Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Semalam, malam gemilang penuh hambar.
Pemenang pertandingan nyanyian malap, tiruan diilhamkan oleh Gegar Vaganza, SG Mania telah dinobatkan!
Tahniah, Rahila Rashun.
Rahila dan Eka Mairina merupakan peserta yang mara ke pusingan Face-off.
Finalis ketiga, Liwani terkecundang terlebih dahulu, menempah tempat ketiga pertandingan ini.
Episod terakhir penuh ‘gah’ ini tak setanding jika dibandingkan Gegar Vaganza.
Namun, pengadil Najip Ali amat terpukau dengan kesederhanaan yang ditampilkan di atas pentas kecil lagi muat ini.
Pemenang musim pertama dan kedua juga membuat persembahan. Hmm… apakah kesan mereka terhadap muzik tanahair setelah memenangi SG Mania?
Apakah single hit mereka pascaSGMania?
Setelah menyanyi secara solo, peserta ini juga berduet!
Liwani bersama peserta Gegar Vaganza… Jatt Ali!
Amboi, dalam kesibukan GV6 pun Jatt boleh buat kemunculan istimewa di Suria!
Eka Mairina bersama Nuradee!
More like NuraDONT! T-shirt Nuradee dan tanjak? Mereka terperangkap dalam zaman 90an?
Rahila bersama Zaleha Hamid!
Wow dua vokal hebat di atas satu pentas!
Memang ramai yang menjangkakan kemenangan Rahila apabila episod pertama lagi.
Mestilah, dia memang berbakat dan suaranya memang power!
Memang ketiga-tiga mereka layak di peringkat akhir.
Dan the best is indeed Rahila!
Apakah yang akan Rahila bawa ke industri muzik tanahair?
– Pengkritik Sandiwara
[…] setakat menjual masakannya saja, finalis SG Mania 2019 itu juga tidak lokek mengongsi […]
LikeLike
[…] warganet seperti tidak percaya bahawa pemenang SG Mania musim kedua itu telah pun bernikah dengan suaminya, Mohamad Alhaj (KP Black, @kpblavk), sehinggakan […]
LikeLike
[…] kita sama-sama menyokong anak Singapura dalam pertandingan SG Mania Malaysia […]
LikeLike
[…] uolls pernah makan air tangan Eka (MyIndoCooks) korang tahulah betapa enaknya masakan finalis SG Mania 3 ni, […]
LikeLike
[…] artis jemputan yang akan menyertai mereka adalah Rahila Rashun, dan power couple Syamel & Ernie Zakri dan ramai […]
LikeLike
[…] itu, Rahila Rashun juga berduet bersama Jatt […]
LikeLike