Salam semua!!
Terima kasih kerana telah mengundi untuk sama-sama meramalkan pemenang-pemenang Pesta Pengeflop Perdana 2017! Sesungguhnya, saya agak terkejut melihat keputusan undian kerana anda semua mempunyai pendapat yang amat berbeza sekali! Saya ingatkan setelah menjadi pembaca setia blog ini, fikiran dan persepsi anda sekalian terhadap Mediacorp Suria akan terpesong sama macam saya… Saya salah.
Walaubagaimanapun, ayuh kita lihat ramalan pemenang PP17 dan adakah ia akan benar-benar terjadi? Huhu tu kenek tonton PP17 lagi beberapa jam di Suria la kan…
PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM WATAK UTAMA – DRAMA BERSIRI
Beto Kusyairy
Kemenangannya agak jelas ya.
PELAKON WANITA TERBAIK DALAM WATAK UTAMA – DRAMA BERSIRI
Farhana M Noor!
PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM WATAK PEMBANTU – DRAMA BERSIRI
Jeff Catz (Bunga Tanjong)
well, kalau dah menang Asian Television Awards takkan PP tak boleh menang kan?
PELAKON WANITA TERBAIK DALAM WATAK PEMBANTU – DRAMA BERSIRI
Mastura Ahmad!!!
PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM WATAK UTAMA – DRAMA KHAS / ANTOLOGI
Daddy Fir!!
PELAKON WANITA TERBAIK DALAM WATAK UTAMA – DRAMA KHAS / ANTOLOGI
Suhaillah Salam
PELAKON LELAKI TERBAIK DALAM WATAK PEMBANTU – DRAMA KHAS / ANTOLOGI
Normain Ishak (70% undian wow)
PELAKON WANITA TERBAIK DALAM WATAK PEMBANTU – DRAMA KHAS / ANTOLOGI
Siti Hajar Abdul Gani
PELAKON TERBAIK DALAM WATAK KOMEDI
Atyy Malek
PELAKON HARAPAN TERBAIK
Lydia Asyiqin!!!
PENGACARA TERBAIK – HIBURAN
Khairudin Samsudin
PENGACARA TERBAIK – RANCANGAN INFORMASI
Huda Ali
BINTANG CILIK TERBAIK
Freda Mel
DRAMA TERBAIK
Aduh…Bibikku!
Saya ingatkan Kisah Tok Kadi akan menjuarai but kita lihat malam ini ya…
DRAMA KHAS TERBAIK
Dua Wajah
RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Zaman Sekolah 1
Mungkin sebab nostalgik dan relevan
RANCANGAN HIBURAN KHAS TERBAIK
Sinar Lebaran 2016
RANCANGAN INFORMASI TERBAIK
Cantik Detektif 2
(tak terkejut kalau Huda Ali pengacara terbaik dan rancangannya pun menang)
RANCANGAN KANAK-KANAK TERBAIK
Hari Raya Haji…Lagi
LAGU TEMA TERBAIK
Bunga Tanjong: Tarian Hidupku
DESAIN PEMBUKAAN TERBAIK
Bunga Tanjong
srsly??
Dan kategori yang dinanti-nantikan…
Lihatlah betapa ekstranya mereka hahahhaha
PERSONALITI LELAKI PALING POPULAR
Norman Ishak YAS
Aaron Aziz dan Hiysam Hamid memang berjaya but adakah mereka relevan dalam industri TV Singapura?????
PERSONALITI WANITA PALING POPULAR (selain Nurul Aini)
Seri antara Hanna Delisha dan Lydia Asyiqin!!
Kalau Nurul Aini tak menang, siapa akan menang eh?
Itu sahaja, tak banyak komen sebab takde masa nak tulis ni, Assignment bertepek masih menunggu.
Jangan lupa untuk ikuti saya di Twitter untuk LIVE TWEETS semasa PP17 ditayangkan di Suria!
Ok, mungkin ramai yang tertanya-tanya sama ada saya akan melakukan reviu untuk drama terbaru Dara Zara???? yes saya akan soon but sebelum itu saya akan tulis pasal Kelab K episod terakhir la ye. So stay tuned!
– Pengkritik Sandiwara
(this new wordpress layout got me confuse sorry semua)