Previu: Sanctuary oleh The Necessary Stage & HANCHU-YUEI

Salam Muharram, wahai pembaca setiaku!

Wow, macam dah lama kita tak bersua terus dah tahun baru eh? Semoga tahun ini akan menjadi lebih makmur dan diberkati olehNya. Ha kan dah jadi macam blog #dakwahsentap. Kau ada?

Cakap pasal sentap-sentap ni, saya ingin kongsi sedikit la pasal pementasan ni yang bertajuk Sanctuary. Pementasan oleh The Necessary Stage sempena ulang tahun mereka yang ke tiga puluh, dan kini mereka bekerjasama dengan HANCHU-YUEI dari Tokyo! Kau mampu? Doraemon pun tak ingin tengok muka kau, sis.

tns_hcy_sanctuary_keyvisual_purple_01_20170728.jpg
binatang kegemaran Nabi, amin sis.

Ditulis oleh Haresh Sharma dan Suguru Yamamoto, karya ini berlaku pada masa hadapan di mana kita boleh melihat bagaimana manusia bergelut dengan data, artificial intelligence, memori dan bekas-bekas socmed (huhu slanga mesyo socmed). Dengan kemajuan teknologi, adakah perhubungan sosial dan keluarga akan berubah? Adakah ia menjadi satu kebiasaan untuk selalu diperhatikan dan memerhati? Tak ke sentap?

Melalui interviu bersama TNS dan HANCHU-YUEI, Suguru akui bahawa beliau dan Haresh mempunyai perbezaan pendapat mengenai masa hadapan. Suguru bayangkan masa depan sebagai satu dunia yang wujudnya masalah berkaitan dengan teknologi seperti makhluk non-biological dan sebagainya. Manakala Haresh bayangkannya seperti sediakala; di mana masalah seperti mangsa-mangsa pelarian dan politikal masih wujud.

Dan oleh kerana TNS dan HANCHU-YUEI masing-masing mempunyai cara yang berbeza untuk menjayakan sebuah pementasan, apatah lagi cabaran berbahasa, banyak juga dugaan yang harus mereka tempuhi. Namun, mereka telah bertungkus-lumus agar visi mereka sehaluan. Justeru itu, mereka mempunyai seorang dramaturg, Ken Takiguchi, yang akan menolong kededua TNS dan HANCHU-YUEI dalam menjayakan pementasan ini!

Saya juga sempat menanyakan kepada 6 pelakon Sanctuary apakah teknologi yang mereka hargai sangat-sangat.

Ellison Tan Yuyang, Fumi Kumakawa dan Mikie Tanaka sebulat suara mengatakan telefon. Telefon yang berfungsi sebagai telefon sahaja, iaitu untuk menghubungi rakan dan keluarga menerusi suara sahaja. Ini kerana ia memberi mereka perasaan selesa apabila mendengar suara orang yang tersayang, tak kira dekat atau jauh merentas lautan.

Audrey Luo pula mengatakan bahawa dia menghargai telefon (bijak) kerana fungsinya yang amat padat. Sebuah telefon, lengkap dengan internet untuk membuat kerja dan juga kamera yang bagus.

Yazid Jali menghargai internet kerana ia mampu untuk menghubungkan semua orang.

Sachiro Nomoto menghargai teknologi optik kerana ia mempunyai kebolehan untuk memetik gambar-gambar baru!

Kan Fukuhara pula amat menghargai penjagaan perubatan/kesihatan (healthcare) kerana dia amat bersyukur dengan adanya perubatan dan doktor untuk membantu kita.


Secara terus terang, saya amat lowkey terkejut dengan jawapan yang diberi kerana kesemua jawapan ada kena mengena dengan mobile technology! Adakah erti teknologi kita sudah bertukar? Hmm… Pada saya teknologi sesuatu perkara yang boleh menolong kita melakukan satu perkara dengan mudah. Sebagai contoh, pisau. Kau cuba bayangkan potong daging sekiranya pisau tak diciptakan… Fikiran dibuatnya!

Secara peribadi, teknologi yang saya hargai adalah bahasa. Kerana tanpa bahasa… lu pikiak la sendiri macam mana nak berkomunikasi ya. Dan juga kerusi. Kalau tak, hais duduk bersila pun boleh sakit wei. Awak pula, apa ya?

Jika anda berminat untuk menonton Sanctuary, ia akan berlangsung dari 1 hingga 12 November di The Necessary Stage Black Box, tiket-tiket boleh didapati di Sistic!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s