REMPAH!

Sekali lagi, Suria berjaya menghasilkan sebuah drama yang mempunyai konsep yang segar buat para belia!


Drama bersiri Rempuh! yang baru sahaja tamat ini bertemakan sukan. Bila cakap pasal sukan, pasti ramai yang akan teka bola sepak atau sepak takraw kerana ia sinonim dengan masyarakat Melayu. Tapi bukan. Sukan yang dimaksudkan adalah ragbi! Tambahan pula, pemain-pemain ragbi ini semua merupakan gadis-gadis muda!

Drama bersiri ini mengisahkan sekumpulan pelajar wanita universiti yang mengambil ragbi sebagai aktiviti kokurikulum. Walaupun mereka datang daripada latar yang berbeza, mereka bersatu dan mengetepikan kelainan mereka demi ragbi.

Pelbagai rintangan yang terpaksa mereka hadapi sebelum mereka menjadi kumpulan ragbi wanita yang berjaya. Tidak kisahlah sama ada ia masalah antara pemain-pemain, masalah jurulatih atau masalah peribadi mereka.


Episod 1:

Kumpulan ragbi wanita Pioneer U diberi jurulatih yang baru, Andry. Jurulatih mereka mahu mengenali setiap anggota kumpulan ragbi itu.

coach
Si Elly kata mereka dalam tangga 5 ke atas. Padahal ada 5 pasukan je hahaha.

Salah satu daripada mereka mendapat tahu bahawa jurulatih mereka dahulunya pemain ragbi negara. Namun dibuang kerana menerima rasuah. Jurulatih pasukan lelaki, Troy cuba merasuah Andry untuk menarik diri.
Ini kerana dengan kewujudan pasukan wanita, segala dana sekolah buat sukan ragbi akan terbelah dua. Troy inginkan kesemua dana sekolah buat pasukan lelaki. Namun, Andry amatlah licik. Beliau menggunakan wang itu untuk membeli but baharu buat kumpulan wanita itu.

thankyou

Episod 2:

Andry mahu menyusun semula posisi pemain ragbinya dan juga jawatan kapten pasukan tersebut. Elly, yang kini masih kapten pasukan Pioneer U cuba untuk meyakinkan Andry yang mereka sudah selesa dengan posisi mereka dan tidak perlu apa-apa perubahan. Tetapi, Andry mengatakan, “selesa tidak bermaksud terbaik”. Andry mahu yang terbaik untuk pasukannya. Bapa Elly, seorang pengerusi/big shot di Pioneer U tetap mahukan Elly menjadi kapten. Dia pun menyuruh pihak tertentu untuk memastikan Elly dapat mengekalkan jawatannya itu. Andry terpaksa mengikut arahan orang atasan.

anakorangkaya
Ni la anak orang kaya semua dapat.

Elly mendapat tahu bahawa bapanya bercampur tangan hal ragbinya dan amat kecewa dengan bapanya.

elly

Akhirnya, posisi dan jawatan kumpulan ragbi ditukar lagi kerana Andry fikir bahawa perubahan yang sebelumnya tidak sebegitu baik. Kini, Nita adalah kapten.

nitakapten

Episod 3:

Pihak media telah ke Pioneer U untuk menemuramah jurulatih-jurulatih ragbi. Sedang Andry ditemuramah, tercetusnya pergaduhan antara Gloria dan Widya. Malangnya, pihak media sempat merakam segalanya dan memuatnaikkannya di YouTube. Video itu menjadi viral dan prestasi universiti terjejas. Andry hampir-hampir dipecat kerana tidak tahu menjaga disiplin pasukannya.

viral

Widya ditinggalkan oleh teman lelakinya bulat-bulat. Ini kerana teman lelakinya mula syok dengan Nessa. Ini menjejas kelakuannya di padang ragbi.

breakup

Nessa pun berdepan dengan Widya untuk memberitahu hal sebenar. Mereka pun mengerjakan lelaki itu di tandas (lol).

toilethavoc
Eh diorang eh masuk tandas lelaki ish

Episod 4:

Troy mengugut Nessa dengan gambar-gambarnya bersama teman lelakinya. Teman lelakinya merupakan seorang pensyarah di universiti tersebut. Pensyarah tersebut merupakan seorang yang sudah berkahwin dan juga seorang bapa. Troy mahukan Nessa untuk tidak hadir ke permainan (friendly match) yang akan datang.

ugut
Eh si Afiq ni eh macam anjing si Troy eh? Mana-mana Troy pergi dia ikut.

