‘Harga Yahudi’, peminat NOAH rungut harga tiket

Setelah menghampakan ramai Sahabat NOAH Singapura dengan lokasi konsert solo NOAH, pihak penganjur mengejutkan warganet dengan harga tiket NOAH Energized.

Awal pagi tadi, pihak penganjur, YOLO Singapore, telah mengongsi harga tiket bagi konsert NOAH yang akan berlangsung pada 14 Oktober di Pasir Panjang Power Station.

Tiket prajual akan bermula esok (24 Ogos) manakala jualan awam akan mula lusa (25 Ogos).

Harga tiket ‘Yahudi’

Menurut siaran tersebut, tiket paling murah bermula pada SGD128Free Standing, di mana pembeli tiket akan berdiri di kawasan paling belakang.

Tiket paling mahal diberi kategori Supreme merangkumi 4 keping tiket bersertakan sofa untuk duduk, minuman dan snek tiada batas, lightstick serta Energy Pack. Energy Pack itu termasuk sesi Meet & Greet, akses awal untuk ke persembahan, 2x baucar minuman, serta lanyard. Harganya SGD1,888. Ini bermaksud setiap seorang akan membayar SGD472.

Kategori Premium berharga SGD1,288 seakan seperti Supreme cuma tiada minuman dan Energy Pack. Setiap seorang membayar SGD322.

Energy Zone (dipercayai standing paling depan) berharga $288 – ia termasuk lightstick. Power Zone (standing di tengah) pula dijual pada $198.

Warganet bersuara

Ramai yang berpendapat bahawa tiket-tiket bagi konsert kumpulan NOAH di Singapura ini terlalu mahal, dan melampaui harga tiket artis-artis antarabangsa seperti Coldplay dan J Balvin.

Seperti biasa, warganet telah pun memberi pendapat mereka di ruang komen.

Ramai yang menyatakan bahawa harga tiket melampau, di lokasi yang tidak berprestij! Malah, makanan dan minuman tidak patut disertakan dalam harga tiket kerana bukannya orang nak pi makan bila tengok konsert, kan?

Agak-agak, free flow snek tu apa eh? Jagung ke?

Pendapat lain

Namun begitu, ada juga yang melihat ini semua dari sudut yang berbeza! Segelintir merasakan bahawa harga serta tempat ini munasabah.

Apa pendapat uolls? Adakah korang akan beli tiket atau boikot? Jom kongsi pendapat anda di NGL kami!

Atau… boleh je kongsi di telegram SAHabats, mereka pun rancak bobal pasal ni, nok. Eh?

Sebenarnya, Min pelik. Pihak YOLO tak buat competitor research ke? Padahal SAH Entertainment dah keluarkan harga, kan? Untuk konsert Galau mereka yang akan menampilkan NOAH juga?

Tu pun tak tau nak buat harga tiket berdaya saing ke..? Harap-harap diorang adelah perancangan untuk menarik pelanggan, ye?

Kepada korang yang nak boikot, pastikan boikot. Jangan tau-tau nanti terus korang beli eh?

– Pengkritik Sandiwara

3 comments

Tinggalkan komen