Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setelah menonton episod 1-4 drama polis-polis terbaru Suria yang bertajuk FORENSIK, saya tertanya, mengapa harus penonton Melayu Singapura menonton drama ini?
Setiap minggu, kes-kes bunuh yang diketengahkan amatlah membosankan. Semuanya ada ‘plot twist’ yang kononnya ‘tidak disangka’. Mereka meneka si pembunuh ni orang A tapi akhirnya bukan, sebenarnya orang B yang mempunyai hubungan rapat dengan si mati. Dan ini berlaku hampir kepada setiap kes. Seumpama mengharapkan unsur ‘terkejut’ pada setiap episod.
Kisah cinta antara watak Juliana (Yuslina Yussof) dan Razali (Fauzie Laily). Pada mulanya Razali tidak mahu mengaku rasa cintanya dan tidak ingin usha si Juliana, tapi sedar tak sedar… eh dah memanjat tembok bersama?
Pembunuhan yang dilakukan dalam kes ini pun setakat-setakat. Tiada yang mengancam. Setakat dihentak batang golf? Bosannya. Ini membuat jalan cerita Forensik amat mediocre kerana cara mereka menyiasat kes-kes yang terbentang amat normal saja. Seperti ternampak beg plastik kedai mamak dan membuat tekaan orang itu telah ke kedai mamak tersebut. Gitu? Bosannya.
Dalam dunia yang dipenuhi drama-drama polis yang lebih menarik dan dokumentari siasat-siasat yang menarik perhatian penonton, di manakah kedudukan drama Forensik ini? Bagi penggemar drama genre polis-polis ini, pasti drama Forensik dianggap… meh.
Mungkin saya salah. Jalan cerita mungkin lebih menarik sekiranya anda peminat setia Code of Law kot yang mengikut garis masa drama-drama Code of Law.
Selain itu… lakonan Yuslina Yussof amat hambar sekali.
Pertama sekali, memang pelik melihat mereka berbual dalam bahasa Melayu semi-formal tapi lakonan Yuslina Yussof seperti menambahkan lagi kejanggalan dialog yang dibaca para pelakon.
Tak tau macam mana nak cakap lah tapi lakonan dia macam tak hidup gitu.
Bukan itu saja, apakah peranan watak Sharon Ismail sebagai Audrey Soh dalam drama ini? Selain daripada sebagai watak yang menghubungkan drama Code of Law dan drama Forensik ini? Mungkinkah dia memainkan peranan yang lebih besar?
Bagaimana pula dengan watak Erwin Shah Dawson?
Sejauh ini, ‘Farid’ seolah-olah seorang watak yang bukan utama. Sebagai seorang sidekick kepada Inspektor Razali. Mengapa Suria ambil pemenang Anugerah Skrin yang telah memainkan beberapa watak besar di saluran Malaysia sebagai sidekick? Heran kan?
Dan apa yang paling tak suka tentang drama Suria adalah kompleksiti yang wujud dalam kehidupan setiap watak.
Jika kami menonton drama-drama di Netflix, kami sungguh taksub dan sanggup binge watch kerana kami ingin tahu apa yang terjadi dalam kisah drama itu. Dan cerita utama yang menjadi fokus dalam drama itu.
Tapi dalam drama Suria, setiap watak mempunyai kisah mereka sendiri dan kisah mereka ditonjolkan dalam drama ini.
Sebagai contoh, kisah ibu Juliana, anak Audrey dan sebagainya, Ini merupakan kisah-kisah pendek yang tidak memberi impak yang berkesan kepada cerita utama (as of now).
So… kalau nak tonton, tonton je lah. Pada saya, tak perlulah sis.
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!