Bak

Seperti biasa, Suria selalu tayangkan telemovie khas sempena hari istemewa seperti Hari Bapa dan sebagainya. Tahun ini, telemovie Bak ditayangkan Jumaat lalu. (19/06/2015)Dibintangi Nasir Bilal Khan! Seorang pelakon yang amat disegani sekali.


Telemovie ini mengisahkan tentang seorang jejaka (Budin) yang mempunyai penyakit mental. Walaupun begitu, dia masih mampu menjalani kehidupan seharian seperti orang biasa. Dia mampu pergi ke kerja dan mencari rezeki untuk dirinya dan ibunya. Hanya apabila dia terlupa untuk makan ubat, dia akan mula berkhayal ataupun berhalusinasi.

30 tahun pun berlalu dan kini dia hidup sebatang kera. Dia menghidap barah pankreas dan memerlukan sokongan keluarga. Malangnya, dia tidak lagi berhubungan dengan anaknya dan tidak mahu menghiraukan ahli keluarganya. Apakah nasib Bak ini?

Wow sanggup berjalan ke pokok yang berdiri kat tengah-tengah dunia semata-mata untuk main biola dengan khusyuk. Kalau hujan macam mana bang?

IMG_9566IMG_9567

Si dekni asyik mainkan watak lawyer, doktor, majistret je. Anyways, doktor memberitahu bahawa Budin menghidap barah pankreas tahap ke-4. Budin dengan selamba bertanya jika makan ubat dan operasi akan merawat sakitnya itu. TET. Ini kerana Budin tidak mahu sesiapa tahu tentang kondisinya.

IMG_9568

Yek eleh. Setakat angkat barang dari meja kat belakang sampai meja tamu put nak action lebih. Memang betul kata suami kau. Siapa suruh angkat?

IMG_9569

Hisham merupakan anak Budin. Dan di sini terlihat bahawa dia mengidam Opor Nangka kerana isterinya, Izzati hamil.

IMG_9570

Hais, dah habis periksa orang tua ni baru kau nak tanya khabar? Hmmm. Setakat periksa tekanan darah je.

IMG_9571

Ni nak periksa orang tua yang sakit ke sesi cari jodoh, cik bang oi?

IMG_9572

Budin pada waktu muda di mana dia sering dikacau budak-budak kampung. Hanya budak kecil tu saja yang cukup matang dan tidak mahu mengacau Budin. Yang lain tu semua nak step samseng.

IMG_9573 IMG_9574

Tengok tu, tunggu bas sampai tertidur. Memang mutu perkhidmatan bas kat Singapura semakin merosot! Lelaki telanjang kat perhentian bas? Adakah dua babak ini mempunyai kaitan? Jeng jeng jeng.

IMG_9575

“Haaa… Mak tadi habis karaoke dengan KEJADU awal. Sempat mak masak Opor Nangka!” Eh salah drama eh? Oops. Inilah watak Zahara, bekas isteri Budin dan ibu kepada Hisham.

IMG_9576

Dengan secara tidak sengaja, ibu jari pelakon ini menutup nombor HOTLINE. (nampak sah tampal kat NEWPAPER, A for effort.)

IMG_9577

Mereka suami isteri pun menjenguk Bak mereka setelah membaca artikel tersebut. Jururawat tersengih setelah membuat penampilan pertamanya di televisyen.

IMG_9578

Tak lah. Aku bapak dia.

IMG_9580IMG_9581

Kelakarnye. Ketawa sampai usus terkeluar. Hisham mengongsi masalahnya kepada rakan kerjanya. Rakan kerjanya pun menasihatinya supaya dia menjaga Baknya kerana ia merupakan satu tanggungjawab seorang anak.

IMG_9582

HA HA HA HA HA muka si Hisham pun macam malas nak layan kau

IMG_9583

Dahulunya di kampung, orang suka main sungai kerana swimming pool belum dicipta.

IMG_9584IMG_9585

Tujuan makcik sebenar adalah untuk menghantar lauk ke…NAK BERKEPO? Ni apa pulak? Sesi mencari jodoh?

IMG_9586

Akhirnya.

IMG_9587

Hello, makcik. Susah ke kau nak carikan isteri (Zahara) untuk anak kau. Bukannye kau duduk kat tangga haritu dengan makcik kepo dan berdiskusi tentang hal ini? Jangan bedek.

IMG_9588

Erm, makcik. Tahukah anda bahawa anda tidak mempunyai hak untuk memaksa anak anda untuk kahwin? Bawak mengucap.

IMG_9589

Jangan nak step malu.

