Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Apabila ternampk sedutan Projek L.I.T. (Lestari. Ilmu. Teroka), sis terfikir, “oh akhirnya Suria ada rancangan yang menepati citarasa belia!”
Ye lah, dalam sedutan untuk rancangan ala info-ed terbaru saluran Melayu Mediacorp itu, saya terlihat tiga orang anak muda sebagai hos, dan salah seorang yang menarik perhatian saya dan amat menonjolkan adalah Zhin daripada The Smart Local!
The Smart Local merupakan lelaman gaya hidup di mana pembaca mereka rata-rata para belia, so sis dengan tanpa sedar mengaitkan rancangan Projek L.I.T. yang turut dikendalikan Farah Farook dan Sabrina Nasir sebagai rancangan buat anak muda Melayu!
Sis mati-mati ingat ni rancangan di mana mereka akan bualkan isu-isu yang dekat di hati belia. Seperti cinta-cintun (dating), seks, isu perkauman, kerjaya, gaya hidup dan sebagainya.
Begitu remuk dan hampa sekali apabila sis tonton rancangan ini di Toggle awal hari ini. Rupa-rupanya rancangan buat kanak-kanak! Ok, mungkin bukan kanak-kanak kecil tapi remaja yang baru naik usia.
Tu pasal lah waktu siaran pada 9 pagi dan 6 petang pada hari Jumaat!
Geli sungguh mendengar mereka bertutur dalam Bahasa Baku. Tidak kelihatan seperti perbualan biasa, very the scripted. Dan apabila terpaksa ad-lib pun nampak sah kaku sebab para pengacara harus berbual dalam Baku dan bukan casual chat.
Bukan itu saja, penggunaan Baku juga tidak konsisten! Terutama sekali Farah Farook yang selalu tidak menyebut ‘a’ sebagai ‘a’ tetapi ‘e’. Because… that’s how we Malays in Singapore speak!
Rancangan Projek L.I.T. ni ada ruangan memasak, buat kraf tangan, permainan dan juga bahasa. So… obvsly ni rancangan kanak-kanak kan!
Cuma, ia tidak dihasilkan seperti rancangan kanak-kanak biasa. Hiasan set yang diletakkan tidak seperti rancangan kanak-kanak lain, kesan visual/grafik juga seperti tidak menepati citarasa kanak-kanak. Tidak begitu warna-warni, tiada maskot atau kartun.
Walaupun sis rasa rancangan ini khas buat remaja, kandungan ini mungkin dianggap lame oleh mereka-mereka dalam belasan tahun. Sis rasa budak umur 6 tahun akan suka kot… tapi their aesthetics very the anak muda vibes!
So sis rly thought it’s rancangan buat belia.
Oh wells!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: meWATCH)
[…] ‘staged’ untuk tarik Zayn ke dalam Ria… Maklumlah, dia tu ada rupa, dah mula berjinak-jinak dengan Suria, so there has to be a reason untuk Ria memasukkan Zayn ke dalam Ria tanpa being sus, kan? […]
LikeLike