Salam sejahtera, para pembaca setiaku.
Memangnya kini waktu peperiksaan buat pelajar di universiti.
Oleh itu, tak hairanlah jika beberapa murid U ni meluahkan perasaan tertekan serta kemurungan mereka.
Namun, ada seorang ni macam terOVER pulak.
Dalam proses mengingati sang Pencipta, untuk menenangkan fikiran demi menempuh masa sukar peperiksaan, penuntut NTU, Aathiq telah memuatnaikkan video di Twitter menunjukkan seseorang yang melevel-upkan (lit rally) rutin ibadahnya!
Rakan Aathiq ternampak tanda anak panah kiblat yang menunjuk ke arah atas awan, dan dia segera memulakan rutin sembahyangnya ke arah itu.
Dipercayai lelaki dalam video itu rakan sekelas ngaji Aathiq. Nama dirahsiakan demi melindungi identitinya.
Surau/musollah itu menunjukkan kiblat ke arah awan. Hmm… Musollah apa ni?
Ada juga yang ingin tahu bagaimana Aathiq menyempurnakan solatnya, termasuk sujud dan rukuk, dalam keadaan terbaring ini.
Beberapa warganet nasihatkan agar jangan mudah terpengaruh dengan ajaran songsang Ayah Pin.
Kalau ye pun sekolah U ni stress (tak ramai orang Melayu boleh relate sebab bilangan orang Melayu di Uni rendah), tak perlulah sembahyang ke langit, dik…
Kami telah menghubungi Ustaz Zayn Malaque untuk penjelasan.
– Pengkritik Sandiwara
Bacalah lagi!