Konsert solo sulung Aina Abdul di Singapura memukau penonton di Theatre @ Mediacorp malam tadi.
Penyanyi asal Johor itu mengenakan pelbagai busana unik dan gah semasa konsertnya. Maklumlah, bukan Aina Abdul kalau tak pakai baju yang meletop, kan?
Aina menyanyikan lebih 20 lagu selama persembahannya yang berlangsung hampir 3 jam itu. Ini juga merupakan konsert Aina pertama yang berlangsung di luar Malaysia.
Sesungguhnya, para AiNoktions terhibur mendengar lagu-lagunya seperti Sepi, Sumpah, Semalam, Kamu, Puas Sudah, Shadow dan banyak lagi.
Terdapat juga segmen medley yang menampilkan lagu-lagu cover Indonesia dah Korea (semuanya lagi Black Pink).
Terdapat juga segmen akustik di mana Aina menyanyi sambil diiringi gitar. Beliau juga memainkan piano di pentas!
Bersama rakan seperjuangan, Ernie Zakri, Aina menyanyikan lagu Gundah. Satu gabungan meletop yang dinantikan ramai Ainations dan Ernienators.
Bak kata Ernie, lepas ni fans dah tak boleh cakap ape-ape lagi ehhhh!
Ernie yang diundang sebagai penyanyi jemputan pula sememangnya menyanyikan lagu terbarunya, Masing-masing.
Malang sekali, tiada segmen encore dalam konsertnya kali ini. Meskipun begitu, Aina berharap ini bukanlah konsert terakhirnya di Kota Singa.
Ini bukan kali pertama penyanyi Jangan Mati Rasa Itu berada di pentas Mediacorp. Pada tahun 2022, Aina muncul di pentas yang sama sempena President’s Star Charity pada tahun itu.
Konsert solo Aina Abdul dah, konsert solo Ernie Zakri kat Singapura bila pulak? Moga pihak Neptunes boleh pertimbangkan!
– Pengkritik Sandiwara

[…] konsert A Night with Aina Abdul LIVE in Singapore, dua penyanyi hebat asal Malaysia itu menyampaikan lagu Gundah yang dipopularkan Ernie […]
LikeLike