Tetamu Ramadan: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Kurang dari seminggu, bulan Ramadan akan tiba. Dan seperti tahun-tahun yang lepas, Saluran Suria akan sajikan drama komedi khas bulan puasa. Drama yang akan ketengahkan ibadah-ibadah dan mengongsi peripentingnya sembahyang dan sebagainya. Ironiknya, drama ini ditayangkan masa orang sibuk berterawih. Gitu, kan? Tapi Toggle kan ada?

Dibintangi oleh Daddy Hans Isaac, Biwa Mastura, Lynn Nasir, Zaidi Ibrahim dan Danish Ashraf, drama ini bersiaran setiap Isnin pada jam 9.30 malam.

Pada babak pertama sahaja, watak ibu berceloteh tentang kepentingan sembahyang pada waktu. Mentang-mentang puasa nak dekat. So sebelum ni… lambat pun takpe? Babak seterusnya pula watak Hans Isaac bersama Biwa Mastura di dalam kereta Grab (or whateva) dari Lapangan Terbang Changi, mereka baru sahaja pulang dari London. Pemandu fikirkan bahawa mereka pasangan anak dan bapa… Ermz. Ni joke tahun bila? Also, tak kena pun. Watak Hans Isaac memang daddy yes. Tidak boleh dinafikan. Tetapi, Biwa Mastura tu tiada ciri-ciri remaja/belia pun. Dia terlalu tua untuk menjadi anak Hans Isaac. That’s the tea! Sebenarnya mereka couple kot.

Nina membawa pakwenya pulang ke rumah sebagai kejutan. Terkejut keluarganya!

Huh? Abeh adik dia tanya nak panggil Abang ke Pakcik???? Ni namanya bodoh, tak tau nak behave socially. Bengap punya skrip.

Ok, kenapa Nina yang juga baru balik dari London juga harus sediakan air kepada Farid? Abeh bapak dia kata dia datang dari jauh kasi air bujang je? Padahal Nina pun datang dari jauh (walaupun bukan tetamu). Kenapa adik dia tu yang takde pape nak buat tak buatkan air teh ke apa ke untuk kakak dia dan tetamu? Suria mendorong patriarki!!!! Kita harus hapuskan gender roles!

Baru jumpa dia dah suruh imamkan satu keluarga. Mampui. Nasib pass. Ibu Nina masih mengada tak suka sangat dengan Farid tu. Alah ni semua normal kot dalam drama Suria. Nanti nak habis drama semuanya ok… Konfirm ada insiden terdesak pastu Farid tolong, terus hati terbukak gitew.

TETAPI! Rupa-rupanya, ibunya da Farid mempunyai sejarah bersama… Alamak ni drama Syurga Ibu v.2 ke? We’ve seen this already. ISTG, unsur incestism tak akan hilang dari drama Suria! Ibu Nina really lowered her standards, huh. Kesian.

Ok kenapa semua orang dalam drama ni solekan tebal semacam eh?

So far, drama yang menarik. Agak-agak, ke mana hala tujuan drama ini? Ini kerana plotnya sendiri boleh tahan menarik, kalau nak selitkan sentuhan Ramadan tu, gi mana yeah? Juga, dapat tengok Hans Isaac tegap dan sasa fuh membuat Ramadan lagi senang untuk ditempuhi, GITEW!

Pastinya, “rahsia” perhubungan ibu dan Farid akan diketahui ayah tidak lama lagi, apa yang bakal berlaku? Adakah Nina akan teruskan memperjuangkan perhubungannya bersama Farid? Hmmm…

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s