Penyanyi dan pelakon cantik molek Malaysia, Elizabeth Tan, telah meluahkan ketidaksukaannya terhadap juadah Singapura semasa beliau berada di Kota Singa baru-baru ini.
Di dalam sebuah siaran Instagramnya, penyanyi Knock Knock itu menulis:
i love everything about Sg except the food đź¤đź’–
Saya sayang semuanya tentang Sg kecuali makanannya.
Dalam siaran tersebut, Elizabeth Tan telah meneroka beberapa tempat di Singapura termasuk Haji Lane, SEA Aquarium, Marina Bay Sands dan banyak lagi.
Beliau juga bertemu beberapa selebriti D-list Singapura seperti Hirzi dan Xiaxue semasa di sini.
Dan seperti pelancong Malaysia yang lain, Elizabeth Tan juga tidak berapa suka dengan makanan Singapura.
Mungkin beliau boleh tonton video-video oleh Padu Beb untuk pelajari lebih tentang dunia kulinari Singapura.
Kami kurang pasti apakah makanan yang beliau sentap semasa berada di Singapura.
– Pengkritik Sandiwara

[…] mereka nikmati makanan Singapore lah […]
LikeLike