Konsert galau pertama SG di Expo Disember nanti

Seramai sembilan artis dari tiga negara akan menghiburkan peminat Singapura pada dua malam bulan 12 nanti.

Buat julung-julung kalinya, SAH Entertainment membawa Konsert Galau ke Expo Singapura pada 9 dan 16 Disember.

Artis-artis yang bakal menjayakan konsert ini adalah artis serantau! Dari Indonesia, Malaysia serta Singapura.

Mereka adalah ST12, Setia Band, Taufik Batisah, Sufi Rashid, Kangen Band, Insomniacks, Cakra Khan, D’Masiv dan sebuah band misteri.

Menurut IG SAH, sebanyak 49 lagu akan dinyanyikan semasa konsert dua malam itu. Tiket-tiket bermula pada harga $88 untuk sehari dan $158 untuk dua hari.

Penjualan tiket akan bermula pada 14 Ogos, 12 tengahari manakala penjualan bagi para SAHabats mula 10 Ogos, 12 tengahari.

Pada hari pertama (9 Disember), D’Masiv, Taufik Batisah, Insomniacks, ST12 dan Setia Band akan buat persembahan.

Pada minggu seterusnya, Cakra Khan, Sufi Rashid, Kangen Band dan band misteri akan hiburkan peminat.

D’Masiv, Cakra Khan dan ST12 juga telah buat konsert di Singapura baru-baru ini.

So… korang tengok tak nanti? Nak bergalau, berhealing sampai pagi, berjiwang semua?

– Pengkritik Sandiwara

7 comments

Tinggalkan Jawapan kepada Harga tiket NOAH diumum, waktu konsert masih misteri – Pengkritik Sandiwara Batal balasan