NOAH tiba di Singapura Oktober nanti?

Adakah kumpulan band Indonesia, Noah, akan membuat konsert di Kota Singa tidak lama lagi?

Di lelaman Yoloasia.com, terdapat senarai konsert Noah (yang dahulu dikenali sebagai Peterpan) yang masih belum punya apa-apa maklumat penting.

Menurut lelaman itu, tertera logo Noah serta bulan di mana konsert di Singapura mungkin akan diadakan dan setelah itu, di Kuala Lumpur pada bulan seterusnya.

Memetik daripada Wikipedia, kumpulan Noah terdiri daripada Ariel, Andika, Indra, Lukman, Reza dan Uki.

Antara lagu popular mereka adalah Menghapus Jejakmu, Mungkin Nanti, Menunggumu dan banyak lagi.

Tahun lepas, Ariel telah ke Singapura untuk berduet bersama Bunga Citra Lestari di konsertnya di Sentosa.

So… konsert Newboyz korang dah kasi sold out. Ni pun agak-agak hot, eh?

Minggu depan, Yolo Asia membawa Ruffedge ke Singapura.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Yolo Asia)

5 comments

Tinggalkan komen