Syurga Ibu: Episod 8

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!

Dalam episod yang ke-8, Syurga menjelajah seluruh Singapura demi mencari identiti sebenarnya. Dia ingin tahu siapakah ibu dan bapa kandungnya. Dapatkah dia mencari apa yang dia inginkan?

IMG_8041

Syurga cuba mencari jawapan daripada makciknya tetapi soalan tetap menjadi tanda tanya. Menurut makciknya, ia tidak penting. Nak tau apa lagi tak penting?

Rancangan ini. Di manakah pemenang-pemenang sebelumnya? Jangan lupa untuk LIKE fb page Pengkritik Sandiwara!

IMG_8043

Eh eh si Seri ni. Bangap binte samdol betul. Bila dia terlepas cakap tentang Syurga seorang anak angkat, terus dia kata dia tak nak masuk campur dalam hal adik beradik. Kini the saspens is killing her dan dia ingin tahu semua rahsia keluarga Hilmi kerana dia isteri Hilmi. Kapala buto la! HIPOQRIT.

IMG_8045

Hilmi dan Seri dikenakan syarahan oleh makciknya. Syurga melarikan diri daripada rumah dan menghilangkan diri. Seri dimarahi habis-habis. Ia kelihatan seperti Hilmi tidak tahu bagaimana nak jaga bini.

IMG_8046

Neraqa mencari pakwenya.

IMG_8047

Pisang berbuah dua kali tapi bukan pokok pisang yang sama. Neraqa ingin berhenti sekolah. Dia juga meminta wang daripada Syurga agar boleh buang bayi itu. Namun, Syurga menasihati Neraqa untuk menyimpan bayi itu. Hmm… Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi?

Bukan itu sahaja, dalam adegan ini, ia kelihatan seperti memonteng kelas apabila berada di uni merupakan satu kesalahan yang amat ketara sekali. Flashnews: ia normal.

IMG_8049

Kaunselor terus menanyakan hal Syurga apabila ternampak guru Syurga. Nampaknya dia hanya mementingkan Syurga dan bukan murid-murid yang lain. Nampaknya dia ni agak taksub dengan Syurga. Mengapa dia boleh kekalkan jarak profesionalisme antara dia dan murid yang lain tetapi bukan Syurga?

IMG_8052

Eat her pussy up.

Gross. Dia ternampak Syurga dan bertanya kenapa tidak ke kelas. Ini bermaksud si kaunselor ni tahu jadual Syurga. Dia stalk Syurga ke? Once again, skipping class in uni = NORMAL. Dia pun mengajak Syurga makan. Gian.

IMG_8053

Pada masa yang sama, Hilmi ke sekolah Syurga untuk mencari Syurga. Tetapi pencariannya tikak berhasil.

Sekali lagi, adegan di mana murid-murid uni berdiri di koridor sambil memegang fail/buku dan kononnya sedang berbincang tentang hal sekolah. Never happened before.

IMG_8054

Abang dah cukup jijik. Sekarang nak guna nama timangan/manja? J I J I K TAHAP KONEK.

giphy1

IMG_8055

Kenapa Syurga dengan rela hati mengelap bibir kaunselor? Sis, wyd??? He is your dad tau!!! Gross. Some INCESTUOUS realness going on sak????  Ni banyak sangat tonton GOT kot? Abeh si kaunselor dah kejung dan syiok sendiri 🤔🤔🤔.

Hilda disuruh menyayangi dan menjaga Syurga kerana kini gilirannya untuk melakukan itu dan menghapuskan perasaan benci terhadap Syurga. Hmmm… Suspusi.

IMG_8058

Dia baru tak mandi 1 hari nak pergi shopping untuk beli baju baru segala???? Lek ah. Nanti korang ONS (Satu malam bertegak) pun pakai baju semalamnya so jangan nak step.

IMG_8059

YUCK.

IMG_8060

Oh tau takpe, nanti Kakak kau syak sesuatu la, fikir buruk apabila ternampak kau dengan lelaki TUA. Abeh tak tau nak jauhkan diri daripada kaunselor ni? Ni pun salah mak kau kan? Nak sangat kau pergi kaunselling. Bodo.

IMG_8062

Syurga ke rumah kakaknya untuk mencari jawapan. Tetapi skema jawapan belum disediakan.

