Tak sampai 2 jam, tiket tambahan persembahan Dangdut Koplo Extravaganza yang menampilkan Ochi Alvira dan Syahiba Saufa sudah pun habis dijual.
Acara itu, yang sebahagian daripada Pesta Raya 2024 anjuran Esplanade akan berlangsung pada 12 Mei. Tiket bagi show pertama (8 malam) sudah pun laris dan oleh itu, pihak penganjur menambahkan satu lagi show pada 5 petang.
Nampaknya, demam dangdut masih diminati ramai orang di Singapura!
Selain Dangdut Koplo Extravaganza, orang ramai juga boleh nikmati pelbagai acara di Pesta Raya 2024 yang berlangsung pada 9 hingga 12 Mei di Esplanade – daripada persembahan muzik hinggalah teater. Anda boleh ke lelaman mereka untuk maklumat lanjut.
Hairannya, kenapa Masdo tak laris? Dua tahun lepas, kemain cepat tiket Masdo habis. Adakah peminat Kugiran Masdo sebenarnya bukan peminat tegar Pop-ye-ye dan tidak selera nak hadap Dato’ Jeffrydin, Dato’ L. Ramli dan S. Mariam di pentas?
Bagi yang sudah dapat tiket Dangdut Koplo Extravaganza, dah bersedia untuk gelek tak?
– Pengkritik Sandiwara

[…] konsert dua hari yang sold out di Esplanade di Pesta Raya bulan lepas, Syahiba Saufa dan Ochi Alvira kembali ke Singapura untuk bertemu peminat mereka di Kota […]
LikeLike
[…] Kugiran Masdo, kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Dinda, Pujaanku, dan Janji Manis, akan menghiburkan peminat di acara Music Day Out – Magical Garden. […]
LikeLike