Apa yang akan terjadi kepada Sofia setelah Rita tangkap Abang Hot cuba mengurat Sofia?? Betul ke Abang Hot dengan Rita tu bersama? Ke perasaan Rita je? Bagaimana pula dengan Rizuan? Mungkinkah para jemaah akan terpedaya dengan kata-katanya itu? Aley pula? Masih clubbing pagi-pagi buta? Irma dan Abang Long semakin rapat eh? Hmm.. Si Khairul pula sampai bila nak senyap tentang Zul tu?
Si abang hot pun cepat-cepat cover up la kononnye nak ambil nombor Sofia sebab nak add kat group chat. Hmm, orang tua mentel yuck. Si Rita pun cakap “kenapa tak tanya Rita je? Anything for Abang Hot auhmmm”
Setakat sapu tangan. Apelah sangat? Si Sofia konferm gunakan untuk lap mimpi basah.
Si Rita bilang Sofia jangan layan sangat si Abang Hot sebab dia memang berikan layanan istimewa kat semua ahli baru. Sebenarnya si Rita ni nak jaga territory ah macam kucing.
Rita memberitahu Abang Hot yang si Sofia dan kahwin 3 kali & dah serik. Jadi, Abang Hot boleh lupakan saja niat nak bersama si Sofia. Si Rita pula kata walaupun dirinya sudah cerai dua kali dia tak kisah pun.
Khairul memberitahu kakaknya bahawa Zul bekerja di tempat kerjanya. Tetapi Zul tidak mengenalinya.
Irma cuba menasihati ibunya untuk balik ke arah yang lurus tapi mak dia kata tu dulu sekarang dia nak jadi Mak Jan Havoque.
Si Jimmy pinjamkan kereta BMW kepada Rizuan untuk tingkatkan tahap keyakinan si Rizuan ah tu konon.
Rizuan pun membawa kereta mewahnya ke masjid. Jemaah masjid ternampak. Rizuan pun kata dia beli kereta tu dengan hasil pelaburan. Ni la dia nak pancing lebih banyak pelacur pelabur!!! Dia kata kalau Pak Haji ni tarik ramai kawan ada komisyen! Si Pak Haji apa lagi, terus telefon satu Mekah Members.
Norlela memberi amaran kepada Rizuan. Jika pihak masjid tahu akan tujuan sebenar Rizuan, Norlela bakal diberhentikan!!!
Eh kau dengan kawan Cinone kau eh. Tu pun tolong tak halal kan???
Irma menelefon Abang Long untuk memberitahu bahawa dia lulus modulnya. Semua A! Alhamdulillah. Abang Long pun ajak keluar untuk menyambut berita baik ini.
Ha kau.
Norlela berjumpa dengan Nasir untuk bertanya hal rumah banglonya. Pada masa yang sama, dia sempat bertanya hal pelaburan di Cebu/Sibu (???). Dia agak khuatir kerana Rizuan membuat pelaburan di situ tanpa berfikir panjang.
Norlela bergegas keluar dari pejabat Nasir kerana Nasir mengajaknya pergi dating. Norlela tidak mahu sebab dia isteri Rizuan.
Nasir menerima panggilan telefon dari bibiknya. Isterinya mula buat hal. Dia pun mengajak Norlela untuk melihat keadaan isterinya. Norlela memberi kata-kata perangsang kepada Nasir. Norlela kata bahawa insyaAllah, isteri Nasir akan pulih.
Nasir menghantar Norlela pulang dan borak sedikit tentang masalah rumahtangga mereka. Eh diorang eh masih ada perasaan abeh nak step masih nak dengan pasangan masing-masing. (Siapa tu kat belakang?)
Si Abang Hot menelefon Sofia untuk bertanya jika Sofia akan ke Kejadu malam ini. Sofia kata dia tidak tahu ada sesi Kejadu malam ini. Si Hot pun kata dia nak jemput Sofia nanti dan mengambil balik sapu tangannya. Tapi Sofia kata dia tak akan pergi kalau Rita tak pergi. Abeh si Hot kata kalau nak simpan sapu tangan simpanlah. HUH??? Eh kau dah la pakai bluetooth zaman dinosaur ke????
Rizuan pun mengamuk besar sebab ternampak mereka berdua di bawah tadi. Si Norlela pun kata “eh eh kau yang suruh aku jumpa Nasir kan sebab kau tanak jumpa?” Abeh si Rizuan kata “Kita orang bisnes, masa penting blabla” HUH????
Eh Khairul kau ni bukannye kaya sangat.
Ibu Rahim menyuruh Abang Long untuk menjenguk adiknya di penjara. Abang Long kata dia sibuk. Sibuk dengan Irma la tu.
Abang Long menerima panggilan dari sekolah tajaka Mirza dan Sofi. Dia pun bergegas keluar dari rumah. Ibunya berkata dia asyik sibuk dengan hal orang. Hal cucu kau oi bukan orang lain.
Majikan Irma agak tidak puas hati dengan kerja Irma. Ini kerana Irma agak sibuk dengan kursus sambilannya dan juga anak-anaknya. Tambahan pula, dah ade pakwe sekarang hahaha. Semasa Irma di dalam bilik mesyuarat, dia telah menerima beberapa missed call dari tajaka anak-anaknya.
Dia pun terus menuju ke tajaka anaknya. Cikgu di tajaka yang berlakon kaku gila berkata Mirza terkena serangan semput dan sudah dibawa ke klinik. Si Sofi dengan Nalia masih ada di dalam.
