Di sini saya akan mengkritik/mengupas drama-drama tempatan terbitan Mediacorp Suria. (Untuk pengetahuan anda, saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Suria/Mediacorp ataupun MDA jadi anda boleh mengharapkan bahan-bahan kesat/lucah yang kurang sesuai untuk bacaan umum)
Saya memulakan blog ini kerana saya berpendapat bahawa drama-drama tempatan kita kurang mendapat kritikan atau lebih tepat lagi, tidak ada sebarang kritikan langsung. Satu-satunya ruang di mana rancangan Melayu tempatan diperbincangkan adalah di dalam majalah Manja di segmen XPRESI: Bual TV. Di segmen itu, dua rakan berborak hal TV dengan ringkas. Itu sahaja. Hmm, ok. (Manja pon terbitan Mediacorp seh jadi dah terang mereka akan tapis kata-kata mereka dan bersifat “bias”)
Oleh itu, saya mahu menjadikan blog ini sebagai satu wadah untuk saya dan anda berbincang tentang drama Melayu Singapura. Tak kisahlah tentang wataknya ke, plot ke, isu-isu yang dibentangkan ke, fesyen ke, lokasi penggambaran ke.
Nantikan blog post saya yang pertama ya!
– Pengkritik Sandiwara
[…] yang lalu. Tak sangka, pada tarikh ini pada tahun 2015, tercetus sebuah idea untuk memulakan idea yang gila […]
LikeLike