Hady Mirza dan Jatt Ali Gegar Pentas SG Mania Malaysia!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sedang ramai yang menonton Gegar Vagina versi Singapura di Suria malam tadi, tahukah anda bahawa dua bakat tanah air bakal sertai musim terbaru Gegar Vaganza?

Pertandingan realiti Malaysia yang memasuki musim ke-6 yang lagi berbisa berbanding SG Mania itu telah mengundang Asian Idol, Hady Mirza dan ahli kumpulan Black Dog Bone, Jatt Ali,  untuk bertanding!

Rezeki Hady Mirza seolah-olah melonjak setelah bebas daripada penjara.

Hady yang pernah menjual tempeh itu bangkit semula semenjak video tular PUB yang menggunakan suaranya untuk lagu latar belakang berjudul Gerimis Mengundang.

Nampaknya teman-teman Malaysia sedia beri Hady peluang kedua, Suria tak jemput Hady untuk show ke? Entahlah.

Tak pandang SG Mania terus ke Gegar Vagina! Gempak!

Mungkin boleh kembangkan bisnes tempeh di Malaysia, tak ke gitu?

Buat Jatt Ali pula… Mampukah dia menghangatkan semula zaman hotnya dulu untuk pikat penonton Malaysia dan rantau ini?

Di lelaman Gempak.com, Jatt Ali merupakan penyanyi GV paling veteran! Fuh, merecik!

Kumpulan rap One Nation Emcees, pemenang Gangstarz 2, yang amat popular satu ketika dahulu antara peserta yang lain. 

Antara penyanyi yang lain terlibat termasuk Wann, Sham (Visa), Noorshila Amin, Naqiu (Boboy), Ameer (Sofazr), Mazleela, Feeza,
Nurfatima, Roy dan Kool (Hairie & Riot).

Yang penting, siapa nak taja berlian pada musim ini? Sajat eh?

Jangan lupa untuk sokong mereka di rancangan Gegar Vaganza yang telah mengilhamkan SG Mania!

Pengkritik Sandiwara

7 comments

Tinggalkan komen