Ernie Zakri, Dolla dan Insomniacks berkonsert di Singapura!

Tiga nama besar di bawah naungan Universal Music Malaysia—Ernie Zakri, Dolla dan Insomniacks—bakal letupkan pentas di Kota Singa dengan konsert solo masing-masing!

Berita gempak ini diumumkan dalam sidang media yang berlaku sebentar tadi.

Gambar: IG Universal Music Malaysia

Ernie Zakri Live di The Theatre at Mediacorp!

Bersiap sedialah untuk halwa telinga anda berasa nikmat dengan vokal merdu Ernie Zakri yang akan mengalunkan suara emasnya di The Theatre at Mediacorp pada 31 Mei nanti!

SAH Entertainment dah mula jual tiket, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Dolla dan Insomniacks turut serbu Singapura!

Tak cukup dengan itu, Dolla yang dianggotai Tabby, Sabronzo dan Angel akan menggegarkan Singapura pada Ogos nanti, diikuti oleh Insomniacks yang akan memukau peminat pada November!

Walaupun lokasi dan tarikh rasmi belum diumumkan bagi kedua-dua konsert ini, bersiap sedialah untuk menabung…

Kepada iDolla dan peminat Insomniacks, rajin-rajinlah simpan duit sebab konsert Dolla dan Insomniacks kali ni confirm gempak habis!

Dan untuk Ernienators SG yang belum dapatkan tiket—korang tunggu apa lagi? Cepat sebelum sold out!

4 comments

Tinggalkan komen