60 Sen: Episod 1

Salam sejahtera dan Selamat Hari Buruh, para pembaca setiaku!

Maaf lah saya lambat sikit kerana agak sibuk, saya tak sedar drama 60 Sen ni dah 3 episod pun. Baru semalam sis tonton episod pertama! Apabila melihat opening credit, macam cerita Suria dulu-dulu lah guna animasi sebagai opening credits.

Gitu, kan?

Drama 60 Sen ini dibintangi ramai pelakon-pelakon yang veteran, seperti Ahmad Stokin, Hashimah Hamidon, Era Farida antaranya. Maklumlah, dah tajuknya 60 Sen, kan? Drama yang mengetengahkan kisah-kisah mereka-mereka yang sudah berumur, mungkin sudah pencen, dah tukar kerjaya atau dah bergelar atuk/nenek. Saya tertanya-tanya, adakah ini sebuah drama ditaja oleh pihak pemerintah untuk memperkenalkan Generasi Merdeka?

Ini kerana dalam drama ini, kepentingan teknologi dititikberatkan di mana cikgu bertanggungjawab untuk pasukan bola diperli kerana tidak menggunakan teknologi untuk plan his matches dan sebagainya. Adakah ini amaran untuk kekal relevan dalam masa teknologi agar Generasi Merdeka akan terus dihargai?

Dalam drama ini juga terdapat konflik di mana watak atuk ingin cucunya terus bermain bola sepak manakala ibu si budak tidak benarkan anaknya main kerana keputusan ujian tidak begitu cemerlang. Walaupun begitu, atuknya ingin cucunya bermain bola sepak kerana ia juga boleh menjamin masa hadapan yang cerah walaupun keputusan akademik tidak begitu bagus. Adakah Suria ingin menyampaikan mesej bahawa kelulusan akademik bukan segalanya? Dan meritokrasi di Singapura sebenarnya… satu penipuan kerana ia berdasarkan akademik sahaja? Wow, a bold movement!

Pada pendapat saya, drama ni mungkin banyak tentang unsur imbas kembali masa muda-muda dan bagaimana tiada dahulu, tiada sekarang. Mungkin watak-watak veteran ini akan mengajar cara-cara lama yang kekal relevan pada masa kini.

Terdapat juga kisah cinta antara watak-watak veteran ini seperti kekasih lama and such. Tetapi, tbh, saya tidak akan menonton drama ini sebab… takde masa dan tak boleh relate.

Terdapat banyak drama-drama Suria yang ingin menarik perhatian penonton yang lebih berusia kerana itulah demografik penontonnya. Ini kerana anak muda sudah tidak lagi menonton TV, walaupun Toggle adalah percuma. Oleh itu, saya rasa drama sekarang lebih cenderung kepada penonton yang lebih tua. Jadi, apakah langkah Suria agar sinarnya tidak malap pada masa hadapan?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s