Pada separuh pertama, Nessa tidak hadir ke permainan itu walaupun Andry telah ke rumah Nessa untuk menjemputnya. Namun, Nessa tiba pada separuh kedua. Kumpulan mereka menang perlawanan itu. Nessa bersemuka dengan Troy dan berkata Nessa tidak takut dengan ugutan Troy. Sepatutnya, Troy berasa takut kerana kumpulan ragbi wanita semakin hari semakin kuat dan harapan Troy untuk melihat kumpulan wanita dibubarkan tidak akan terjadi. Nessa juga menjauhkan dirinya daripada teman lelakinya.

gogetitgurl

Episod 5:

Setelah memenangi friendly match itu, mereka semua rasa mereka berhak mendapat cuti seminggu daripada latihan ragbi. Andry pula tidak bersetuju kerana mereka belum cukup sedia dan banyak lagi boleh dipertingkatkan. Mereka semua amat inginkan cuti itu. Andry pun membuat perjanjian. Mereka harus memenangi satu lagi perlawanan. Namun, kali ini, dengan kumpulan yang amat comel sekali.

comel
Hahaha. Mereka kalah kepada sekumpulan budak sekolah rendah.

Nita terpaksa berjudi untuk membayar hutang bapa tirinya. Sebaik sahaja Nita keluar dari tempat perjudian itu, sekumpulan abang-abang gemuk menyuruh Nita pulang masuk ke dalam untuk berjudi lagi. Mereka pun mengeluarkan sebilah pisau untuk menakutkan Nisa.

judi

Nasib Nisa amat baik kerana Andry muncul dan menyelamatkan nyawa Nisa. Dia pun memberikan wang kepada Nisa.

coachduit
Banyak eh duit Andry sanggup kasi duit wth??

Troy mendapat tahu bahawa Afiq mula jatuh cinta dengan Eeqah. Pada mulanya, dia inginkan Afiq untuk menghancurkan hati Eeqah supaya prestasi kumpulan wanita jatuh. Dia menasihati Afiq agar jangan jatuh cinta kerana takut hati Afiq yang akan hancur.

mentelzzzzz

Episod 6:

Sedang mereka semua berlatih di gimnasium, kumpulan ragbi lelaki memasuki gim itu dan mula mengacau mereka semua. Apa lagi, gaduh besar la hahaha. Sampai ada kenek masuk hospital.

scenemerepz
Ni merepek gila. Tak boleh workout sama-sama ke? Korang dua-dua ragbi pe. Kongsi tips la omg merepek.

Pihak sekolah mendapat tahu dan ingin kumpulan wanita diberhentikan. Seperti biasa, kumpulan wanita tidak dibubarkan kerana Andry berjaya meyakinkan pihak atasan untuk tidak bubarkan mereka.

muncung
Aku benci accent dia. Step.

Dalam episod ini juga, kita mengenali watak Gloria yang merupakan seorang ibu tunggal. Dia mempunyai masalah membahagi masa antara sekolah, ragbi, kerja dan anaknya. Itu je.

mummyissues

Episod 7:

Tiga daripada ahli kumpulan ragbi lelaki ditangkap kerana mengambil steroid. Hahaha. Kumpulan mereka pun disingkirkan daripada perlawanan ragbi.

teteksteroid

Troy tidak mempunyai kumpulan untuk melatih. Dengan sukarela, beliau ingin bekerjasama dengan Andry untuk meningkatkan lagi prestasi kumpulan wanita.

