Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Beberapa minggu yang lalu, DJ KC mengumumkan bahawa dia tidak lagi bekerja di Mediacorp Ria (dibuang atau berhenti?) dan telah membuka wadah hiburannya sendiri.
Rancangan terbaru KC yang disiarkan secara langsung di YouTube hampir setiap malam dinamakan Malam Seram. Nasib bukan Kelakar Seram, nanti Mediacorp saman. Eh?
KC kini mempunyai 100,000 pelanggan (subscribers) di saluran YouTubenya! Ha, kalau setiap malam dia ada Malam Seram jam 12 malam, siapa pulak nak dengar Ria punya Misteri Jam 12..?
Kalau dulu, MJ12 berlangsung selama 2 jam hingga 2 pagi, kini ia setakat 1 jam!
Dan juga, Hans Ashrie yang menggantikan tempat KC!
Kesian dia kerja OT. 6-10 pagi dengan Fiza O, abeh ada MJ12 lagi. Adakah MJ12 sekadar rakaman atau live?
Ria juga adakan “DJ undangan” untuk merancakkan MJ12 yang lesu ini… Kesian.
Ramai yang tidak suka dengan MJ12 sekarang dan ingin ia dibubarkan. Lagipun, peminat MJ12 telah pun berpindah kepada wadah Spotify atau Youtube untuk mendengar Malam Seram.
Mungkin benar bahawa Ria harus tutup MJ12? Kerana rancangan tu dah lama gila kot!
Agak-agak berapa peratus ratings jatuh eh?
Oh yes, Ria sekarang ada Adi Rahman, uolls! Jadual rancangan Ria juga sudah dirombak.
I’m-
Kenapa Adi Rahman tidak ada dalam poster header Ria?
– Pengkritik Sandiwara
p.s.
Dalam post ini, tiada kenyataan yang menyatakan bahawa DJ yang menggantikan KC dalam MJ12 tidak bagus atau apa-apa. Harap maklum.
semua dah terbiasa Dgn kc..👍🏻
LikeLike