Kupasan Pementasan: Contemplating Kopitiam and Kampong Wa’ Hassan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

TIBER.

Itulah yang asyik terbenak di fikiran apabila menonton pementasan M1 Singapore Fringe Festival yang bertajuk Contemplating Kopitiam and Kampong Wa’ Hassan.

Gambar oleh: Memphis West Pictures/ Joe Nair

Dalam persembahan arahan Oliver Chonng ini, 9 pelakon membuka tirai dengan memberitahu sedikit tentang diri mereka. Bukan watak mereka tetapi diri mereka sendiri. Sepanjang pementasan ini, mereka akan berhenti dan berbual tentang pendapat mereka terhadap Singapura, erti ‘home’ kepada mereka, apa yang mereka suka atau tidak suka tentang Singapura.

Dan ini berlaku lebih dari sekali di mana mereka akan mencelah jalan cerita tentang Kopitiam/Kampong Wa’ Hassan dan mengadakan perbincangan ini. Seolah-olah di rancangan bual bicara di Suria!

Apa yang membuat saya kurang selesa adalah reaksi pelakon lain apabila seorang pelakon sedang menceritakan sesuatu dan menyelitkan jenaka. Ia kelihatan tidak semula jadi dan gelak mereka seperti mengajak penonton ketawa bersama padahal… tak kelakar kot?

Gambar oleh: Memphis West Pictures/ Joe Nair

Selain tiba-tiba ada rancangan bual bicara, mereka pun tiba-tiba menari lagu hari raya. Maklumlah, mereka ceritakan tentang sebuah kampung dan setiap lagu raya itu melambangkan garis masa yang telah mereka jalani.

Cuma apa yang hairan… Mereka menari tarian joget, zapin, lenggang, asli dalam keadaan moden dan kekok sekali. Seorang penggiat tarian Melayu mungkin menganggap apa yang mereka lakukan sebagai ‘butchered’ tapi sebenarnya comel melihat mereka cuba menari tarian Melayu!

Gambar oleh: Memphis West Pictures/ Joe Nair

Barisan pelakon berjaya menghidupkan watak-watak dalam Contemplating Kopitiam and Kampong Wa’ Hassan walaupun setiap watak itu dihidupkan oleh pelakon berbeza pada satu masa.

Kisah Contemplating Kopitiam and Kampong Wa’ Hassan begitu rapat sekali dengan tema M1SFF2020 iaitu ‘My Country and My People’. Di mana isu perobohan sebuah kampung dan isu pemilikan sebuah kopitiam dikupas.

Dengan arus pemodenan, kampung-kampung di Singapura lesap secara tidak langsung, kita hilang tradisi, budaya dan sejarah kita. Semuanya kini berlaku pantas dan pesat, sepertinya kita mengejar sesuatu dan kita lupa untuk menghargai dan menikmati masa yang kita ada.

Gambar oleh: Memphis West Pictures/ Joe Nair

Dan semakin modennya kita, kita lupakan yang lama. Mungkin perniagaan kopitiam setempat tidak semenarik perniagaan antarabangsa yang sudah berjaya di dunia. Adakah dengan pemodenan kita alpa akan warisan kita?

Bagus sangat ke kehidupan di Singapura jika kita mementingkan masa depan, pelajaran, wang jika kita tidak melestarikan apa yang generasi sebelum ini bangkitkan?

Bintang keseronokan: 3 ⭐️/5

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s