Tiba saja di klinik, Mirza ok je. Doktor dah kasi puff. Abang Long pun bayarkan kos perubatan. Woohoo kaya.
Hot menjemput Sofia tapi Rita takde…
Terkejut si Khairul bila ternampak Abang Long hantar kakaknya.
Irma menyalahkan dirinya atas kejadian tadi kerana tidak menjaga Mirza dengan betul. Semput je, rilek.
Si Abang Long dah mula nak bukak hati dia kat Irma la bilang nak harungi masalah bersama ni semua.
OI HARAM LA BODOH BUKAN MUHRIM IRMA MASIH ISTERI RAHIM.
Khairul bertanya jika kakaknya mempunyai perasaan terhadap Abang Long. Hmm… Kau rasa? Abang Long ada duit… Duit = cinta.
Wah wah wah. Si Hot ni ajak Sofia pergi makan eh. Kata nak pergi Kejadu. Kononnya nak kenal ahli baru dengan rapat lagi. Pui.
Hahahaha si Hot TERpanggil Sofia “Ayang” HUH???? Abeh si Sofia emosi ah. Menyampah aku tengok.
YUCK PUI 3X BAK KATA DIVA AA VAAZ
Ahli-ahli lain di Kejadu mengatakan bahawa si Sofia tengah berdating dengan Hot. Hahaha. Buat darah Rita up je. Si Rita pun menelefon Hot. Hot kata dia tengah makan dengan kawan.
EH EH YUCK HAHAHA GELI. Tapi eh kali ni punya “Anje/Ayang” tidak memberi kesan yang begitu kuat seperti musim yang lalu. Mungkin sebab orang dah jelak dan geli kot.
Ha… Tu siapa kat belakang? Si Khairul menunggu ibunya di bawah blok sebab dah lewat malam. Dia risau lah!
Eh si Khairul ni eh masih ah nak sekolah???? Kau dah ada kerja kau tak payah la sekolah. Jadi macam Mark Zuckerberg ke. Bill Gates ke!
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH. Bagus. Cepat-cepat suruh si Rahim lafazkan talak depan hakim abeh terus nikah dengan Abang Long.
Dah masuk penjara baru la nak fikir pasal isteri, anak semua. Pui! Eh ni sebab kau kat penjara dah tak dapat kan. Kau ingat kita tak tahu?
Si Hanum bilang anak dia bahawa kakaknya tidak boleh beri wang lagi sebab dah berhenti kerja, terpaksa jaga anak.
Si dekni pun ungkit ah hal Sapiah yang dah telan duit CPF bapak dia.
Rizuan cuba menarik lebih ramai jemaah masjid untuk melabur dengannya. Dia kata ini bukan skim cepat kaya. Hmmm… Ni skim cepat miskin.
Ye la tu. Kau eh nanti dah susah baru kau nak merangkak kat kawan kau mintak tolong.
Majikan Khairul mengajak Khairul untuk bekerja sepenuh masa. Tapi si Khairul kata nak tamatkan pelajaran dulu. Err? Hello dah ada peluang kerja!! Amek je la omg. Majikan Khairul pun kata bahawa Khairul akan diberikan lebih projek kerana dia dipilih untuk ke Jepun untuk kursus di sana.
Tapi, si Khairul kata berikan kat Zul sebab Zul lebih memerlukan $$$. Tapi majikannya mahu memecat Zul kerana persembahannya kurang memuaskan. Khairul pun meyakinkan majikannya bahawa Zul mempunyai potensi dan akan membimbing Zul.
Eh Khairul kasi duit yang baru dia dapat kat Zul. Semua pulak tu?? Agak nak tebus kesalahan mak dia eh? Bagus la. Si Zul pun tak tau malu. Amek je.
Eh si Aley ni eh bodoh ah bye.
Ibu Rahim dah maafkan Rahim atas insiden yang melenting tu. Dia memberitahu Rahim bahawa Irma berjaya tuntut cerai. PADAN MUKA. Si Rahim menyuruh ibunya memujuk Irma. Huh???
#LoveWins
Bedek. Ye la semuanya berjalan lancar untuk kau.
Aku setuju. Aley bodoh. Eh kau ah nak jantan yang takde duit??? Muka mamat Perancis ni dah la tua tak kerja ke???
Hmmm… Ada masalah ke? Takut ke?
Zul memberitahu ibunya bahawa ada malaikat kat kerjanya yang asyik menolongnya. Tak kisahlah hal wang ke kerja ke. Dia pun berkata “bagus kalau ada abang macam gitu” hahaha dia tu abang tiri kau eh. Ya. Khairul tidak jadi pergi Jepun. Dia suruh Zul.
Mereka ke Lapangan Terbang Changi untuk menaik pesawat ke US untuk daftar diri mereka di ROMM US. Eh oops. Khairul menghantar Zul ke lapangan terbang sebelum Zul berangkat ke Jepun.
Khairul bertanya jika Zul masih marah kat perempuan yang merampas bapa dia. Dia kata dia benci. Khairul pun berterus terang… JENG JENG JENG.
Kan! Apa agaknya reaksi Zul? Agaknya mereka akan tetap berkawan? Persahabatan Rita dan Sofia pula bagaimana ya? Si Rahim masih mahu berbaik dengan Irma tapi Irma dah tuntut cerai dan mahukan Abang Long. Eh semakin belit la. Si Norlela dengan Nasir pun memang nak tapi macam taknak. Si Aley tu tak payah cakap ah dia memang bodoh dari musim pertama.
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Suria’s Toggle)