Salam sejahtera dan juga Selamat Hari Keharmonian Kaum, wahai pembaca setiaku!
Jika anda sudah nak sediakan diri untuk hilangkan suasana Raya, saya sarankan anda tunggu sekejap kerana kita puasa sebulan, so raya pun sebulan lah, kan?
Pada tahun lepas, saya telah mulakan sebuah list di mana saya kemukakan selebriti-selebriti tempatan yang lawa dan kacak memperagakan pakaian/busana Melayu sempena Raya. Tahun ini, ia kembali sekali lagi dan nampaknya saya semakin keliru kerana semuanya cantik-cantik belaka! Saya mulakan list ini kerana kurangnya perhatian para pelakon minoriti dapat di wadah sesawang Toggle yang hanya mementingkan sespesis kaum. Dan bak kata pepatah,
If the mountain will not come to Muhammad, then Muhammad must go to the mountain.
So, here I am, another year, showcasing our Malay celebrities!
Kepada anda yang ingin membaca edisi tahun lepas, klik di sini!
Tanpa berlengah masa lagi, ayuh kita mulakan TOP 20 BEST DRESSED LOCAL STARS: RAYA 2017 EDITION!
20. Adlina Adil
Sungguh simple dan tetap elegan. Walaupun beg merah tidak sepadan, saya rasa she’s rockin’ it!
19. Hisyam Hamid
Love how his baju is panjang and wow menunjukkan his shoulders shape AUHM.
18. Norfasarie
Sebuah keluarga sedondon yang amat comel sekali!
17. Iskandar Shah
Walaupun dipakai sempena rakaman Sinar Lebaran dan bukan Hari Raya, abah masih boleh cekik saya.
16. Atyy Malek
Nampaknya Tipez is working those heels and wow posing vogue maut, sis! Saya suka warna hijau ni (shade dia macam sinonim dengan tong sampah but dia werkin’ it)
15. Nurul Akhmar
Memang bahaya, jangan dekat. Bila nak kahwin? Huhu. She took something from 7 years ago dan melawowkannya.
14. Marina Yusoff
Comelnya anak dia! Suka sangat dengan kain dia yang macam kek lapis tu, huhu.
13. Sharon Ismail
YOUR REIGNING QUEEN EDUCATIN’ Y’ALL HOW TO SMIZE.
12. Huda Ali
Seperti yang telah saya katakan, bukan semua baju sedondon sekain boleh nampak lawow. Huda Ali bersama suami dan anak are doing it right!
11. Erwin Shah Ismail
Erwin dan tunangnya back @ it again with their songkets!!!
10. Ikah Jamil
Purple royalty realness.
9. Nurul Aini
Susah tak gosok baju macam ni? Hahaha. Lembut warna dia, I suka.
8. Fir Rahman
Kain dia macam dinding kat kedai kopi lama! Tetap segak abam ni.
7. Hannah Delisha
I. NAK. BAJU. NI. Baju polka dots yang amat simple dan sedap mata memandang gitew. Both orangnya dan bajunya.
6. Mastura Ahmad
YAS MAMA SLAY. Saya suka sleeve dia kembang-kembang. Tapi asal posing sebelah pokok eh?
5. Danial Ashriq
He is a father? Dia gunakan susuk mana, eh?
4. Yuslina Yusof
Kain yang membuat dia lebih anggunz ah. Sungguh kena dengan baju peplum ni.
3. Farisha Ishak
SNOW QUEEN EXTRAVAGANZA
2. Shenty Feliziana
KEK LAPIS SERAWAK REALNESS
Sebelum saya REVEAL pilihan nombor satu saya, saya ingin jelaskan bahawa ini semua keputusan saya ya, bukan juri profesional atau apa. So, kalau tak setuju, anda dipersilakan untuk buat list sendiri, ya?
Selain itu, saya juga telah ke Toggle untuk lihat segmen Best-Dressed Local Stars pada minggu Raya. Seperti yang dijangkakan, kesemua local starts yang diketengahkan merupakan daripada kaum majoriti. Padahal… baju mereka setakat sahaja. Apa yang best sangat eh? Hanya Allah sahaja yang tahu!
Huhu, Jenny Tai dan Toggle. Ada jawatan kosong untuk I?
Dalam video di bawah ini, Xiaxue berkata bahawa wujudnya minority representation di media.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa adanya minority representation dan ia amat mustahil untuk mengadakan equal representation based on the percentage of race in SG seperti apa yang dikatakan Xiaxue. Namun, berapa kerapkah pelakon Melayu (atau minoriti) diberi watak utama dalam rancangan/drama di Saluran 5 (Channel 5)? Dan kenapa tiada seorang pun selebriti Melayu dikemukakan di Toggle’s Best-dressed Local Stars? Kenapa selebriti-selebriti minoriti dipinggirkan walaupun ia merupakan musim perayaan kita?
I’m tired of this lol.
Sebelum saya umumkan selebriti di tangga pertama, here are some honourable mentions!
Dan di tangga yang pertama…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yaaaas SHREY BHARGAVA slayin’ that KETUPAT inspired uniform! WERK IT HUNTY, MINORITY REPRESENTATION REALNESS, CASUAL RACISM BE BOWING DOWN TO YOU.
Just kidding.
Dan di tangga yang pertama!!!!
JUN JUNALIS
Korang semua tak sangkakan ni, bukan? HA KAU. Selalu main watak sampingan tapi kali ni, SERVIN’ THAT DRESS dengan flap flap segala, the details sungguh terperinci macam paper cutting gitew, I suka sangat. Also, her hair yang rapi dan anting-anting sebesar alam semesta sunggu kena sekali with this LEWK. Dan skirtnya kembang tapi macam malu-malu kembang gitew. Cantik. Serta solekannya yang kelihatan manis dan ayu.
Ingat! Tiada teduh, cuma teh!
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari dan meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau salah silap, ya? Maklumlah, masih raya katakan!
Jika ada sebarang maklum balas atau komen, hantar ke borang di bawah ini!
– Pengkritik Sandiwara