Geng Rebut Cabinet oleh Teater Ekamatra kembali lagi

Adakah ini tanda-tanda Pilihan Raya?

Teater Ekamatra telah umumkan di saluran Telegram mereka bahawa Geng Rebut Cabinet (GRC) akan muncul kembali tahun ini.

Saksikan Geng Rebut Cabinet September ini

Ditayangkan pada 5 hingga 15 September di The Ngee Ann Kongsi Theatre @ Funan, karya tulisan Alfian Sa’at ini diarahkan oleh Mohd Fared Jainal. Antara barisan pelakon yang akan hidupkan persembahan ini ialah Sani Hussin, Farah Ong, Serene Chen, Dalifah Shahril, dan Fir Rahman.

Tiket-tiket mula dijual esok, 8 Julai pada 10 pagi di lelaman Sistic.

Beli tiket anda sekarang!

Min pertama kali tonton GRC pada tahun 2015 dan ia mengisahkan pilihan raya. Cuma, perkara yang berbeza dalam dunia GRC ini adalah kaum Melayu adalah kaum majoriti. Dan dalam GRC atau Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan, wakil Melayu bukanlah token minority!

Jadi, apakah kemas kini yang boleh penonton jangkakan dalam edisi ini?

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Sani Hussin hidupkan watak Presiden Yusof Ishak dalam Yusof: Portrait of a President – Pengkritik Sandiwara Batal balasan