Reviu: Rumah Sewa

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!

Malam semalam, saya sempat menonton sebuah pementasan yang dihasilkan oleh Aras Productions yang bertajuk Rumah Sewa (I sanggup merentasi onak dan duri sepanjang perjalanan di dalam MRT dari barat ke timur you!).

Apabila membaca tajuk pementasan ini, saya fikirkan bahawa ia sebuah cerita yang bakal mengisahkan peristiwa-peristiwa yang berlaku apabila seseorang menginap di rumah sewa tersebut. Kononnya ada beberapa watak yang akan mengongsi kisah hidup mereka serta mengapa mereka tinggal di rumah sewa itu dan sebagainya. Macam ala-ala Alfian Sa’at’s Hotel.

Sebelum anda sambung membaca, SPOILERS ALERT.

Tetapi bukan, ia mengisahkan seorang wanita bernama Aishah (dimainkan oleh Natrah) yang baru sahaja kehilangan seorang yang tersayang. Saya tidak dapat mengenal pasti siapakah orang yang dimaksudkan. Ibu? Bapa? Matair? Abang? Adik?

Yang pasti, dalam minda Aishah terdapat 3 rakan-rakan imaginasi atau watak-watak yang melambangkan nalurinya. Ummi (Intan Azmi) selaku ustazah warak wannabe dan juga social justice warrior-feminazi, Arjuna (Asy’ari) aka opposite of Ummi dan Aqil (Muhd Fithri Shaharuddin) yang saya rasa menjadi mediator antara Arjuna dan Ummi. I like how he’s mute sebab dia tidak boleh memberi pendapat agar tidak berat sebelah. So kirakan ni tiga macam Inside Out la kan.

giphy

Mereka bertiga selalu mempengaruh minda Aishah. Sehinggalah Aishah bertemu dengan Liz (Suwindrie Sutiyono) yang dengan secara tiba-tiba meminta tolong daripada Aishah. Ini kerana Liz didera oleh teman lelakinya iaitu Tuan Tanah (Nur Ashraf) Aishah. Aishah tergerak hati untuk menolong Liz tetapi suara-suara di mindanya berdebat sama ada wanita “havoc” seperti Liz layak dibantu…

Kisah ini tamat dengan revelation bahawa Aishah adalah Liz dan Liz adalah Aishah AAAAAAHHHHHHH. Or at least, itu merupakan tafsiran saya. Ini kerana watak Liz muncul sebab Aishah sering kali ingat kembali zaman jahiliyahnya la eh konon ah. So dia asyik fikirkan masa silamnya sehingga terbawak-bawak sehinggakan dia sedar bahawa ini semua dalam kepalanya sahaja. Itu pasal watak-watak semua dah tak ada. In her mind, she killed her dead husband aka dia erase the memory of her husband forever la eh.

Malangnya, it didn’t cross my mind that Aishah kehilangan suaminya kerana watak dan perwatakan Aishah agak terlalu muda/kurang sesuai untuk menjadi seorang isteri, apatah lagi seorang janda.

Yang penting, saya amat suka dengan pementasan ini kerana ia jalan ceritanya yang agak berlainan dan menarik! Set yang minimal tetapi mampu menjayakan suasana rumah sewa dengan baik (I would prefer if it wasn’t one dimensional)! Cuma pencerita yang muncul the first time could be louder ah sebab tak dengar. Black box tu da lah besaq siol. Oh yes, dan juga elakkan masalah teknikal seperti suara mikrofon yang terjatuh ke apa hahaha. Syabas kepada semua pelakon dan kru-kru yang menjayakan pementasan ini!

Agak-agak, apakah punca kematian suami Aishah?

IMG_2098

Tahniah dan semoga maju jaya for tonight’s show!

Go to their IG kalau nak beli tiket!

View this post on Instagram

another day of training ✨ #rumahsewaARAS

A post shared by 'aras' = platform (@arastheater) on

Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s