Kasih Berbusuk

Hmm dengan hanya membaca tajuk di atas, pasti ramai sudah dapat teka drama apa yang bakal saya kupaskan. Yes betul, Kasih Berbisik!

Ha! Amek kau! Gandingan antara 3 negara. Dua tak cukup, you.

Sebenarnya memang dah biasa Singapura adakan gandingan dengan negara jiran kan? Secara peribadi saya rasa ia amat bagus dan memberangsangkan sekali sebab ia memberi pendedahan bagi pelakon-pelakon tempatan! Tambahan pula ada “press conference”.

Nak upkan lagi standard? Tayangan eksklusif pon ade!!

Semua orang minum Coke ke? Patutlah orang Melayu berpenyakit.

Kalau tak silap saya, tayangan eksklusif ini menunjukkan dua episod pertama. (Mak saya mati-mati nak tengok. Tak payah lah, tunggu kat TV sudah. GRATIS)


(konfesi: drama ini berlaku berbulan-bulan yang lalu. Justeru, apa yang ditulis berdasarkan memori saya dan juga nota-nota yang telah saya tulis setelah drama bersiri ini tamat!)

Ok, saya ingin mulakan kupasan saya. Tapi sebelum itu, ringkasan ya.


Drama ini mengisahkan tentang seorang suami yang mengajak isterinya untuk berbulan madu di Bali. Namun, isterinya merupakan wanita moden yang mempunyai bisnes dalam talian. Oleh itu, beliau terlalu sibuk dan tidak dapat mengikut suaminya. Suaminya pun membawa kawan baiknya ke Bali. Rakannya merupakan seorang jurugambar yang sering ulang-alik ke Bali untuk mengambil Instagram-worthy shots. So kirakan dia macam pemandu pelancong untuk BFF dia ah. Tiba saja di sana, si sang suami terpikat dengan seoarang Minah Bali. Tanpa disedarinya, rakannya telah aim si Minah Bali sejak berdekad lagi. Pendek kata, si sang suami mengahwini si Minah Bali tanpa pengetahuan isterinya yang berada di Singapura. Tambahan pula, isteri pertamanya mandul tidak boleh memberikan zuriat. Bukan itu sahaja, ibu si sang suami memang tidak berkenan dengan isteri pertamanya kerana sebab-sebab tertentu. Ibu si sang suami tinggal bersama anak saudaranya. Anak saudaranya memang syok kat si sang suami ni. Sampai sekarang. Hmm, konpius? Sama lah saya pun. Bapanya si Minah Bali merupakan seorang big shot yang amat menyayangi anaknya. Dia juga mempunyai orang suruhan yang tergila-gilakan si Minah Bali. So, apakah kesudahan cerita ini???????

IMRAN: watak utama/kasanova/player/buaya darat

  • beliau merupakan punca segala tragedi yang berlaku dalam drama ini
  • bertindak tanpa berfikir panjang (mengahwini Sulastri dalam episod ke-2, cepat nah)
  • tidak menghiraukan orang-orang di sekelilingnya (Nora, ibunya, Tina, Andi)
  • tidak tahu bahawa Andi menyukai Sulastri
  • senang digoda (oleh Sulastri & Tina)
  • tidak bersikap realistik (beliau inginkan Nora menerimanya balik dengan secepat mungkin)
  • pandai menyimpan rahsia SEHINGGA 5-10 TAHUN SAMPAI ADA ANAK
  • suami kepada Nora dan Sulastri
  • mempunyai anak bersama Sulastri yang bernama Eka
  • ex-boyfriend kepada Tina (saya rasa kot, tapi si Tina tu macam cinta tepuk sebelah tangan je)
  • pulang balik/berlari ke Singapura setelah kematian Sulastri
  • membawa balik anaknya ke Singapura dengan harapan mereka akan tinggal secara damai?? Tak realistik!
  • ingin dirawat di Malaysia (insiden kemalangan + masalah kemurungannya)
  • dibelenggu pelbagai masalah seperti kerja dan cinta
  • ingin kembali bersama Nora namun senang digoda
  • asyik berpura-pura kononnya beliau mangsa dalam tragedi ini semua tapi beliau adalah PUNCA SEGALANYA OMAIGAWD
  • tidak mencari isteri kedua di Batam, namun Bali. Kelas you!

NORA: isteri pertama Imran/ahli perniagaan di rumah

Hello, sayang. You tengah buat apa? Oh tengah nikah eh. Sorry I kacau. Huhu.
  • mempunyai bisnes dalam talian aka Studiofrost
  • mementingkan kerjayanya dan bukan suaminya
  • masih ingin berkerja walaupun suaminya kaya, kau boleh jadi taitai seh
  • tidak boleh mempunyai zuriat atas sebab-sebab kesihatan
  • tidak ingin mengambil tahu perihal suami
  • seorang yang amat bodoh kerana selama 5-10 tahun suaminya ulang-alik ke Bali, beliau tidak pernah sekali pun ingin mengikut suaminya!!!!
  • disebabkan itu, beliau tidak tahu bahawa suaminya memadukannya URGH
  • tidak mempunyai perasaan curiga
  • amat percayakan suami
  • pergi ke kampung Imran untuk mengambil hati ibu Imran namun ingin meminta cerai daripada Imran ?????
  • ingin diceraikan kerana tidak mempunyai perasaan cinta & kepercayaan terhadap Imran + tekanan daripada Tina & Ibu Imran
  • cemburu dan marah akan Tina
  • menjaga Ibu Imran apabila Ibu Imran di hospital
  • berbaik-baik dengan Eka walaupun tidak suka dengan Eka pertama kali mereka berjumpa
  • berbalik semula dengan suaminya sebab tuan direktor kata sebegitu

