Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pada hari Selasa, tanggal 14 November 2017, Suria menayangkan rancangan realiti memasak popular Juara Memasak. Kali ini, ia merupakan edisi ke-4 rancangan realiti ini diterbitkan. Apa yang menarik dalam edisi ini, para peserta merupakan anak-anak muda kerana kali ini, ia bertajuk Juara Memasak Milenia. Macam pernah dengar? Oh yes, sis.
Secara peribadi, saya seorang penggemar rancangan realiti. Tetapi bukan rancangan realiti Suria la kan?????? Pada saya, rancangan realiti yang berasaskan pertandingan ini bukan sekadar sebuah perlawanan antara satu sama lain di mana dalam setiap episod mereka diberikan tugasan atau cabaran untuk dilakukan, dan mereka-mereka yang terbaik dan berjaya diberi ganjaran pada episode tersebut manakala yang tewas disingkirkan daripada rancangan tersebut. Ia lebih daripada itu. Dalam rancangan realiti oleh Suria, tidak terdapat unsur DRAMA yang penonton inginkan apabila menonton rancangan seperti ini. Lihat sahaja rancangan realiti dari luar negara (Amerika Syarikat) seperti ANTM, Survivor, Amazing Race dan lain-lain.
Terdapat konflik antara peserta, skandal, penipuan, ketegangan dan macam-macam. Ada kalanya terdapat insiden-insiden yang sengaja direka atau dilakonkan agar ratings melonjak. Ini semua strategi untuk menarik penonton. Walaupun bedek dan bukan “realiti”, inilah faktor yang menaikkan nafsu penonton untuk menonton rancangan seperti ini. Kalau nak ada persaingan aje, tak perlu tayang di televisyen. Kan best kalau ada DRAMA di dapur. Atau kami orang Asia terlalu sopan? Hmm..?
Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa hos rancangan ini adalah pemenang Selebriti Juara Memasak. Saya berpendapat bahawa Danial Ashriq harus muncul sebagai guest judge sahaja kerana dia baru menang, kan? So macam unsur surprise untuk peserta dan juga pembakar semangat bila dia muncul. Tapi, bagus jugak dia jadi hos rancangan ini. Boleh dijadikan peluang redemptionnya setelah mengacara rancangan malap lagi flop bertajuk Siapa Master.
Saya rasa terganggu apabila Danial mengatakan “remaja-remaja” padahal ada yang dah 29 tahun?? Belia merupakan istilah yang lebih tepat ye.
Selain itu, nampaknya Suria tiada cef selebriti lain untuk mengadili rancangan ni ke? Asyik Cef Bob dan Cef Amri saja? Cef Bob kelihatan semula jadi apabila mengendalikan kerjanya sebagai juri dan juga pengacara dalam rancangan ini, tiada persoalan mengenai kemahirannya. Tetapi, Cef Amri ni masih kelihatan kaku di depan kamera. Sunnguh cringey aku tengok dia. And the fact that Suria kutip dia daripada rancangan memasak realiti bertajuk Chef Selebriti, dia perlu asahkan aspek “selebriti”nya.
Apa terjadi kepada pemenang ni eh? Where is Cef Khaled?
Ok, saya tidak akan kupas lagi. Kalau nak tau lebih, go watch it. This is a one time post hahaha. Kategori episod pertama: Finger Food – Ayam. 2 orang peserta yang disingkirkan layak disingkirkan kerana satu buat Mac and Cheese??? Finger nak letak mana sak. Lagi satu potong ayam kecik-kecik macam nak kasi anak ayam makan tau???? So, bye. Lagipun, you didn’t get the memo is it, Zamair?
Kenapa tak join last season? Oh wells, bukan nasib.
Saya juga agak hairan apabila mendapat tahu bahawa para peserta tidak dipisahkan daripada telefon bijak mereka. Selalunya, peserta-peserta dalam rancangan realiti akan putus hubungan dengan dunia luar kerana terkongkong dalam suasana pertandingan. Ini agar mereka tidak dapat menggunakan kebolehan teknologi untuk membantu mereka mendapat advantage dari pertolongan luar. Ia juga untuk menjamin keadilan dalam pertandingan. Selain itu, ia juga akan menambah ketegangan dalam peraduan ini kerana peserta merindui keluarga dan akan kerja lebih keras untuk meraih kemenangan disebabkan jangkaan keluarga. But ohwells, this is Juara Memasak not MasterChef.
Inilah peserta Top 20 Juara Memasal Milenia!
Saya harap Suria akan terus menerbit rancangan-rancangan yang lebih bermutu yang boleh mengasah bakat agar industri TV Melayu Singapura semakin bersinar gitew!
Itu sahaja daripada saya!
– Pengkritik Sandiwara