lameass

Roza ditangkap polis kerana disyaki memecah tingkap kereta dan mencuri. Andry percaya bahawa Roza tidak akan buat demikian.

bodoh
Kau nak masuk penjara apa hal ngok

Andry pun selidik dan mencari pencuri sebenarnya iaitu rakan baik Roza semenjak sekolah menengah, Shasha. Roza sering menyelamatkan nasib Shasha dengan berbohong semenjak dahulu lagi. Shasha dibawa ke balai polis dan Roza dibebaskan.

padanmuka

Episod 8 (Akhir):

Nita amat gementar kerana kumpulannya bakal ke separuh akhir buat kali pertama. Dia terpaksa meletak jawatan sebagai kapten dan memberikan jawatan itu kepada Elly yang lebih berkebolehan.

kapten

Bas yang membawa mereka semua rosak dan mereka terpaksa lari ke tempat perlawanan itu. Hais.

laribas

Mereka tewas dan tidak dapat mara ke pusingan akhir.

hahaha1020

Walaupun begitu, Elly, Nita dan Nessa berjaya ke pasukan negara!

pasukanegara

Mereka tetap mengadakan latihan seperti biasa meskipun tiada perlawanan lagi dan 3 daripada mereka mungkin ke pasukan negara.

happyeverafter


Secara keseluruhan, saya amat suka akan drama ini kerana ia merupakan satu konsep yang baharu. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat muka-muka baharu menyeri kaca televisyen kita! Ia juga amat menarik untuk melihat sekumpulan wanita berlasak ye hahaah. Selain itu, ia juga berjaya menyampaikan mesej yang positif seperti tidak senang putus asa, kepentingan kerjasama, komunikasi dalam kumpulan, kepercayaan dan lain-lain lagi. Tambahan pula, pelakon-pelakon wanita yang dipilih untuk memainkan watak-watak dalam drama ini datang dalam pelbagai saiz. Yang besar, yang gebu, yang kering, yang berotot dan sebagainya. Saya suka sebab bukan macam cerita barat ya semua saiz model. Tak realistik!

Jadi, apa yang saya kurang senang dengan drama ini eh? Hmm, saya rasa drama ini terlalu pendek! 😦 Kan lebih baik jika dapat panjangkan ceritanya. Daripada memfokuskan kepada setiap watak dalam satu episod, lagi best kalau dapat kemukakan masalah-masalah antara mereka sebagai kumpulan ragbi. Saya tanak tau hal peribadi diorang ah (tak boleh dinafikan amat menarik). Saya ingin lihat lebih action!

Gadis-gadis ini merupakan pelajar universiti. Saya rasa lebih elok jika watak-watak ini merupakan pelajar politeknik/maktab rendah. Ini kerana mereka berdepan dengan masalah remeh-temeh yang boleh diselesaikan oleh pelajar universiti (yang lebih matang) tanpa pertolongan orang luar. Tambahan pula, pasukan negara ingin mencungkil pemain baru. Takkan nak recruit undergraduates kan? Bukan ke dah tua hahahaha.

Dalam hampir setiap episod, kumpulan ragbi itu dibubarkan la ini la itu la. Tapi, akhirnya tak pun. Dah naik jelak aku tengok. macam dah boleh agak yang ada akan seseorang yang menyelamatkan situasi.

Boy Toy Named Troy Used To Live In Detroit

Eh, aku rasa Suria panggil si Paul Foster untuk berlakon semata-mata untuk pakai baju ketat (body-hugging). Ni untuk menarik perhatian kakak-kakak & makcik-makcik untuk menonton. Ni semua strategi agar ratings naik. [no photos cos puasa nanti batal, kak]

Saya pula tak tau ada webisodes eh. Saya akan tonton sekarang hehe! Untuk pengetahuan anda, lagu tema drama ni dah melekat kat fikiran saya hahaha.

Eh Dynda masih wujud? Hahahahahahahahahahahhahaha.

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Suria’s Toggle)

4 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Anugerah Skrin 2016: Separuh Akhir 2  | Pengkritik Sandiwara Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s