Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Minggu lepas, huru-hara satu Malaya apabila mendapat tahu bahawa personaliti internet popular, Nur Sajat, tergendala di Lapangan Terbang Changi Singapura.
Atas sebab-sebab visa, usahawan transgender itu tidak dapat melepasi gerbang imegresen Singapura, menurut beberapa sumber berita.
Kasihan sekali, Sajat yang kini berpangkalan di Australia tidak dapat melihat anak-anaknya yang sedang menunggu di Singapura.
Sajat yang dijemput ke sebuah acara expo kahwin juga tidak dapat berjumpa peminatnya. Ini merupakan kali kedua beliau dijemput ke Singapura tahun ini.
Apa yang menarik sekali adalah reaksi warganet, terutama sekali warganet Singapura.
Rata-rata, ramai yang mengasihani situasi Sajat yang tidak dapat berjumpa anak-anaknya.
Ini menimbulkan tanda tanya – adakah masyarakat Melayu kini menyokong hak transgender, sekaligus lebih terbuka dengan pemansuhan 377A?
Malah, pengguna TikTok tersohor hashissan juga turut bersimpati. Walhal, sebelum ini beliau dengan terbuka tidak bersetuju dengan pemansuhan 377A.
Bukan itu saja, podcast yang pernah berdiri di tangga nombor 1 juga berbual tentang personaliti transgender ini.
Apakah pendapat anda? Adakah masyarakat Melayu lebih terbuka untuk bahaskan tentang topik LGBTQIA+?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar: IG Sajat, Phyo Hein Kyaw di Pexels)
[…] Australia, pempengaruh kecantikan, Nur Sajat, secara spontan menyanyikan versi remix […]
LikeLike