IMG_9590IMG_9591

Abeh sekarang tugas pembantu rumah nak jaga Bak, bayi atau kemas rumah? Tak ke stress bibik tu nanti? Satu dipanggil Bak, satu dipanggil Mbak. Patut bibik sekarang lari rumah.

IMG_9592IMG_9593

Bapa tiri Hisham, Ishak. Satu-satunya watak yang berfikir secara logik.

Adegan ini menunjukkan pembicaraan antara mereka empat sekeluarga. Mereka tidak tahu sama ada mahu mengambil pembantu rumah untuk menjaga Bak atau hantar Bak di hospice. Bapa tiri Hisham menekankan bahawa Hisham sepatutnya memikul tanggungjawab sebagai seorang anak untuk menjaga bapa kandungnya.

IMG_9594

Ibu Hisham tidak mahu anaknya menjaga Bak kerana memori waktu silam semasa beliau masih isteri Budin/Bak.

IMG_9595

Di sini, anda lihat bahawa watak Ishak sudah mengurat Zahara walaupun Zahara pada masa ini masih bersuami. Ish!

IMG_9596

Ibu Budin tidak suka akan cara Zahara membungkus makan untuk Budin. Dia menganggap Zahara seperti hamba.

IMG_9630

Jalan-lepastu-terlanggar-barang-cliché. Sebenarnya, bukan salah Bak. Benda merepek tu kat korner seh. Tambahan pula, Bak belum lagi menyesuaikan diri dalam tempat tinggal baharu!

IMG_9598

Apa motif? Kau nak isteri kau balik pergi pat bekas suami dia?

IMG_9599

Melalui adegan ini, kita dapat membongkar rahsia Bak. Dia mampu mengenal pasti seseorang dengan hanya melihat kepala belakang orang tersebut. Wow.

IMG_9600

Menantu pun dah malas nak layan karenah Bak.

IMG_9601

Zahara masih mempunyai perasaan sayang terhadap Budin. Tetapi tidak mahu menunjukkan perasaan itu di depan Budin kerana takut cinta berputik lagi. Cheeeey.

IMG_9602

Jam 8:20 malam dan Bak ingin membeli suratkhabar. Tidak perlu ya. Tengok berita sua. Masih sempat.

IMG_9603IMG_9604

HA KAN. Nasib baik dia jatuh ke belakang. Kalau terjerumus ke depan? Dah gugur anak tu. Atau jatuh abeh terbuat split ke? Gugur juga. Nanti dah jadi cerita lain! Jejak Jenayah Edisi Hari Bapa.

IMG_9605

Eh eh, Izzati. Kau yang ye-ye-oh sangat suruh laki kau amek Bak sebab itu merupakan tanggungjawab laki kau. Abeh sekarang kau nak pusing cerita semua? Tapi takpe, kau hamil. Mungkin hormon-hormon dalam badan kau tak seimbang.

IMG_9607

Budin mula berkelakuan agresif terhadap anaknya kerana lupa makan ubat.

IMG_9608

Zahara akhirnya meluahkan perasaannya yang terpendam. Walaupun malu berkahwin dengan Budin, dia masih boleh bertahan. Namun, dia tidak boleh menerima hakikatnya bahawa Budin asyik memukul anaknya. Dia bertekad untuk berlari membawa anaknya bersama dan mulakan hidup baru.

IMG_9609IMG_9610

IMG_9611

Sila selesaikan masalah hak jagaan anak di mahkamah. Terima kasih.

IMG_9612IMG_9613

Bak pergi berperang dan ingin keluar tingkap menggunakan payung terjunnya. Namun, Hisham menyelamatkannya. Eh Hisham, kalau kau biarkan Bak kau terjun kan dah senang hidup kau.

IMG_9614

Ye lah tu, Ishak. Kau memang dah mengurat/hinting si Zahara bila dia masih isteri orang.

IMG_9615IMG_9616

Zahara tiba di rumah Budin untuk meminta sijil kelahiran Hisham untuk pendaftaran sekolah Hisham. Budin memberi sijil tersebut dan juga sedikit wang. Ibu Budin tidak begitu gembira.  Eh eh makcik. Biarlah dia nak kasi duit kat anak dia. Memang patut pun bayar nafkah.

IMG_9617IMG_9618 IMG_9619IMG_9620

PEDAS KATA-KATA MAKCIK NI. TAK KE TERBAKAR TELINGA ISHAK?

IMG_9621

Hisham menghadiri kursus untuk belajar cara-cara betul untuk menjaga Baknya yang sakit. Hmm, boleh gunakan manekin kat belakang tu tanak. Kan lebih senang. Sengaja ke?