ANDI: kawan rapat Imran/jurugambar/beliau yang syok kat Sulastri dulu

I amek sebab I suka bukannya I gian.
  • seorang jurugambar yang sering ulang-alik ke Bali
  • suka mengambil gambar Sulastri menari
  • mempunyai perasaan terhadap Sulastri semenjak dahulu lagi
  • tidak mendedahkan isi hatinya terhadap Sulastri kerana beliau seorang pengecut kot, takut kenek friendzone
  • tidak memberitahu kawan rapatnya bahawa beliau mempunyai perasaan terhadap Sulastri. KALAU KAU BILANG SI IMRAN TU, NI SEMUA TAKKAN TERJADI, NGOK!
  • tertarik dengan seorang wanita atas rupa dan bukan perwatakannya (jatuh hati dengan gadis yang mirip wajah dengan Sulastri)
  • hanya mendiamkan diri dan merana keseorangan diri apabila Imran mengahwini Sulastri. MEMANG PADAN MUKA KAU, BENGAP.
  • ingin memberitahu Nora tentang perkahwinan Imran namun tak sampai hati sebab dia PENGECUT. Chey tak lah, mungkin kerana dia amat menghargai talian persahabatannya dengan Imran
  • disyaki & dituduh membunuh Sulastri kerana foto-foto yang dimilikinya
  • dianggap sebagai psycho/stalker di akhir-akhir drama bersiri ini
  • tidak mementingkan diri sendiri
  • masih menolong Imran walau apa pun
  • ditahan di dalam penjara, dibebaskan sebaik sahaja pembunuh Sulastri sebenar ditangkap

SULASTRI: isteri kedua Imran/anak tunggal Pak Kurniawan/penari tradisional Bali

  • Minah Bali
  • tidak tahu berenang walaupun beliau hidup dikelilingi laut (Bali)
  • mempunyai bekas tunang bernama Dharma yang berada di dalam penjara
  • tidak tahu bahawa Andi suka akan dirinya
  • tidak pernah meninggalkan Bali kerana bapanya tidak membenarkannya
  • asyik bergantung pada orang lain untuk melindunginya
  • mengahwini Imran tanpa memeriksa latar belakang Imran
  • senang-senang kau kahwin orang luar, cik kak oi?
  • ibu kepada Eka
  • tidak tahu bahawa beliau merupakan isteri kedua
  • berasa takut dan cemas apabila Dharma keluar penjara
  • mati dibunuh hahaha padan muka kau tu la kahwin suami orang kan?

DHARMA: bekas tunang Sulastri/orang suruhan Pak Kurniawan

  • cepat marah/ panas baran
  • masih tergila-gilakan Sulastri
  • dimasukkan ke dalam penjara dalam episod pertama haha cepatnya
  • ingin berkahwin bersama Sulastri setelah keluar penjara namun harapannya hancur haha
  • api kemarahannya meluap-luap apabila diberitahu Sulastri telah kahwin
  • pembunuh Sulastri
  • dianggap sebagai anak buah Pak Kurniawan tapi sebenarnya orang suruhan ahahah selalu diguna-guna oleh Pak Kurniawan
  • kononnya amat dipercayai Pak Kurniawan kerana dinaikkan pangkat di resort yang dimiliki Pak Kurniawan
  • cuba mencari pembunuh Sulastri padahal dia yang bunuh, ish tak faham sak apa yang dia nak
  • tidak bertindak secara realistik; ingin menculik Eka (yang berada di Malaysia) secara paksa dan membawa Eka ke Bali . Hmm, macam mana eh? Masukkan dia dalam bagasi ke???? Pasport semua takde, gila
  • menuduh Andi sebagai pembunuh Sulastri
  • tidak mahu insaf walaupun telah memasuki penjara. ASTAGHFIRULLAH!
  • akhirnya ditangkap polis sekali lagi

PAK KURNIAWAN: bapa Sulastri/ pemilik resort di Bali

  • beliau yang memberikan kerja arkitekyadayada kepada Imran
  • seorang yang amat penyabar
  • mempunyai hanya seorang anak perempuan, disebabkan itu, dia bersifat “daddy kongkong”
  • tidak membenarkan anaknya keluar Bali
  • dengan sewenang-wenangnya, dia membenarkan anaknya mengahwini orang asing????
  • setelah anaknya kahwin, dia tetap kongkong anaknya!!!
  • dengan cara begitulah Imran dapat merahsiakan perkahwinannya yang ke-2 di Bali ini! Kerana Imran dapat pulang ke Singapura tanpa Sulastri dan Eka
  • amat menyayangi cucunya, Eka. Ingin kongkong Eka juga
  • menyuruh Dharma mencari pembunuh Sulastri dan membawa Eka pulang namun dia juga membayar dua lagi orang untuk spy si Dharma
  • terlalu kaya sampai mengupah orang banyak sangat

