Konsert D’Masiv II Dekad yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei akan ditunda.
Ini merupakan kali pertama konsert anjuran SAH Entertainment ditangguh.
Acara itu yang seharusnya berlangsung di Bukit Bintang Temasek (Star Theatre) ditunda kerana ingin memberi pengalaman konsert yang lebih baik, menurut pihak penganjur.

Ia bukan sekadar ditunda malah lokasi juga ditukar. Konsert itu kini bakal diadakan di Capitol Theatre pada 12 Julai.
Ini merupakan julung-julung kalinya konsert oleh SAH Entertainment bakal diadakan di lokasi tersebut.
E-tiket akan diberikan kepada mereka yang sudah mendapatkan tiket. Pada masa itu, mereka yang ingin mendapatkan wang kembali juga akan diberitahu caranya melalui e-mel.

[…] anda peminat setia D’Masiv, Dolla atau Insomniacks yang akan ‘turun padang’ ke Capitol Theatre tak lama lagi, ini peluang […]
LikeLike