Ella tambah lagi satu konsert di SG

40 minit.

Itulah masa yang diambil untuk menjual kesemua tiket konsert Ella di Singapura.

Berjudul ‘Jilid Akhir : ELLA Puteri Kota‘, Ella bakal adakan konsert pada 18 Ogos nanti.

Dan oleh kerana sambutan yang amat hangat sekali, Ella bersama LOL Asia menambahkan konsert kedua.

Konsert kedua akan berlangsung sehari sebelum konsert pertama pada 17 Ogos. Orang ramai boleh membeli tiket-tiket di lelaman bookmyshow mulai 18 Jun, jam 12 tengah hari.

DAPATKAN TIKET ANDA DI SINI

Pada jam 10 pagi tadi, tiket Ella sold out tak sampai 15 minit dan pihak penganjur membuka ruang Circle 2 pada jam 12.30 tengahari. Ruang Circle 2 juga sold out selang beberapa minit! Tahniah, benar-benar Ratu Rok Nusantara!

So kepada anda yang tak sempat beli tiket, apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk e-beratur esok, woi! Kalau tak, menangis.

– Pengkritik Sandiwara

4 comments

Tinggalkan komen