Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Dalam episod ketiga SG Mania 2019 ini, penonton seolah-olah boleh menjangka siapakah yang akan mara ke peringkat seterusnya kerana ia agak jelas!
Antara Rahila Rashun, Ikah Jamil dan Izat, satu daripada mereka lebih terserlah dan memukau, kan? Jadi tak musykil ramai penonton meletak jangkaan yang besar terhadap salah satu daripada mereka!
Ikah Jamil memulakan pertandingan ini dengan lagu Bisikan Hati. Suaranya yang ala-ala sengau ni macam biasa-biasa je. Seperti selalu dengar di kolong blok semasa majlis perkahwinan. Tiada yang istimewa sangat… Cuma… busana yang dikenakannya agak tak kena cos dia selalu pakai lawa…
Curlass you!
Secara terus terang, memang tak suka nyanyian Izat apabila dia baru mula dendangkan lagu Bila Entah ni. Pastu dia suruh tepuk pulak tu… Hais. Tapi bila dah masuk pertengahan lagu, best pulak! Ala-ala rock pun ada. Lagu Aisyah Aziz ini diberi suntikan baru dan I must say, lagi bagus dari original!
Dengan lagu Ku Ukir Namamu, Rahila Rashun berjaya memikat perhatian penonton. Bukan dengan suaranya saja tetapi juga raut wajahnya yang penuh dengan expresi. Suaranya yang lembut bersama gerakan tangannya membuat orang ramai terhayun bersama, memahami cerita yang Rahila kongsikan menerusi lagu itu! Suka sangat!
Another week of uncoreographed performance. Kenapa persembahan ini tiada koreografi? Sampai Rahila cakap “pusing?” semasa membuat persembahan. Adoi. Tapi, tak boleh dinafikan bahawa mereka lihat seperti sungguh seronok berdansa sambil mendendangkan lagu Gadis & Bunga nyanyian asal Rahimah Rahim atau Kak Gerl! Cuma, kenapa si Izat kepit suara dia? But kinda worked for him, kot?
Untuk mengelak kegenjotan seperti ini, apa kata adakan koreografi untuk persembahan secara berkumpulan pada minggu depan? Padahal minggu lepas pun kami dah timbulkan isu ini!
Dua peserta yang mara ke pusingan Face-off adalah… Rashila Rashun dan Izat! Bukan satu kejutan bahawa Ikah Jamil telah tersingkir awal-awal lagi…
Dalam pusingan Face-off, mereka berdua harus membawa lagu Cabaran Cinta mengikut rentak mereka!
Rahila membawa lagu ini dengan rancak dan amat dancy, membuat penonton bergerak bersama di tempat duduk masing-masing! Manakala Izat pula menyelowkan lagu ini dan menunjukkan kebolehannya untuk menarik-narik suaranya. Tapi adakah ini akan mendedahkan kelemahannya?
Memang agak terang bahawa peserta yang akan mara ke separuh akhir adalah Rahilah!
Ini menimbulkan satu kemusykilan. Kenapa dalam trio ini, pasti ada satu yang power?
Jika minggu lepas, Eka Mairina dengan senangnya menewaskan Norfasarie dan Mohd Shahfiq kerana dialah yang power dalam kumpulan itu. Jika Eka Mairina disatukan dengan Rahilah, siapa pula yang akan menang dalam trio ini?
Jadi, bagaimana Suria tentukan trio ni? Adakah ia satu trio yang munasabah?
Tapi tak mengapa, ada pusingan wildcard, kan? Jadi, kepada Izat dan Ikah Jamil, jangan putus asa, ya? Tapi Ika Jamil boleh rileks la ye.
Minggu depan, giliran Haizad Imran, Liwani dan Adeep Nahar pula untuk menunjuk bakat mereka di pentas #SGMania yang kecil ini!
Cepat dapatkan tiket anda. Jangan biar panggung lengang wei. Kesian!
Siapakah akan menang minggu depan?
– Pengkritik Sandiwara