Nadiah M Din anti…

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

[NADIAH M DIN HAS CLARIFIED ON THIS ISSUE SINCE THEN, READ IT HERE]

Tak pernah ku sangka bahawa di blog ini yang penuh kemerepekan, saya akan berbual tentang… vaksin!

Pelakon dan pengacara popular (satu ketika dahulu), Nadiah M Din mengongsi di Instagram Story bahawa dia tidak ingin melakukan (or rather melambatkan) vaccination terhadap anaknya. Nadiah menjelaskan sebab-sebabnya (tanpa bukti saintifik yang kukuh) dan mengatakan bahawa dia rela tidak memberi vaksin atau ingin melewatkan vaksin itu terhadap anak-anaknya.

Dan research yang telah dilakukannya ialah…. sebuah video.

Di manakah bahan kajian yang telah dibacanya selama “bertahun” itu? Kenapa tak kongsikan bersama pengikutnya?

LOL, I’m not the person to talk about this but please refer to a DOCTOR kalau nak pertimbangkan isu segenting ini. Bukan YouTube semata.

Memang benar bahawa dia kata dia tidak ingin menyuruh pengikutnya untuk tidak memberi vaksin kepada anak mereka tetapi, dengan tidak sengaja, Nadiah M Din telah menjadi suara untuk ibu bapa yang anti-vaksin dan mungkin menyebarkan maklumat tidak tepat kepada mereka-mereka yang kurang berpengetahuan tentang isu ini. Dan mereka mungkin akan mengikut kata-kata selebriti seperti Nadiah dan memilih untuk tidak vaccinate their kids! Nadiah M Din telah membolehkan wadah untuk masyarakat Melayu untuk bincangkan tentang anti-vaksin.

And we already know how uninformed the Malay community is jadi kita tidak perlu influencers untuk menjadi pemangkin untuk sebarkan teori anti-vaksin seperti ini.

Rancangan kanak-kanak Malaysia, Upin Ipin pun ada episod tentang kepentingan vaksin tau!

Agak-agak kepada anti-vaxx ni semua… kalau vaksin Covid-19 dah wujud, mereka tak perlukan vaksin ini ke?

Tahukah anda bahawa ia satu kemestian untuk menghantar anak anda untuk mendapatkan vaksin!!! IT’S THE LAW.

(klik gambar untuk membaca akta penuh)

So in other words, she just exposed herself lmao.

Tapi, dia nak buat apa kat anak dia tu dia punya pasal lah eh???? Anak dia kot. Tapi pastikan anda semua mengecam muka anak-anak dia jadi awak boleh jauhkan anak/orang tersayang awak daripada anak-anak dia!

Kalau awak anti-vaxxer (or whatever you call yourselves), do block us! Thanks 🙂

Apa yang merisaukan adalah impak yang akan Nadiah M Din sebabkan ekoran IG Storynya. Takut nanti masyarakat Melayu terpengaruh dengan perkara sebegini.

Saya harap masyarakat Melayu akan sentiasa merujuk kepada mereka yang pakar untuk perkara yang sesuai. Sila hubungi doktor anda untuk perkara seperti vaksin. Bukan baca Instagram artis.

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s