IMG_8063

Get out of this Syarif!!!!! Sungguh tak perlu seh dia punya line.

IMG_8064

Tersedak Hilda apabila terdengar kata-kata suaminya.

Hilda frust tonggeng dan menelefon Hilmi. Hilmi bersyukur kerana Syurga selamat. Hilda amat marah kerana rahsia ini terbongkar.

IMG_8067

Mereka bertiga pun mengadakan mesyuarat tergempar untuk menyiapkan skema jawapan. Menurut makcik mereka, kini tiba masanya untuk Syurga tahu kebenaran. Namun, ini bermaksud rumahtangga Hilda mungkin akan porak peranda.

IMG_8068

Hilda menyalahkan Seri atas kesemua ini manakala Hilmi menyalahkan Hilda kerana gian pada usia remaja.

IMG_8069

Si kaunselor teringat masa silam di mana Hilda mengelap bibirnya apabila makan eskrim. Gross. Dan kesian kerana kaunselor hanya pernah jatuh cinta semasa usia remaja. Bukan ke tu cinta monyet? LOL. Patutlah dia buruk dan single. Sebab dia asyik terkenangkan cinta remajanya dan tak move on.

IMG_8071

This should be illegal. Ada pelbagai cara di mana watak Abg Adam ni boleh bertemu dengan Syurga. Tetapi kenapa harus dia menjadi seorang kaunselor di sekolah? Kenapa tidak watak yang tidak memegang jawatan di sekolah Syurga? Kaunselor dan murid, tak kisahlah sama ada mereka sebenarnya anak dan bapa, tidak sepatutnya berhubungan intim!!!! Profesionalisme mana???? Mungkin boleh kenalkan Adam melalui watak pelajar separuh masa di kampus? Kan lebih afdal.

IMG_8073

Syarif suka bau sarapan yang dimasak Syurga. Padahal setakat telur dengan roti. OH WAIT. SYarif. SYurga. Adakah mereka adik beradik??????????

IMG_8074

Sakit Hilda semakin teruk.

IMG_8075

Hilmi mulakan kerja jurugambarnya. I just want to comment on the flimsy handshake that they had.

IMG_8076

Syurga suka eh lap bibir orang? Patutlah. Dia pun bercadang untuk tinggal di rumah Hilda kerana ingin menjaga kakakknya. Hilda mula rasa serba salah kerana membencinya dan mungkin perasaan keibuannya mula timbul.

Apabila mendapat tahu bahawa Syurga akan tinggal di rumahnya, Syarif suka dan seleranya naik sebab tak lama lagi dia nak rogol Syurga!!!!!

Saya juga akan memberi ekspresi yang sama sekiranya ada mamat yang syiok kat saya berikan saya sekotak Fererro Rocher. Try harder.

IMG_8079

Syurga mengelak Mat Kental kerana ingin berdating dengan bapa kandungnya. Semakin haram drama ni.

IMG_8080

Akhirnya, Syarif mendapat tahu tentang condition Hilda. Sekiranya ingin baik, Hilda terpaksa menjalani pembedahan. Malang sekali, dia mungkin tidak akan dapat zuriat setelah pembedahan itu. TBH, I don’t care sebab cerita ni bukan pasal kau tau. Jangan nak tambah konflik yang tak akan menyumbang kepada plot utama lol. So lantak kau la nak buat apa.

Nampaknya Syurga semakin dekat dengan jawapannya. Namun, dalam dirinya tergesa-gesa mencari jawapan, apakah tindakannya apabila mendapat tahu kisah sebenar? Yang selama ini jawapannya berada di depan mata? Akankah dia memaafkan semuanya kerana secara lumrahnya, dia seorang yang lembut? Atau akan larikan diri dan rebel? Dan jika dia rebel, ke mana dia akan pergi? Rumah Neraqa? Kesian, dia hanya ada seorang kawan dalam hidupnya. Loser sungguh. Mestilah, dengan perangai manja tahap gila babinya dulu, tiada siapa yang ingin menjadi kawannya! Pelik sekali, episod ini takde pasal Seri eh? Bagaimana dengan kerjanya?

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

2 comments

  1. Your reviews on this drama is soo epic! I think it’s more enjoyable to read these than watching the actual episodes!! Hahaha.. Looking forward to more of your reviews on future episodes.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s