Ridhwannabe tersingkir dari Big Stage Alpha

Minggu pertama ini merupakan minggu terakhir bagi Ridhwannabe, atau Ridhwan Azman, di pentas Big Stage Alpha.

Gambar: Astro Ria

Ridhwan Azman telah menyanyikan lagu Maha Karya Cinta bersama kumpulan trio malam tadi, Shaqeen dan Allan Andersn. Antara ketiga mereka, hanya Allan yang akan ke ‘The Big 12’, Shaqeen turut tersingkir.

Advertisements

Pada musim ini, 18 peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan. Daripada 6 kumpulan trio itu, hanya 12 peserta yang layak ke pusingan minggu hadapan. Pada episod ini, 12 peserta dipilih daripada 18 peserta. 12 peserta ini digelar ‘The Big 12’.

Advertisements

Syabas dan tahniah kepada Ridhwan Azman kerana telah mewakili Singapura di pentas Big Stage Alpha.

Pada minggu pertama rancangan peraduan Astro Ria ini, Kris Dayanti menjadi juri jemputan, menemani Edry, Datuk Syafinaz dan Hael Husaini selaku juri tetap.

2 comments

Tinggalkan komen