TINA: sepupu Imran/ anak saudara Mak Long

Asal muka muncung je?
  • asyik menganggap dirinya seorang wanita moden yang terpelajiak
  • mempunyai loghat yang amat saya benci
  • iri hati terhadap Nora
  • belajar sehingga ke universitiak menara gading namun tidak mempunyai sebarang pekerjaan HAHAHAHA
  • masih mengharapkan abang saudaranya, Imran untuk mengahwininya namun perasaan itu tepuk sebelah tangan
  • hais masih tak over it ke?
  • tidak dapat mencari jodoh di universiti walaupun universiti dianggap sebagai Sarang Jodoh (Love Haven)
  • salah satu sebab Tina melanjutkan pelajarannya adalah supaya Tina dapat melupakan Imran namun tidak berjaya
  • tinggal bersama Mak Longnya kerana tidak rapat dengan ibubapa sendiri
  • cuba menggoda Imran dengan mengambil alih tanggungjawab Nora sebagai seorang isteri
  • berkomplot dengan Mak Long untuk mendapatkan Imran
  • amat kampung pemikirannya
  • asyik menolong Imran dengan kerjanya. Contoh: fotostet paperworks. Hmm, tu suruh budak kampung pon boleh seh. Tu je kau belajiak kat universitiak?
  • akhirnya tidak mengahwini Imran haha dan salah satu ibu/bapanya meninggal (tidak mempunyai sebarang kaitan dengan drama ini erm ok)
  • terpaksa insaf kerana Mak Long insaf
  • tidak mempunyai pendirian (senang putus asa hahaha)

MAK LONG: Ibu Imran/ makcik Tina

  • tidak mahu Nora menjadi menantunya sejak dahulu lagi (mungkin kerana Nora orang Singapura + tidak mampu memberi cucu kepadanya)
  • menantu idamannya merupakan Tina
  • mahukan cucu
  • berkomplot bersama Tina agar Imran menceraikan Nora dan mengahwini Tina
  • merahsiakan perkahwinan kedua Imran kerana beliau amat gembira beliau telah mendapat seorang cucu
  • bagaimana perasaan kau kalau kau tau suami kau kahwin lain, mesti geram kan? SAMPAI HATI KAU TAK BILANG NORA URGH.
  • seorang ibu yang ingin merobohkan mahligai anaknya sendiri, haisssss
  • terkena angin ahmar baru nak insaf dan menerima Nora seadanya
  • amat berfikiran kampung (kahwin sesama saudara)
  • watak yang amat sesuai hahaha dengan pemikiran + tempat tinggal

EKA: anak kepada Imran & Sulastri

  • watak yang melembutkan hati Nora
  • watak yang menyebabkan Mak Long merahsiakan perkahwinan Imran
  • watak yang mendedahkan bahawa Pak Kurniawan sebenarnya seorang pedo

Kesudahan: Akhirnya semua gembira la eh kerana Imran balik dengan Nora dan mereka mempunyai seorang anak; Eka. Si Pak Kurniawan tu boleh duduk diam jaga resort dia atau bukak kelas berenang. Mak Long boleh pindah ke Singapura dan tinggal bersama Imran, Nora dan Eka. Si Andi tu saya rasa kau tumpukan perhatian terhadap kerjaya kau sudah. Tina pula, tinggal la dengan ibu/bapa kau eh. Kesian. Atau mungkin sambung belajar sampai jadi profesiak, Dharma… kau dhar mati dalam penjara kot, biar roh kau bersama si Sulastri.

Secara keseluruhan, saya rasa drama ini merupakan drama yang mempunyai intipati yang padat dan mampu mencetuskan perbincangan di antara rakan-rakan yang menonton drama ini. Tapi, saya juga berpendapat bahawa drama ini tidak mempunyai unsur-unsur realisme. Seumpamanya, Nora yang tidak pernah sesekali pun mengikut suaminya ke Bali dan kejadian di mana Sulastri tidak tahu berenang. Watak-wataknya amat padan sekali. Sebagai contoh, Mak Long yang berfikiran kuno. Ini mungkin disebabkan oleh persekitaran/pemikiran orang kampung. Tambahan pula, saya amat membenci watak antagonis drama ini, jadi, berjayalah pembawakan watak itu!

SOALAN BONUS: Kasih berbisik apa? Saya rasakan bahawa setiap malam apabila Imran tidur dengan Nora dia akan berbisik di telinga Nora “I dah kahwin lagi satu hehe!” Tapi si Nora tidur mati jadi dia tak dengar apa-apa.

Lagu Tema Kasih Berbisik: Menakluk Cinta

Hampir-hampir sejuta views!!

– Pengkritik Sandiwara





(Photos are not mine. It’s from Suria’s YouTube/Facebook & Google)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s