ke apa.
Hahaha kisah Si Tanggang anak DERHAKA.
Si Rayyan pun kata dia tak derhaka tapi kenapa ibu dan bapanya tidak ambil peduli hal dirinya. Hais kesian budak ni aku tengok. Ada ke ibu bapa yang tergamak buat macam gini kat anak diorang?
Datuknya pun membawanya balik kampung. Ye lah, lebih baik kan? Ibu bapa Rayyan pun takde. Datuknya pun menyuruh budak kampung untuk membawa Rayyan melihat kampungnya itu.
Eh eh berbual macam maknenek.
EH RAHIM KAU JANGAN NAK MEREPEK KAU SELALU PEKIK KAT MAK KAU. Eh salah cerita. Di kampung itu ada 3 orang pakcik bernama Pak Lebai, Pak Pandir dan Mat Jenin. Hahaha kelakar kan tapi kreatif la eh.
Diorang berbual begini si Rayyan yang terasa.
Hahaha si Lebai memang macam gini la eh. Tapi syukur dia sudah belajar daripada kesilapan yang lalu.
Mereka bertiga menasihati Rayyan untuk tidak mempunyai perasaan benci terhadap ibu bapanya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik.
Semasa Rayyan dan budak kampung main bunga api, datuknya terkena serangan jantung! Amek kau mana nak dapat ambulans kat kampung?? Aku rasa lepas Raya baru datang.
Mimpi je? Eh Suria suka eh mimpi-mimpi ni semua.
Rayyan bersiap untuk beraya dan keluar dari biliknya. Dia terkejut melihat ibu dan bapanya. Terus minta maaf dan berpeluk-pelukan. Mereka menangguh peniagaan mereka semata-mata untuk menyambut Raya bersama Rayyan. Alhamdulillah. Gembira sungguh si Rayyan.
Rayyan berjaya membuat persembahan Hari Raya tanpa terlupa gerak-geri tariannya. Yay!
Eh eh si bapak ni tadi kata nak rakam untuk bininya abeh ni buat dek je???
Saya amat suka akan cerita ini kerana ia mempunyai banyak pengajaran. Sungguh padat sekali. Kadang-kala kita terlalu sibuk dengan kerja ataupun rakan sehinggakan terlupa akan keluarga sendiri. Walaupun kita tinggal sebumbung, kita sering melihat muka keluarga kita dan meluangkan masa bersama mereka. Oleh itu, pada hari raya, wajib kita meluangkan masa bersama keluarga. Bak kata orang tua, kawan boleh cari, keluarga takkan nak cari kan? Memang dah ada takde ganti oi.
Ia juga berjaya menyelitkan kisah-kisah rakyat yang sehingga sekarang kekal relevan. Banyak yang boleh dipelajari daripada cerita rakyat! Bukan itu sahaja, saya rasa cerita ini juga sempat mengemukakan isu penggunaan bahasa di rumah. Lihat sahaja perbualan di antara Rayyan dan ibu bapanya. 100% Inggeris. Seolah-olah menyindir mereka-mereka yang berbahasa Inggeris di rumah! BAGUS. SYABAS SURIA #BULANBAHASA! Memang tak faham keluarga yang cakap omputeh kat rumah. Aku berbual omputeh kat sekolah/kerja dah naik jelak.
Itu sahaja la ye. Selamat Hari Raya!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Suria’s Toggle)
[…] eh? Dan perempuan Bara, Suraya Taib tu pun. Tapi dia asyik main cerita pendek je (Dimensi Ke 4 & Cahaya Lebaran) . Tak pernah amek drama bersiri. Saya amat suka dengan lakonannya! Mungkin boleh ambil tawaran […]
LikeLike
[…] drama cilik, saya rasa ok la kot. Tapi saya lebih suka telemovie raya tahun lepas, Cahaya Lebaran kerana lebih menyentuh jiwa dan lebih […]
LikeLike