NOAH bakal beraksi di Pasir Panjang, warganet hampa

Akhirnya, lokasi di mana NOAH akan membuat konsert solo mereka didedahkan oleh pihak pengannjur, YOLO Asia.

Konsert yang bakal berlangsung pada 14 Oktober kelak akan ditempatkan di Pasir Panjang Power Station.

Secara jujurnya, Min tak tau kat mana tu dan apakah tempat itu…

Konsert yang diberi judul NOAH Energized itu juga belum keluarkan maklumat pembelian tiket sejauh ini.

Rata-rata, ramai yang berkata bahawa tempat ini hanya untuk ruang berdiri dan oleh kerana peminat NOAH kini sudah berumur, mencecah lewat 30-an (korang dah tua..?), mereka tidak sanggup lagi berdiri untuk berjam-jam.

Selain itu, lokasi Pasir Panjang Power Station ini tidak cukup berprestij untuk kumpulan yang cukup vazz seperti NOAH.

Setakat ini, tiada sebarang komen oleh pihak penganjur.

Siaran yang dikongsi hujung minggu lalu juga dihujani ramai warganet yang tidak puas hati dengan lokasinya.

Ramai inginkan lokasinya ditukar kerana tak tahu akan kewujudan Pasir Panjang Power Station ini.

Warganet menyarankan lokasi gempak iaitu Bukit Bintang Temasek yang amat sinonim dengan konsert Nusantara.

Baru-baru ini, Ella mengadakan konsert full house pada dua malam di lokasi tersebut.

Sekurang-kurangnya, warganet ingin pihak penganjur adakan tempat duduk agar mereka yang berumur boleh berehat.

Min tengok event ni, ade je tempat duduk. So mungkin YOLO Asia/Singapore boleh adakan tempat duduk eh?

Jadi persoalannya adalah… korang nak tengok yang ni atau Konsert Galau? Pun ada NOAH kot.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: YOLO Singapore)

3 comments

Tinggalkan komen