IMG_9623

Suka hati si Budin la dia nak kasi duit kat anak dia atau belanja duit dia tu. Bukannya duit kau. Dan kau pergi sentuh barang Budin apahal. Jangan suka menceroboh keperibadian orang lain pls, makcik.

IMG_9624

Zahara meminta maaf kerana meninggalkan Budin bulat-bulat dan juga kekurangannya sebagai seorang isteri . Budin pula meminta maaf kerana tidak dapat menjadi seorang suami dan ayah yang sempurna. Bagus, sesi maaf-bermaafan kat tengah-tengah taman. Takde tempat lain ke? Kalau ada ribut taufan macam mana?

IMG_9625

Selama ini, Bak tidak perasan bahawa Izzati hamil. Bak, perut Izzati bunting sebab dia termakan seekor babi guling dinosaur.

IMG_9626

Bak menyuruh Hisham melihat kandungan kotak yang tersimpan di dalam laci. Di dalam kotak tersebut terdapat barang-barang yang mempunyai nilai-nilai sentimentel sentimental. Seperti mainan lama Hisham, mangkuk tingkat dan lain-lain.

IMG_9627

Bak meninggal dunia setelah selesai solat. Hisham hanya sedar akan kematian Bak selepas dia mengambil wuduk. Satu adegan yang biasa kita lihat. Namun, ia amat berkesan dan dapat mencapai matlamatnya iaitu menyentuh hati para penonton. Tambahan pula, Hisham berada bersama Bak di rumah tanpa orang lain. Ini membuatkan suasana lebih privet yang mencerminkan perhubungan antara bapa dan anak ini.

IMG_9629IMG_9628

Hisham dan rakan kerjanya akhirnya memainkan lagu gubahan Bak. Setelah anaknya kira-kira 3/4 tahun. Lama tu.


Secara peribadi, saya berpendapat bahawa telemovie ini tidak dapat memberi kesan/impak yang mendalam seperti telemovie-telemovie khas yang lain. Ini kerana ia tidak mampu membuat saya menitiskan setitik airmata pun. Bukankah itu tujuan telemovie khas seperti ini? Untuk menyentuh hati para penonton?

Bukan itu sahaja , ia juga bersifat cliché. Seperti anaknya yang tidak mahu menerima bapanya kerana menggangap bapanya sebagai satu beban. Bapanya yang sering mengganggu kententeraman mereka suami isteri. Dan juga kematian bapanya setelah selesai solat. (Tidak boleh dinafikan bahawa inilah faktor-faktor penting bagi drama khas seperti ini. Kerana tanpa kejadian-kejadian ini, drama hari bapa ini seperti kehidupan seharian) Perkembangan (dari segi plot & watak) telemovie ini juga agak perlahan.

Namun, saya rasa watak “Bak” yang dimainkan oleh Nasir Bilal Khan amat realistik dan meyakinkan. Beliau berjaya menghidupkan watak tersebut. Saya juga suka akan konflik dalaman yang dihadapi oleh watak Zahara. Beliau yang dahulunya membenci bekas suaminya kerana mendera/memukul anaknya akhirnya memaafkan bekas suaminya. Di dalam drama ini, boleh terlihat bahawa Zahara ingin sekali memaafkan Bak dan masih mempunyai perasaan sayang dan simpati terhadap Bak.

Selain itu, terdapat juga beberapa isu-isu yang kekal relevan dibentangkan dalam telemovie ini:

  • isu mencari jodoh untuk si anak yang mempunyai penyakit mental
  • isu “memaksa” anak untuk berkahwin supaya ada teman untuk menjaga anaknya apabila sudah tua kelak
  • isu ibu mertua dan menantu perempuan yang asyik berselisihan faham
  • isu penderaan anak oleh si bapa yang mempunyai penyakit mental
  • isu penjagaan orang tua yang mempunyai penyakit mental
  • isu pengambilan pembantu rumah untuk menjaga orang tua/bayi
  • isu kasih sayang antara bapa dan anak
  • isu perhubungan bekas isteri bersama bekas suami
  • isu sepasang suami isteri yang baru sahaja ingin mendapatkan seorang cahaya mata namun terpaksa menjaga bapa mereka

Apa yang baharu/lain dalam telemovie ini adalah watak bapa yang mempunyai penyakit mental. Ini kerana selalunya dalam drama khas seperti ini, watak orang tua hanya mempunyai penyakit biasa-biasa sahaja dan bukan penyakit psikologi. Ini dapat memberi perspektif yang baru kepada para penonton.

SOALAN BONUS: Anda memanggil ayah anda _______.

Pengkritik Sandiwara

(Photos are not mine, its from Toggle.sg)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s