Terbaru: Maaf Cakap!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Isnin lalu, rancangan sembang santai terbaru bertajuk Maaf Cakap! disiarkan di Mediacorp Suria buat kali pertama!

Rancangan ini membincangkan hal-hal sosial yang dekat dengan masyarakat (Melayu) Singapura, dikendalikan oleh Suzairhe Sumari (das right, seeing his face 3 kali seminggu!), Najip Ali dan Rilla Melati. Dan seperti mana telah saya katakan, ia sebuah rancangan sembang santai. Jadi, isu-isu sosial yang amat serius ini dibincangkan dalam situasi santai dan tidak begitu serius. Sedikit unsur humor diterapkan untuk membuat rancangan ini kurang membosankan. Dan setiap minggu, terdapat senario atau VT mengenai topik perbualan. Sebagai contoh, minggu ini mengenai “kesedaran sivik”. Jadi adalah VT tentang insiden mengenai kesedaran sivik. Para pakar juga dijemput untuk memberi pandangan mengenai isu ini. Selain itu, terdapat tinjauan yang dilakukan di Instagram!

Oh wait, kenapa deskripsi yang saya kongsikan macam pernah dengar eh? Macam pernah wujud rancangan seperti ini…

Screen Shot 2018-02-08 at 9.51.41 PM

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHHA. Siapakah intern yang menulis “Rudy & Rilla 7” di description box ini? Maaf cakap la eh but si polan ni harus dipecat lmao. Suria ni tak tau nak periksa benda macam ni ke?

Tidak boleh dinafikan bahawa rancangan ini seperti Rudy & Rilla tapi ia tidak boleh menggantikan Rudy & Rilla kerana Rudy Marican takde, duh! (is it Suria tak mampu bayar Rudy Marican tahun ini?)

Secara terus terang, rancangan seperti ini harus ditonton dan digalakkan! Bukan rancangan macam Syurga Ibu yang merepek. Rancangan yang boleh memanfaatkan masyarakat! Go, Suria!

Namun, apa yang saya kurang suka adalah the political correctness yang wujud dalam rancangan ini. Menurut Rilla, apabila berdepan dengan situasi di mana seorang budak kecil menganggu kita, kita tidak harus menegur ibu/bapa budak tetapi menegur budak itu dengan baik. Maaf cakap la ye, secara peribadi, saya akan menegur ibu/bapa budak kerana kalau saya tegur budak, dia kisah ke??????? Mak bapak budak tu kalau dah nampak anak dia kacau orang takkan nak berdiam je???? Kedua, tetamu undangan tu kata berikan tempat duduk di MRT, no sis. Allah ciptakan manusia dengan mulut, kalau nak duduk, tanya je. I kasi. Sebab I pun penat you. Mentang-mentang I duduk reserved seat I harus bagi tempat duduk? Abeh diorang yang duduk tempat duduk biasa tak ada tanggungjawab untuk berikan tempat duduk mereka? FIKIRLAH OTAK. (ini cuma pandangan saya dan setiap orang berhak mempunyai pandangan masing-masing)

(It’s a Najip Ali show, jadi graphics/opening credit v typical Najip Ali show)

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s