Wakil Singapura di pentas Big Stage Alpha, Izat Ibrahim, berjaya merai tangga teratas minggu ini.
Izat membawa lagu Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith. Dalam versi ya ini, Izat menukarkan lagu slow ini diberikan sentuhan rock!

Selari dengan tema Revibe, Izat telah mengubah konsep lagu popular ini memberinya susunan yang segar lagi menarik.
Beliau turut mendapat pujian daripada barisan juri setelah membuat persembahan yang memukau.
Penyanyi asal Singapura itu meraih markah keseluruhan tertinggi minggu ini iaitu sebanyak 82.20%.
Tahniah Izat, semoga kedudukan Top ini akan terus bertahan hingga ke minggu akhir.

Sebelum menyanyikan lagu secara solo, Izat bersama kumpulannya Alpha Prime yang kini dianggotai dirinya bersama Rizal Rasid, Ariel Fesol dan Afiq Sky mendendangkan lagu Counting Stars nyanyian asal OneRepublic.
Pada minggu ketiga, Ajai dan Jaclyn Victor menyertai meja juri.
Dalam detik mengejut, Datuk Syafinaz mengumumkan bahawa tiada penyingkiran minggu ini.
Minggu depan, Izat akan membawa lagu DJ Got Us Fallin’ in Love oleh Usher, mengikut tema Slay The Beat.
Big Stage Alpha berlangsung setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dihoskan Rina Nose dan Ellyn Mazlin. Hael Husaini, Datuk Syafinaz Selamat dan Edry selaku juri tetap.
Syabas kepada Izat sekali lagi!

[…] asal Singapura itu merosot ke tempat kedua pada minggu lepas, setelah menduduki tempat pertama pada minggu […]
LikeLike