6ixth Sense ke Singapura September nanti

September nanti, peminat 6ixth Sense boleh saksikan kumpulan yang popular dengan lagu Yang Sempurnakanku di Panggung Victoria pada 8 September.

Menurut Instagram pihak penganjur, 6ixth Sense akan membawa 20 buah lagu sempena 20 tahun dalam industri muzik.

Tiket konsert yang diberi judul Malam Deriaku ini boleh dibeli sekarang di malamgalau.com atau lelaman BookMyShow.

DAPATKAN TIKET ANDA DI SINI

Harga tiket bermula pada $68 hingga $128.

6ixth Sense akan membawa 20 buah lagu sempena 20 tahun dalam industry muzik. Dah ada playlist di Spotify tau!

Ini merupakan siri kedua Satu Malam Di Singapura yang bakal berlangsung. Siri pertama adalah konsert Imran Ajmain tahun lepas.

– Pengkritik Sandiwara

One comment

Tinggalkan komen