Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Tiket bagi konsert Dayang Nurfaizah yang berlangsung 20 Mei nanti akan dijual esok, 16 Mac jam 9 pagi.
Menurut Instagram penyanyi album Belagu itu, konsert tersebut akan berlangsung di Dewan Konsert Esplanade pada 8 malam.
Tiket-tiket bermula pada harga serendah $40 (harga konsesi pelajar, NSFs dan warga emas) boleh didapati di lelaman Esplanade mulai esok.
Promosi ‘Early Bird’ boleh dinikmati oleh ahli Esplanade & Me – sebanyak 20%! Anda boleh ke lelaman Pesta Raya untuk ketahui lebih lanjut tentang promosi tersebut.
Bukan itu saja, tiket VIP dan VVIP membolehkan anda bersua dengan Dayang dalam sesi Meet & Greet dan poster yang ditandatangani.
Pemegang tiket VVIP juga boleh nikmati jamuan di Malayan Council.
Jadi… apa tunggu lagi? Cepat-cepat bersedia untuk beli tiket anda di lelaman Esplanade. Menyesal kalau tak dapat!
Konsert Belagu ini sebahagian daripada Pesta Raya 2023.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar: FB Pesta Raya)

[…] Dayang Nurfaizah yang baru-baru ini mengenalkan semula lagu-lagu Melayu klasik dengan album Belagu II akan bersua dengan peminat Singapura pada 20 Mei, Sabtu nanti. […]
LikeLike
[…] persembahan yang boleh anda nikmati adalah konsert Belagu oleh Dayang Nurfaizah, pementasan Air Da Tohor dan banyak lagi. Anda boleh lihat barisan persembahan tahun ini di […]
LikeLike
[…] bulan Mei nanti memanglah banyak konsert di Singapura! Ada ST12, Ne-Yo, Dayang Nurfaizah, Black Pink, Raja Razie serta banyak […]
LikeLike
[…] pun mengumumkan barisan persembahan bertiket beberapa minggu lalu, sampaikan tiket persembahan Dayang Nurfaizah dan KC sudah laris […]
LikeLike
[…] telatah penyanyi jelita yang bersuara lunak, Dayang Nurfaizah, semasa menghiburkan peminatnya di Dewan Konsert Esplanade malam […]
LikeLike