Rindu lagu-lagu Allahyarham R Ismail?
Apa kata anda buat janji temu anda dengan NADARINDU, A Tribute to R Ismail?
Majlis Pusat Singapura (MPS) akan memberi penghormatan kepada arwah R Ismail menerusi konsert NADARINDU, A Tribute to R Ismail. Allahyarham bukan saja seorang penyanyi lagu tradisional Melayu, tetapi juga seorang penjuang pelestarian lagu Melayu Asli dan juga seorang penyumbang yang aktif kepada MPS.
Persembahan tribute ini akan dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Merangkak, Bertatih, Berjalan, Berlari dan akhirnya Beristirehat.
Menerusi fasa-fasa berbeza ini, sketsa akan dipersembahkan oleh pelakon tempatan dan diiringi dendangan lagu yang dinyanyikan anak-anak Allahyarham iaitu Iskandar Ismail, Elfee Ismail serta Aslina Ismail.
Para penonton pasti akan terhibur dengan memori kanak-kanak Allahyarham menerusi kisahnya dalam mencapai impian sebagai seorang penyanyi.
Menurut siaran Facebook Khairudin Samsudin, ini merupakan dayailham Tuan Nadiputra, penerima Pingat Budaya Singapura & Anugerah Penulis Asia Tenggara.
Terdapat juga penampilan khas oleh Adi Rahman, Sheera J & Tanty Yushida. Azman Shariff, Rifa’ah Ridzuwanulhakim, Koir Harmoni Orkid, kumpulan Dikir Barat Mak Yong Kedek, Silat Seni Gayong Singapura, Gigi Art of Dance Studio, Anggerik Temasek Bangsawan & Wayang Kulit Sri Warisan juga sama-sama menjayakan NADARINDU, A Tribute to R Ismail.
Persembahan tribute ini akan berlangsung di Teater Pusat Drama, Bangunan Perpustakaan Negara pada 23 Disember. Ada dua slot tau, 3 petang dan 8 malam. Tiket boleh dibeli di Sistic.
BELI TIKET SEKARANG
– Pengkritik Sandiwara


[…] NADARINDU, A Tribute to R Ismail, ia sepatutnya berlangsung Sabtu ini (23 Disember) di Pusat Drama, Perpustakaan […]
LikeLike