Nick Mikhail didenda $13,000 dek jual dan iklankan e-rokok di IG

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pelakon mapan, Nick Mikhail, didenda $13,000 dek jualan dan iklan e-rokok (vape) di wadah media sosial Instagram.

Itulah yang dilaporkan Straits Times semalam. Anda boleh baca artikel tersebut di sini.

Menurut artikel ST itu, semalam beliau didenda $13,000 setelah mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengiklankan produk haram itu dan enam pertuduhan antara menjual atau menawarkan untuk menjualnya. Sebanyak 25 lagi pertuduhan serupa diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

gambar tangkap layar IG Nick Mikhail

Di Instagramnya, beliau mengatakan bahawa perkara ini sudah selesai dan denda sudah pun dibayar. Nick juga menyeru orang ramai agar tidak menjual vape.

-Pengkritik Sandiwara

(gambar header: FB, IG Nick Mikhail)

One comment

Tinggalkan Jawapan kepada King Coco dating pelakon SG pencen? – Pengkritik Sandiwara Batal balasan